PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Wednesday, September 30, 2009

Perasmian dan Jamuan..

 Hmm buka email opis, ada 2 email pasal jamuan

Yang Pertama

Sukacita dimaklumkan bahawa MKM akan menganjurkan Majlis Perasmian Bangunan MKM Jalan Selangor dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh            :           1 Oktober 2009 (Khamis)

Masa               :           9.45 pagi

Tempat           :           Bangunan MKM Jalan Selangor
                                    Petaling Jaya

3.         Sehubungan itu, semua warga MKM Petaling Jaya diwajibkan menghadiri program tersebut. Kenderaan akan disediakan ke lokasi majlis pada 1 Oktober 2009 tepat jam 9.00 pagi. Bagi Warga kerja lelaki dihekendaki memakai Baju Melayu Lengkap, manakala bagi warga kerja wanita perlu memakai Baju Kebangsaan (baju kurung/kebaya). Bersama-sama ini disertakan atur cara program tersebut untuk makluman tuan/puan.

Yang Kedua

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa UPD akan mengadakan 'Rumah Terbuka'
sempena Hari Raya.  Butiran adalah seperti berikut:

             Tarikh    :    2 Oktober, 2009 (Jumaat)
             Masa     :    12.00 - 1.00 t/hari
             Tempat  :    Dewan Sri Siantan

Sehubungan itu, semua warga kerja MKM adalah dijemput hadir.  Semoga
dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis ini.


Hmm 2 hari berturut.. kenyang aku.. save budget, ngeh ngeh ngeh.. Yang best nya masa meeting pusat bulan puasa lepas, boss tanya, "kita nak buat jamuan ker?".. automatik semua anak buah nye menggeleng.. sbb apa? sbb fobia dgn last nye jamuan.. mmg mengundang duka dari suka.. biasalah, boss tak pernah nak sebulu dgn anak buah, huhuhu..

 hmm alamak, esok kena pakai baju melayu ker? baju tak gosok lagi.. malasnyer..



Tuesday, September 29, 2009

Kad Raya



Semalam hari pertama aku kembali ke pejabat.. Buka je pintu bilik, aku terpijak sesuatu di atas karpet.. Oo rupanya ada sekeping kad raya untuk aku.. Hmm kad raya pertama dan terakhir untuk aku pada tahun ni , ngeh ngeh ngeh.. aku tgk cop setemnya dari Kuantan.. Hmm siapa pengirim nyer? Aku ada secret admirer kat Kuantan ker? Atau student aku? Tapi kalau student nape tak bagi masa dalam kelas.. hmm mcm2 gak bermain di pikiran.. hehehe, bukan apa, aku pun saspen.. Unsangkarable boleh dapat kad raya, ngeh ngeh ngeh..

Bila buka, aku tgk satu logo yg aku cukup kenal teramat sangat.. dan juga gambar masjid pada kad raya tu, mmg aku kenal sgt.. masjid aku bersembahyang jumaat, terawih.. masjid tempat kami berbuka puasa.. Rupanya bekas lecturer ku yg menghantar kad hari raya.. Thanks to Mr Zainal Munshid bin Harun.. Hmm bukan apa, sbb skrg ni beliau tgh sambung PhD di UUM dan buat research pasal gerakan koperasi.. Jadi adalah beberapa pertolongan yang beliau minta dari aku..antaranya termasuklah "menarik" beliau utk join kolokium pusat kami awal tahun ni, dan carikan artikel terbitan kami dalam issu yg lepas2.. Thanks En Zainal (walaupun dia tak baca blog aku ni, ngeh ngeh ngeh)

Saturday, September 26, 2009

Syawal 1430H

Hmm dah lama meninggalkan rumah berhabuk.. masih cuti mood, so just tepek gambar famili masa 1 Syawal..


ayahanda dan ibunda


famili along (lelaki)


famili angah (perempuan)


famili uda (perempuan)


yang bujang lak, ngeh ngeh ngeh..


cucu-cucu: 2 hero, 6 heroin.. pening kepala wooo..


p/s yang bestnya menantu mak ayah yg 3 org tu, semua orang segamat.. So setiap tahun takde timbul isu nak beraya kat mana sbb 1 Syawal boleh berada di kedua2 rumah..
Moral of the story? mak aku suh cari pasangan org segamat gak huhu..

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri


Budak-budak main mercun,
Main mercun malam raya,
Mintak maap mintak hampun,
Kalau ada tersilap bahasa..

Kepada semua pengunjung Tempurung Kaca, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir batin.. Semoga selamat ke destinasi masing2.. Terima kasih di atas sokongan dah kunjungan anda semua..

Luv u all..

Hafizal @ P-JaL @ Pay Jarl @ Afisazlie @ Afis @ Che' Pit.. ngeh ngeh ngeh nama byk, org nye tetap satu.. Ini lah Aku dan Sesuatu, Aku dan Diriku..

Wednesday, September 16, 2009

Meriam Buluh

Kebabooom.. Please dont try this at home.. Danger..

Meriam buluh adalah sejenis mercun buatan sendiri yang popular semasa musim perayaan Hari Raya. Seperti juga mercun yang lain, meriam buluh diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan 1957.. Ironinya, semakin ramai kanak-kanak Melayu beralih kepada meriam buluh yang lebih berbahaya sebagai alternatif kepada mercun komersial yang diharamkan oleh kerajaan.

Oleh kerana buluh yang digunakan tumbuh secara semulajadi, ia tidak mempunyai kekuatan yang sekata. Dengan itu tidak terdapat jaminan buluh yang digunakan mampu bertahan dengan letupan yang terhasil, maka ia mampu pecah meletup. Ini menjadikan ia tidak dapat dijangka. Letupan inilah yang merbahaya kerana buluh akan berderai akan terpercik seperti lidi dan selumbar. Itu tak termasuk bahanapi yang mungkin akan terpercik dan menyebabkan kelecuran dan kecacatan kekal pada muka dan anggota badan akibat letupan tadi

Sesetengah orang akan membalut meriam buluh tadi ketat-ketat dengan tiub basikal. Ini dilakukan pada tiga atau empat tempat penting. Antaranya adalah di bahagian muncung, tengah dan pangkal. Selain itu, untuk mengukuhkan lagi balutan itu, buluh itu akan di ikat pula dengan beberapa kali lilitan dawai kasar.

Kesannya, apabila buluh mulai lemah, ia akan remuk sendiri akibat dari kesan menjerut tiub basikal itu sebelum ia sempat meletup. Sekiranya ia meletup sekali pun, kebiasaannya buluh akan meremuk terus kerana jerutan tiub basikal tadi. Dawai itu pula akan menghalang tiub basikal dari meregang banyak sangat dan menghembur serpihan orang sekeliling.
Bagaimanapun ini tidak mengurangkan bahaya melecur terkena api lampu kabaid

p/s teringat masa raya dulu2.. aku pernah gak main meriam buluh ni dulu.. tapi alhamdulillah sbb sampai skrg masih cukup sifat aku, ngeh ngeh ngeh..


Tuesday, September 15, 2009

Berbuka puasa - Reunion?

sempat bergambar beramai2 setelah perut masing2 dah kenyang..

Minggu pertama puasa, aku terima email dari azlan.. aku terima message kat facebook dari taufik.. aku dapat sms dari ezhar dan dapat panggilan dari azlan.. (azlan lagi?).. Jemputan untuk berbuka puasa bersama2.. siapa diorg tu? Hmm diorg tu semua junior2 masa kat U dulu.. Junior? haah, junior sbb masa last year, aku join geng diorg, sewa rumah luar dgn diorg.. dalam sms dan msg yg kuterima, dinyatakan seperti berikut:



Tempat: Restoran Cerana, Cheras
Tarikh: 5 September 2009
Bayaran: RM45 ++ (mahal gak tu, huhu)
Kehadiran: bla bla bla, sampai no 30. (hmm ramai gak dlm 30 org).. Uiks nama si Chin Chin dgn Davendan pun ada? Hehe cina india pun semangat nak join.. Konsep 1 Malaysia..



meja couple vs meja single...
Hmm mula2 macam malas gak nak join sbb ada hal lain gak tapi bila kenang balik, kesian gak kat diorg, beria ajak aku.. so aku pun decide utk pergi, tapi aku tak kompemkan awal2, sbb konon2 nak surprise.. Make a comeback after 3 years, ngeh ngeh ngeh... Tadaaaa!!!

So port kami yg paling hujung.. 1 barisan meja panjang dan 2 meja bulat.. malam tu kehadiran 29 org.. ramai gak tu.. ramai gak junior2 yg pernah baik dgn aku dulu ada dtg.. Kebanyakan diorg tu penyokong2 aku masa kat U dulu sbb aku yg pilih diorg utk jadi Fasilitator student intake 2004/2005.. Hehe masa tu aku jadi Presiden pelajar (presiden? mcm takde gaya pun, ngeh ngeh ngeh.. tapi itulah kenyataan nyer)



lelaki vs perempuan



hmm siap dapat ole2 dari zizie n nora.. terima kasih.. siap ada butang baju melayu dlm tu.. hmm mcm tau2 je kaler baju melayu aku tahun ni pink.. dapat butang pun pink, ahaks..




Kad dan duit raya dari bloggers


kad raya dari DUN Behrang.. terima kasih

kad raya dari Mawar Berduri.. Thanks for the nice card..
dan juga duit raya dari Mawar Berduri.. Hmm lepas lah nak bagi duit raya kat anak2 buah..

kad raya terbaru dari Ummi Humaira.. thank u..


Sunday, September 13, 2009

Mercun dan Bunga Api


Secara umumnya, semua mercun diklasifikasikan sebagai bahan letupan berkuasa rendah. Oleh itu, terdapat beberapa negara yang mengharamkan pembakaran mercun kerana beberapa sebab, antaranya pencemaran bunyi, risiko kecederaan serta risiko kebakaran.

Di Malaysia, pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti meriam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial


Hmm tapi apa kaitan dengan apa yg aku nak cerita arini? Sebenarnya masa aku ke Bazar Ramadhan petang tadi, berdekatan rumah aku ni, di satu sudut aku ternampak seorang pakcik yg sudah berusia.. beruban, berpakaian baju melayu, ber kopiah putih, menjaga 1 meja jualan.. bukan kuih, nasi atau mee yg dijual, tetapi bunga api dan mercun.. Hmm so, what to do?


Saturday, September 12, 2009

Berbuka di Mid Valley

Hari: Jumaat
Waktu: 10.30 pagi
Lokasi: opis ku
tiba-tiba.. "entah, masih kah ada, cinta di hatiku, oo oo oo"
APA TU?
hmm tulah ringtone utk sms hp ku.. ngeh ngeh ngeh, ringtone nak jiwang kan..
rupanya aku mendapat sms dari kawan ku yg bekerja di CIMB..
apa dia nak sms aku pagi2 ni?
"hmm ptg ni buka dgn siapa?"
"mcm biasalah buka sorg2 kat rumah"
"hmm jom buka sama"
"uiks, bukan hari jumaat hari bersama si buah hati ker?"
"hmm dia ada function office dia"
"hmm oo patutlah.. ok gak tu.. kat mana?"
"kat One Utama atau Mid Valley ker"
"ok gak tu, leh gak cari baju raya ker"


pakat2 makan nasi kandar.. hmm kuih mahal giler.. 6 keping RM5

Jadi, begitulah kisahnya, semalam aku berbuka di Mid Valley dgn kawan aku tu.. pas buka sempat jalan2 kat Jusco dan hasilnya aku terbeli 1 helai kemeja dan 1 helai t-shirt untuk raya, ngeh ngeh ngeh.. oklah, time sales ni mampu ler nak beli.. kalau tak, hanya mampu melihat dan menelan air liur..



Friday, September 11, 2009

Seloka H1N1

Ngeh ngeh ngeh.. lawak ler pulak.. sekadar berseloka jenaka..

Beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil."



Singa : "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan."


Babi kata: "Wal La Weh.... sekali je aku batuk, satu dunia panik!"

ngeh ngeh ngeh


Burasak

BURASAK? hmm aku rasa, mesti ramai yg tak tahu apa tu burasak? Burasak ni sebenarnya makanan tradisi org Bugis.. Biasanya dibuat masa sambutan hari raya.. kenapa aku citer pasal burasak lak? sbb aku mempunyai darah campuran bugis.. Ayah aku Melayu (Segamat), emak lak Bugis (Pontian).. so selalu bila org tanya, "kau Jawa ker?" (sbb org Johor).. aku akan jawab "taklah, aku org Megis".. Megis? Hmm Melayu + Bugis, ngeh ngeh ngeh..

beginilah rupanya burasak yg siap sedia utk dimakan..


Mesti ada yg tertanya mcm ne agaknye rupa burasak tu dan apa kandungannya..

Bahan-bahan: Beras, Kelapa diparut dan ambil santannya, garam secukup rasa.
Bahan pembungkus: Daun pucuk pisang (hijau muda)

Cara membungkus:

Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu)

Cara mengikat:

Burasak disusun bersama dalam 4,5 keping.. Kemudian diikat dgn tali rafia, kemudian barulah direbus selama 1-3 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar dgn kayu api yang marak)

Kalau beraya ke rumah org bugis yg betul2 pure , diorang akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang2 dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa dia pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak..

Famili aku tak pernah pun buat burasak, tapi masa kecik2 dulu kalau balik beraya di kg emak, mmg akan ada burasak ni kat rumah pakcik, makcik aku.. tapi mcm yg dikata kat atas, rasanya mungkin pelik bagi org yg baru nak rasa, sedangkan aku sdiri pun berasa begitu sebenarnya.. sbb itu aku kurang menggemari burasak.. kalau tak silap aku, kali terakhir makan ni masa raya tahun 1993.. raya terakhir di kg emak sebelum arwak atuk meninggal..

Thursday, September 10, 2009

Kisah ketupat dan aku..

Hmm nak citer sikit pasal makanan raya feveret.. menyahut seruan hasil kunjungan ke rumah DUNBehrang..

Masa kecik2, mak cuma buat nasi himpit jer.. ingat lagi mlm menjelang raya tu, lepas masak nasi, mak akan bubuh dalam plastik pastu himpit kan dgn batu giling besar.. Esok nya, tadaaa, jadilah nasi himpit.. sedap, walaupun tak seasli ketupat..


Kenapa tak buat ketupat? alkisahnya dalam famili aku, hanya aku sorg je yg reti menganyam ketupat.. tupun 2 tahun belajar.. sbb masa darjah 5, kat sekolah nak buat jamuan raya, so cikgu2 duk ajar kami semua mcm ner nak buat ketupat.. ingat lagi masa tu Cikgu Kamaludin, Cikgu Zuraidah dan Pakcik At (tukang kebun) yg duk ajar kami semua.. tapi masa tu aku reti buat yg tapak dia jer..


Takper, tahun depan nya masa aku darjah 6, bersambung kembali pelajarannya dan kali ni siap tuisyen dgn pakcik n makcik yg duk belakang rumah aku ni.. hasilnya, aku berjaya buat.. tapi ketupat jantung je lah, ngeh ngeh ngeh.. Tapi kalau nak harapkan aku sorg nak buat ketupat, mahu tak raya famili aku, so nak permudahkan keje, skrg kami guna ketupat segera jer, hehe.. cepat dan mudah..





Wednesday, September 9, 2009

Blogger Tag by Afeezz

Hmm ni nak menjawab Tag dari Afeezz.. lama gak rasanya kena tag, tapi ni baru nak jawab..

1. Kekasih saya adalah :Hmm sejujurnya baru putus pada 29 Julai lepas setelah 2 tahun 2 bulan.. Hmm tapi bak kata Mak As, frust 2 minggu jer, ngeh ngeh ngeh..

2. Saya sedang mendengar :Dengar lagu raya pasang kat pc opis ni..

3. Saya patut :Masuk bengkel penulisan jurnal.. hmm jap g lah baru masuk

4. Saya suka :Hmm menyakat org.. Ye ke?

5. Sahabat-sahabat baik saya :Kachung (u), cupin dgn ROY (rhb).. semua nama glemer tu.. teman tapi mesra cik nana @ 1206

6. Saya tak faham :Kenapa ada org hanya nak org faham dia tapi dia tak nak faham org lain!!

7. Saya kehilangan :Byk benda hilang.. tapi malas nak kenang

8. Ramai yang berkata :Aku makin berisi.. hmm tapi masa buka ramai2 sabtu lepas, ada junior kata kenapa aku makin kurus? Hmm kompius!!

9. Makna nama saya :Hafizal - Penghafaz / Pengawal

10. Cinta itu adalah :Ayat2 cinta aka the verses of love

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :Melepak di tepi tasik biru berseorangan..

12. Saya akan cuba :Ingat nak buat Master part time sebelum tiba turn aku utk di sponsor sambung belajar (boleh terus proceed PhD nanti)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :Selagi hayat dikandung badan

14. Saya paling meluat apabila :Orang tak faham2 yg kita ni tak suka dia..

15. Pesta / Parti adalah :Malam pesta muda mudi (hmm lagu apa tah tu, luper lak)

16. Haiwan yang paling comel yang pernah anda temui adalah :Pikachu dalam kartun Pokemen

17. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :Dah pencen, duk rehat.. yuhuuu..

18. Hari ini :Hari Rabu, petang ni ada kelas tutorial diploma.. tak prepare lagi soalan nak bagi kat depa..

19. Malam ini saya akan :Malam ini kasih, teringat daku padamu... ngeh ngeh ngeh, teringat lak lagu tu.. insyaAllah akan ke terawih mlm ni..

20. Esok pula saya akan :Bangun sahur pastu g keje ler...

21. Saya betul-betul inginkan :Teman hidup..

22. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini :Rasanya umur dah tinggi gak tapi awat muka mcm budak2 lagi?

23. Pusat membeli-belah atau arked permainan :Ngeh3, Jusco di hatiku..

24. Makanan barat atau Jepun :Barat rasanya..

25. Bilik yang terang atau gelap :Kdg2 gelap, kdg2 terang, kdg2 tgh2.. tak kisah pun..

26. Bestfriend ever :Rasanya kat atas tadi dah tanya dah.. hmm oo tu bahasa melayu, ni bahasa omputeh lak yer..

27. saya nak tag :Hmm tak nak tag org tapi Cikgu Mas, Hanis n Madey, jgn buat2 lupa korg pun dah kena tagged dgn si afeezz ni.. buat2 luper lak.. Kak Noor takde lak umah nak di tag kan..


Salam Tag

Tuesday, September 8, 2009

Zakat Fitrah - Sudahkah anda???

sudah kah anda???

‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ

Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka sama ada lelaki mahu pun wanita, anak kecil mahu pun dewasa dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).

[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1503 (Kitab al-Zakat, Bab kewajipan sedekah fitrah)]


Monday, September 7, 2009

RON 95 - Petronas Primax 95

Sedikit info mengenai RON95 - berikutan kenaikan harga RON97, ramai yang tertanya mengenai kesesuaian enjin kereta mereka dengan RON95..

Petikan ucapan dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semasa pelancaran PRIMAX95 di PSS Precint 9D

(Utusan Malaysia bertarikh 13 Mei 2009)
● Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

RON95 (RM1.75 seliter) akan menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas 1 Sep 2009.

● Spesifikasi minimum bagi kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini adalah RON91.

● Penggunaan petrol RON97 yang besar selama ini adalah satu bentuk pembaziran kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah menggunakan RON yang lebih rendah.
Soalan-soalan lazim berkaitan RON95

1) Apa itu RON?
RON adalah singkatan untuk “Research Octane Number”. RON adalah kadar untuk menyukat ketahanan terhadap ‘ketukan’ (knocking) sesuatu minyak petrol di dalam enjin.

2) Apa itu RON95?
RON95 adalah minyak petrol yang mempunyai nilai RON minima 95.

3) Apakah petrol yang dijual di Malaysia pada masa kini?
Petrol yang dijual di Malaysia pada masa kini adalah petrol RON97 dan RON92.

4) Apakah jenis-jenis kenderaan yang boleh menggunakan petrol RON95?
Semua jenis kenderaan petrol boleh menggunakan petrol RON95 jika keperluan RON kenderaan tersebut adalah 95 atau kurang, atau OEM kenderaan membenarkan penggunaan petrol RON95 untuk kenderaan tersebut.

5) Sebelum ini saya adalah pengguna petrol RON92/97, adakah pertukaran kepada RON95 tidak akan merosakkan enjin kenderaan saya?
Jika kenderaan anda boleh menggunakan minyak petrol RON95, penggunaan RON92/97 sebelumnya tidak akan merosakkan enjin kenderaan anda.
6) Adakah saya perlu untuk mengosongkan tangki minyak kereta saya sebelum mengisi petrol RON95?
Tidak perlu. Minyak RON95 boleh dicampur dan digunakan dengan minyak RON92 dan/atau RON97 dengan seadanya.

7) Apakah kesan jika berlaku percampuran RON95 dengan RON97 atau RON92 ke atas prestasi enjin kenderaan?
Percampuran RON95 dengan RON97 akan meningkatkan nilai RON minyak tersebut menjadi antara 95 hingga 97 bergantung kepada kuantiti percampuran. Begitu jugak sebaliknya jika percampuran RON95 dengan RON92 akan menurukan nilai RON minyak petrol tersebut ke antara 92 hingga 95.
Menggunakan minyak petrol yang mempunyai nilai RON yang lebih tinggi dari rekabentuk dan keperluan sesuatu enjin tidak akan memberi peningkatan dalam prestasi enjin tersebut. Manakala, penggunaan minyak petrol yang mempunyai nilai RON yang lebih rendah dari rekabentuk dan keperluan sesuatu enjin boleh menyebabkan “ketukan” enjin (engine knocking) berlaku.

8) Apakah kesan penggunaan RON95 kepada alam sekitar?
RON 95 adalah gred minyak petrol yang paling efisien dari segi penggunaan tenaga dalam pembuatan untuk kegunaan di Malaysia. Dengan penggunaan tenaga yang efisien, kesan negatif terhapat alam sekitar dapat dikurangkan..



Salam Mesra Alam

Sunday, September 6, 2009

MTCP@Penang - KUKAM

KUKAM atau Koperasi Usahawan Kampung terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Namanya tidaklah segah nama koperasi2 besar yg lain tapi yang uniknya ialah mereka menjalankan aktiviti yg agak lain berbanding kebiasaannya.. iaitu mengasilkan produk kertas daripada batang pisang..

kami diterangkan cara2 mereka menghasilkan produk tersebut.. Hmm satu pengetahuan baru buat kami.. sebelum ini mmg pernah jumpa produk2 yg dihasilkan daripada batang pisang ni tapi tak pernah sangka dihasilkan dari batang pisang..

mesin yang digunakan serta batang pisang yg telah dimasak.. hmm kuat bau nyer menusuk hidung


peringkat awal proses serta hasil kertas dgn warna asal

antara hasil kraftangan daripada kertas batang pisang


sessi bergambar kenangan dengan pengusaha koperasi


 
type='text/javascript'/>