PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Thursday, May 28, 2009

Old vs New part 1


Old -> sebelah kanan, Nokia 6280 since March 2007
New -> sebelah kiri, Samsung OMNIA since May 2009

Hmm orang duk sibuk pakai hp canggih, aku pun teringin gak, tapi sampai la ni aku tak pandai lagi guna OMNIA tu.. maksudnya tak familiar lagi.. Ni ala2 poket pc guna perisian windows mobile 6.1.. 8gb internal memory + 8gb external..

hehehe mcm poyo je hp lama wallpaper buh pic sendiri, hehe

Wednesday, May 13, 2009

Kenari ku patah kaki di Ladang Gajah Jinak

Hmm bukan burung kenari tetapi kereta kenariku yang patah kaki. Yang sebenarnya bearing tayar belakang kanan aku dah pecah rupanya. Aku ni bukan pandai sangat pasal kete. Yang aku tahu, isi minyak pastu jalan, hehe.. Ni masa aku on the way dari KL nak ke Ladang Gajah Jinak, kat Muadzam Shah untuk bengkel KOSMA yang kat post sebelum ni.
Jalan yang digunakan agak tidak memuaskan. Nak-nak masa nak masuk ke ladang tu, memang jalan tidak rata. Dahler bearing tu dah pecah sikit, sampai je ke ladang tu, hancur terus. Kuat bunyi nya dari luar. Esoknya bila bengkel dah bermula, aku minta foremen kat ladang tu tengokkan. Dia lah yang bagitahu bearing pecah. Tanya aku, memang tak tahu, hehe..
So petang tu lepas bengkel, foremen tu yang juga merupakan peserta bengkel aku, mulalah menjalankan operasi untuk merawat kaki kenari ku yang cedera parah tu. Kos beli barang dan upah RM120 sebab dia kena pergi ke bandar Muadzam Shah yang jauh gak tu untuk dapatkan bearing baru. Tak mengapalah asalkan perjalanan balik kami ke KL selamat.

Bengkel Budaya Kerja Cemerlang KOSMA

Hujung bulan 3 yang lalu aku ditugaskan untuk mengajar "tailor made" kursus untuk Koperasi Serbausaha Makmur Berhad @ KOSMA. Hmm koperasi ni aku boleh katakan antara koperasi yang kaya di negara. Kebanyakan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) terdiri daripada golongan datuk, datin, orang2 besar bak kata orang kampung aku..

Bengkel Kepimpinan Budaya Kerja Cemerlang. Hmm tu lah nama kursus tu dimana aku dan biha ditugaskan untuk mengendali bengkel tersebut. Sebab utama bos bagi kat aku sebab dia tahu aku memang suka mengajar kelas macam ni dan aku familiar dengan tempat kursus, kat Muadzam Shah, Pahang yang bersebelahan dengan kampung halamanku, Segamat, Johor.

Bengkel dijalankan selama 1 hari 1/2. Macam-macam aktiviti yang kami jalankan untuk bengkel ni. Tapi memang best sebab peserta yang terdiri daripada kakitangan atasan dan bawahan Ladang Gajah Jinak ni boleh dikatakan semua sporting dan terima dengan baik. Malah mereka minta agar dijalankan lagi bengkel seprti ini. Jawapan kami, terpulang pada pengurusan koperasi mereka.

Pada majlis penutup, wakil dari HQ KOSMA yang berpusat di Kuantan ini menyatakan rasa gembira kerana menurut beliau memang pernah dijalankan bengkel seumpama ini tetapi tidak dapat menarik perhatian para peserta. Alhamdulillah kali ini kami berjaya. Agak berbunga hati kami, bukan kerana riak atau takbur tetapi sekurang-kurangnya berbaloi usaha kami dengan jarak perjalanan yang agak jauh serta memang betul-betul ke dalam hutan kedudukan ladang ni.
Khusyuk dengan perbincangan tugasan kumpulan

Disuruh poco-poco, dibuatnya tarian zapin

Akademi Fantasia KOSMA dengan konsep Pop Ye Ye..

Tuesday, May 12, 2009

Poco Poco Hari Ibu versi Cina

Ahad 2 minggu lalu, 3/5, aku pergi ke The Mines yang dekat dengan umah aku tu. Kat tingkat 3 tu, ada sekumpulan besar (aku kira-kira ada dalam 80 orang) kaum cina yang melakukan tarian ala poco poco sempena hari ibu. Apa yang menarik perhatian ialah majoriti mereka adalah kaum wanita yang agak berusia. Walaupun begitu tetap cergas dan cerdas menari. Satu lagi yang menarik, mereka semua adalah gabungan beberapa kelas tarian yang berlainan tempat tetapi mereka semua melakukan tarian yang sama. Bermakna mereka berjauhan tetapi bersatu melalui tarian.
Walaupun dari kelas berlainan, tetapi mereka menggunakan steps yang sama di kelas tarian masing-masing. Lagu-lagu yang ditarikan juga berlainan genre, maksud aku dari tarian salsa, tukar ke cha cha, ballad etc. Lama juga aku berada di situ untuk menilai nilai-nilai positif yang mereka tonjolkan. Mereka menari banyak lagu dan bertukar-tukar giliran. So as the conclusion, tarian juga boleh menyatukan manusia walau berlainan kawasan, kelas, usia etc..

Monday, May 11, 2009

Penceramah bergitar BPR

Pernah dengar atau pernah ikuti ceramah beliau?

Penceramah bergitar BPR atau nama sebenar Mohd Radzi bin Omar, Cawangan Perhubungan Masyarakat, SPRM Putrajaya.

Semasa kursus induksi modul umum baru-baru ini, beliau merupakan salah seorang penceramah yang diundang untuk menyampaikan ceramah integriti. Apa yang menarik ialah beliau menggunakan pendekatan yang berbeza dari kebiasaan. Menggunakan gitar yang dibawa bersama, ceramah diselang selikan dengan alunan lagu yang dapat menusuk, menikam, menyentuh kalbu, hehehe.. Suara beliau agak lunak dengan lagu-lagu kesedaran yang disampaikan. Hmm memang tak mengantuk. Masuk kelas lain, gerenti khusyuk merenung lantai, hehe..

Hmm tali leher pun bentuk gitar

Kursus Induksi Modul Umum Kumpulan Pengurusan dan Professional

Sebagai penjawat awam, semua dikehendaki untuk menghadiri induksi umum dan juga khusus sebagai syarat untuk pengesahan jawatan. Tambahan syarat kepada kami sebagai pensyarah di maktab ni, dikehendaki untuk menulis satu artikel dan diterbitkan dalam mana-mana penerbitan. Betarikh 21-30 April yang lalu, aku dan 6 lagi kawan pensyarah ku (2 dari cawangan Sabah, 1 cawangan Sarawak, 4 dari kampus induk, PJ) telah menghadiri kursus induksi umum ini anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Kursus ini sebenarnya gabungan dari kumpulan Pengurusan dan Professional (PnP) dan juga Kumpulan Sokongan 1. Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. Yang pertama gabungan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) dan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ). Kumpulan kedua pula hanya gabungan 2 agensi iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Pertubuhan Kraftangan Malaysia (PKKM)

10 hari berkursus, otak kami diisi dengan perkara-perkara yang perlu diketahui oleh penjawat awam seperti berikut:
(a) Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020
(b) Perintah Am, Arahan Perkhidmatan dan Arahan Keselamatan
(c) Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan
(d) Pengurusan Sumber dan Organisasi
(e) Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan
(f) Pekeliling Kemajuan pentadbiran Awam

Naik tepu gak otak kami disajikan dengan ceramah, even sabtu dan ahad pun ada kelas. Selain itu, kami juga dikehendaki menyampaikan pengucapan awam, menyiapkan tugasan kumpulan dan individu serta menduduki ujian akhir. Dan ketika ini aku sebenarnya baru sahaja menyiapkan tugasan individu yang perlu dihantar 2 minggu selepas habis kursus. Agak membosankan kerana jangka masa yang agak lama iaitu 10 hari, tapi akhirnya, berakhir sudah penyeksaan kami. Hehehe, takde lah terseksa sangat tapi masing-masing sibuk duk hitung hari semasa kusus tu..


Pensyarah MKM dari kanan, penulis blog, eda, syiera, nora, azma, shamsiah dan suandi


Sunday, May 10, 2009

Halatuju gerakan koperasi selepas MeCD dibubarkan

Mungkin ramai yang tidak mempunyai kesedaran mengenai gerakan koperasi di Malaysia ini. Mula bertapak di Malaysia pada 1922 iaitu kira-kira 86 tahun yang lepas. Hasrat kerajaan menjadikan sektor koperasi sebagai sektor ke 3 untuk menjana ekonomi, ke arah sumbangan kepada KDNK. Bukan hendak bercerita tentang sejarah koperasi tetapi apa yang menjadi persoalan ialah kemana halatuju gerakan koperasi selepas MeCD dibubarkan?

Sedikit sebanyak mengenai gerakan koperasi di Malaysia disokong oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau dahulu dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) sebagai satu-satunya institusi pendidikan untuk gerakan koperasi, ANGKASA, Bank Rakyat dan ribuan koperasi yang berdaftar. MeCD atau Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi adalah badan yang bertangungjawab untuk menjaga hal ehwal keusahawanan Bumiputera dan juga koperasi. Apabila MeCD dibubarkan, seolah-olah peranan usahawan dan koperasi kita tidak penting di mata pemimpin. Untuk koperasi misalnya, memang diakui kurangnya kesedaran orang ramai tetapi apabila adanya MeCD yang menggunakan perkataan Koperasi, sedikit sebanyak dapat mempromosi kepada umum mengenai kewujudan koperasi.
Semalam berlangsung perhimpunan bulanan MeCD yang terakhir di Putrajaya di mana turut dihadiri oleh mantan menteri. Masih tiada kata putus yang dapat diberi berkaitan agensi lain yang bernaung di bawah MeCD sebelumnya selain MARA dan TEKUN. Sedangkan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) sendiri tidak pasti kemanakah beliau akan dihantar, apatah lagi kami ni yang hanya orang bawahan?

Hemat saya, MeCD penting untuk menjaga kepentingan usahawan bumiputera dan gerakan koperasi dan tidak seharusnya dibubarkan. Meskipun yakin PM ada justifikasi tersendiri, tetapi kenapa perlu dimansuhkan perkara yang boleh membawa kebaikan dan terutama untuk menjaga kepentngan kita sebagai kaum bumiputera. Ini Malaysia, Tanah Melayu, tanah kita, bukan tanah orang asing yang hendak menguasai hak milik ketuanan melayu..

::..Post dari blog lama ku yang akan ditutup, bertarikh 14 April 2009..::

MECD dibubarkan!!




9 April Kabinet baru telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang ke 6. MeCD atau Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah dibubarkan. Hmm kesian kami ni yang bernaung di bawah kementerian itu.. Hmm nak dijadikan cerita, pada minggu hadapan kami akan menganjurkan Seminar Membangun Kapasiti Wanita Melalui Koperasi bertempat di Hotel Mahkota, Melaka. Sepatutnya Timbalan Menteri MeCD iaitu Datuk Saifuddin Abdullah yang akan merasmikan, tapi beliau telah bertukar ke Kementerian Pengajian Tinggi lak. Hmm yang bestnya, kami tidak tahu sekarang ni kami bernaung di bawah kementerian apa. Menteri MeCD sebelum ini iaitu Datuk Noh Omar telah bertukar portfolio kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Apa yang agak mendukacitakan kami kerana bila MeCD dibubarkan, tiada lagi perkataan KOPERASI digunakan untuk kementerian. Hasrat kerajaan untuk menjadikan sektor koperasi ini sebagai sektor ke 3 untuk menjana ekonomi negara seakan-akan tiada kesungguhan. Maaf, bukan hendak mempertikai atau mempersoal kredibiliti atau keputusan PM kita kerana yakin ada justifikasi di atas keputusan beliau. Cuma kami agak terkilan kerana sebagai satu-satunya institusi pendidikan untuk koperasi di Malaysia ini, memang agak sukar untuk kami memberi kesedaran atau pengetahuan tentang faedah dan kelebihan berkoperasi. Hasrat kerajaan agar koperasi dapat memberi sumbangan besar kepada KDNK, Keluaran Dalam Negara Kasar, nampaknya sukar untuk dipenuhi. Buat masa sekarang sumbangan koperasi tak sampai 1% pun, tetapi di negara lain seperti India, Korea, Jepun, Iran, koperasi memainkan peranan penting dan menyumbangkan peratusan yang besar dalam KDNK negara masing-masing.

Apa yang penting? KERJASAMA!!!
Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah!!
::..Post dari blog lama ku yang akan ditutup, bertarikh 10 April 2009..::

Malaysian Technical Cooperation Programme - MTCP 2008

MTCP merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Banyak agensi yang diberi peluang untuk melaksanakan program ini temasuk lah maktab kami.. Untuk tahun 2008, maktab diberi 2 program iaitu Certificate in Cooperative Management yang dikendalikan oleh pusat aku iaitu Pusat Pentadbiran, Perundangan dan Kepimpinan (CALL) dan juga Certificate in Cooperative Auditing di bawah kelolaan Pusat Perakaunan dan Kewangan (ACTIF). Ini merupakan program kerjasama antarabangsa dengan negara lain terutama Negara Dunia ke3. Program ini berlangsung selama sebulan.

Di antara peserta-peserta yang hadir pada kali ini datangnya daripada 18 buah negara seperti Nepal, Sri Lanka, Filipina, Indonesia, Solomon Island, Kiribates, Fiji, Mauritius, Thailand, Toga Island, Vietnam, Maghribi, Jordan, Brunei dan beberapa lagi..
Untuk kali ini aku turut diberi amanah oleh Ketua Pusat untuk sama-sama menjayakan program ni. Pelbagai acara, lawatan, kelas yang dianjurkan oleh kami untuk memberi pendedahan kepada mereka


Setelah sebulan bersama kami, akhirnya saat perpisahan tiba. Mereka keberatan untuk meninggalkan kami kerana keramahan dan kemesraan yang kami sajikan sepanjang berada di sini. Air mata turut mengiringi majlis perpisahan. Bagi kami sebagai penyelaras, berakhir sudah segala penat lelah kami untuk memastikan yang terbaik untuk mereka. Alhamdulillah, Ketua Pusat memuji dan mengucap tahniah di atas kejayaaan kami melaksanakan program MTCP ini.

Terdapat banyak suka duka yang aku perolehi. Antaranya melihat gelagat seorang peserta wanita dari Kiribates yang takut untuk menggunakan escalator kerana di negaranya tiada escalator disebabkan faktor kemiskinan dan kemunduran teknologi. Menurutnya di negara mereka bangunan paling tinggi cuma 2 tingkat. Ada juga peserta yang tak berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan di negara mereka. Memang pada kita agak lucu dengan senario sebegini tetapi memberi peringatan kepada kita agar bersyukur kerana kita berada di negara yang maju membangun di bawah pimpinan kerajaan kita..

Sesungguhnya peluang mengendalikan program sebegini banyak memberikan pengajaran dan pengalaman. Penat tak usah cerita lah, tapi kepuasan menjayakan nya mengatasi peluh yang menitik. Dan seperti yang diputuskan dalam mesyuarat pusat pada awal Januari lalu, aku diberi penghormatan sekali lagi untuk mengkoordinasikan program MTCP pada tahun ni bersama dengan Biha dan Kak Zu.. InsyaAllah Julai 2009

Pengkalan Balak, Melaka

Pertengahan Januari lalu, kami sekeluarga beserta keluarga makcik aku (adik ayah aku) telah mengadakan gathering family di Pengkalan Balak, Melaka. Bukan apa, sebenarnya pada hari esok nya ada saudara kami mengadakan majlis perkahwinan tak jauh dari tempat ni. Kebetulan hari tersebut merupakan hari ulang tahun angah ku yang juga berkongsi tarikh lahir dengan sepupu ku. Jadi kiranya ni 2 in 1 lah, gathering family plus birthday celebration.

So pagi sabtu tu kami set untuk berjumpa di plaza tol Ayer Keroh, Melaka. Aku seorang diri dari Balakong, mak ayah, makcik, angah dan uda dari kampung di Segamat dan along dari Muar. Aku sampai dulu di tol tu. Dalam 20 minit barulah group dari kampung sampai dan last sekali along aku sampai dlm 15 minit kemudian. Selepas tu kami berkonvoi ler sebanyak 6 biji kereta menuju ke chalet deruan ombak. Tempahan chalet telahpun dibuat awal-awal oleh ayahku.. Malam tu kami ber bbq. Macam-macam ada, ayam, daging, ikan, kambing.. Sampai tak terhabis dan simpan untuk breakfast pagi esok, hehe..



Pemandangan waktu senja
Anak-anak buah main air laut
My family, sebelum bertolak balik

Saturday, May 9, 2009

Bengkel Kredit Mikro Bank Rakyat - Sepang

Hmm awal Januari lalu, buat pertama kali aku mengajar untuk bengkel ni bersama dgn biha dan kak zu. Kami bertolak naik burung kenari ku, hehe kereta kenari ku yang dah banyak berjasa tu. Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. Hmm aku rasa tu la 1st time aku ke Bagan Lalang..
So hari pertama tu aku ajar slot yang ke 2, tangungjawab dan halatuju. Hmm background peserta adalah para usahawan yang membuat pinjaman kredit mikro dengan Bank Rakyat cawangan Banting dan Shah Alam. Semasa sessi perkenalan, rupanya ada sekelompok peserta yang datangnya dari Balakong. Apalagi, berkenalanlah aku dgn mereka. Rupa-rupanya mereka tu semua duduk di sekitar taman perumahan aku di Balakong tu, hehe.. Ada yang buka bengkel kereta tapi tak pernah ler pulak aku ke bengkel kereta mereka.

Young Graduate Trainee (YGT RHB)

Hmm baru jap tadi aku belek2 blog DJ dgn hudd.. Dua orang kawan merangkap adik masa kami sama2 dalam program Young Graduate Trainee @ YGT di RHB Bank. DJ sekarang sambung master kat oversea. Hmm teringat kenangan kami 6 bulan bersama. Sudah tentu pelbagai suka duka yang kami tempuhi.. Tupai merah? Gelaran pada trainer yang kami tak berkenan langsung. TC Lim "young ciku".. Mr Zack "Kaber hero Kaber zero" dan few other names yang aku dah lupa.

Kepada mereka2 yang telah gugur, termasuk aku, bob, zamri, malek, nisa, dayah, diana juniza, aimi, laila, hmm sape lagi ek? luper ler pulak.. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang kita semua ceburi..

Kepada mereka yang masih RHB Dihatiku; faizul, renny, masni, kavitha, huda, nasir, rubie, doris, nabila, ailina dan sesiapa lagi yang berkenaan, semoga ketabahan anda semua akan berkekalan.. Salam ingatan dan salam mesra dari abg long korang ni..

Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)

Maktab Kerjasama Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.. Hmm inilah tempat aku mencari rezeki sekarang. Sebelum ini, aku pernah bekerja di beberapa tempat dan bidang seperti retailing dan banking. Alhamdulillah, akhirnya ada rezeki aku untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Sedikit sebanyak pengenalan mengenai MKM, merupakan satu-satunya institusi pendidikan untuk gerakan koperasi di Malaysia ini. Berpengkalan di Jalan Templer, Petaling Jaya dan mempunyai cawangan di Sabah dan Sarawak..

Aku bertugas sebagai Pegawai Latihan atau di maktab, kami lebih di kenali sebagai Lecturer dan sering juga di panggil cikgu oleh para peserta bagi kursus-kursus yang ku ajar. Tak kiralah apa jua panggilan, yang penting tugas dan tanggungjawab nye adalah sama..

Aku dan Sesuatu, Aku dan Diriku

Sopan santun jejaka idaman,
Senyum terukir bila disapa,
Dalam pantun cipta kemesraan,
Salam dihulur pembuka bicara..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera,
Kepada semua moga ceria..

Hahaha, terasa seperti klasik ler pulak, tapi itulah pantun yang sering ku berikan di awal pengenalan apabila aku mengajar.. Salam buat semua.. sebenarnya masa aku study kat U dulu, memang ada blog tapi bila dah grad, terus berhenti.. lama gak tu, dalam 4 tahun lepas.. tapi sekarang entah kenapa, rasa terpanggil untuk ber blog kembali.. blog aku tiada yg istimewanya cuma aku sekadar berkongsi apa sahaja yang ingin aku kongsikan.. so here i am!
 
type='text/javascript'/>