hmm alamak, esok kena pakai baju melayu ker? baju tak gosok lagi.. malasnyer..
PENGUMUMAN
Pengikut Yang Dihargai
Wednesday, September 30, 2009
Perasmian dan Jamuan..
hmm alamak, esok kena pakai baju melayu ker? baju tak gosok lagi.. malasnyer..
Tuesday, September 29, 2009
Kad Raya
Saturday, September 26, 2009
Syawal 1430H
Moral of the story? mak aku suh cari pasangan org segamat gak huhu..
Thursday, September 17, 2009
Salam Aidilfitri
Main mercun malam raya,
Kepada semua pengunjung Tempurung Kaca, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir batin.. Semoga selamat ke destinasi masing2.. Terima kasih di atas sokongan dah kunjungan anda semua..
Luv u all..
Hafizal @ P-JaL @ Pay Jarl @ Afisazlie @ Afis @ Che' Pit.. ngeh ngeh ngeh nama byk, org nye tetap satu.. Ini lah Aku dan Sesuatu, Aku dan Diriku..
Wednesday, September 16, 2009
Meriam Buluh
Oleh kerana buluh yang digunakan tumbuh secara semulajadi, ia tidak mempunyai kekuatan yang sekata. Dengan itu tidak terdapat jaminan buluh yang digunakan mampu bertahan dengan letupan yang terhasil, maka ia mampu pecah meletup. Ini menjadikan ia tidak dapat dijangka. Letupan inilah yang merbahaya kerana buluh akan berderai akan terpercik seperti lidi dan selumbar. Itu tak termasuk bahanapi yang mungkin akan terpercik dan menyebabkan kelecuran dan kecacatan kekal pada muka dan anggota badan akibat letupan tadi
Sesetengah orang akan membalut meriam buluh tadi ketat-ketat dengan tiub basikal. Ini dilakukan pada tiga atau empat tempat penting. Antaranya adalah di bahagian muncung, tengah dan pangkal. Selain itu, untuk mengukuhkan lagi balutan itu, buluh itu akan di ikat pula dengan beberapa kali lilitan dawai kasar.
Kesannya, apabila buluh mulai lemah, ia akan remuk sendiri akibat dari kesan menjerut tiub basikal itu sebelum ia sempat meletup. Sekiranya ia meletup sekali pun, kebiasaannya buluh akan meremuk terus kerana jerutan tiub basikal tadi. Dawai itu pula akan menghalang tiub basikal dari meregang banyak sangat dan menghembur serpihan orang sekeliling.
Bagaimanapun ini tidak mengurangkan bahaya melecur terkena api lampu kabaid
p/s teringat masa raya dulu2.. aku pernah gak main meriam buluh ni dulu.. tapi alhamdulillah sbb sampai skrg masih cukup sifat aku, ngeh ngeh ngeh..
Tuesday, September 15, 2009
Berbuka puasa - Reunion?
lelaki vs perempuan
hmm siap dapat ole2 dari zizie n nora.. terima kasih.. siap ada butang baju melayu dlm tu.. hmm mcm tau2 je kaler baju melayu aku tahun ni pink.. dapat butang pun pink, ahaks..
Kad dan duit raya dari bloggers
Sunday, September 13, 2009
Mercun dan Bunga Api
Di Malaysia, pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti meriam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial
Saturday, September 12, 2009
Berbuka di Mid Valley
pakat2 makan nasi kandar.. hmm kuih mahal giler.. 6 keping RM5
Jadi, begitulah kisahnya, semalam aku berbuka di Mid Valley dgn kawan aku tu.. pas buka sempat jalan2 kat Jusco dan hasilnya aku terbeli 1 helai kemeja dan 1 helai t-shirt untuk raya, ngeh ngeh ngeh.. oklah, time sales ni mampu ler nak beli.. kalau tak, hanya mampu melihat dan menelan air liur..
Friday, September 11, 2009
Burasak
beginilah rupanya burasak yg siap sedia utk dimakan..
Bahan-bahan: Beras, Kelapa diparut dan ambil santannya, garam secukup rasa.
Bahan pembungkus: Daun pucuk pisang (hijau muda)
Cara membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu)
Cara mengikat:
Burasak disusun bersama dalam 4,5 keping.. Kemudian diikat dgn tali rafia, kemudian barulah direbus selama 1-3 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar dgn kayu api yang marak)
Kalau beraya ke rumah org bugis yg betul2 pure , diorang akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang2 dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa dia pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak..
Famili aku tak pernah pun buat burasak, tapi masa kecik2 dulu kalau balik beraya di kg emak, mmg akan ada burasak ni kat rumah pakcik, makcik aku.. tapi mcm yg dikata kat atas, rasanya mungkin pelik bagi org yg baru nak rasa, sedangkan aku sdiri pun berasa begitu sebenarnya.. sbb itu aku kurang menggemari burasak.. kalau tak silap aku, kali terakhir makan ni masa raya tahun 1993.. raya terakhir di kg emak sebelum arwak atuk meninggal..
Thursday, September 10, 2009
Kisah ketupat dan aku..
Masa kecik2, mak cuma buat nasi himpit jer.. ingat lagi mlm menjelang raya tu, lepas masak nasi, mak akan bubuh dalam plastik pastu himpit kan dgn batu giling besar.. Esok nya, tadaaa, jadilah nasi himpit.. sedap, walaupun tak seasli ketupat..
Kenapa tak buat ketupat? alkisahnya dalam famili aku, hanya aku sorg je yg reti menganyam ketupat.. tupun 2 tahun belajar.. sbb masa darjah 5, kat sekolah nak buat jamuan raya, so cikgu2 duk ajar kami semua mcm ner nak buat ketupat.. ingat lagi masa tu Cikgu Kamaludin, Cikgu Zuraidah dan Pakcik At (tukang kebun) yg duk ajar kami semua.. tapi masa tu aku reti buat yg tapak dia jer..
Takper, tahun depan nya masa aku darjah 6, bersambung kembali pelajarannya dan kali ni siap tuisyen dgn pakcik n makcik yg duk belakang rumah aku ni.. hasilnya, aku berjaya buat.. tapi ketupat jantung je lah, ngeh ngeh ngeh.. Tapi kalau nak harapkan aku sorg nak buat ketupat, mahu tak raya famili aku, so nak permudahkan keje, skrg kami guna ketupat segera jer, hehe.. cepat dan mudah..
Wednesday, September 9, 2009
Blogger Tag by Afeezz
1. Kekasih saya adalah :Hmm sejujurnya baru putus pada 29 Julai lepas setelah 2 tahun 2 bulan.. Hmm tapi bak kata Mak As, frust 2 minggu jer, ngeh ngeh ngeh..
2. Saya sedang mendengar :Dengar lagu raya pasang kat pc opis ni..
3. Saya patut :Masuk bengkel penulisan jurnal.. hmm jap g lah baru masuk
4. Saya suka :Hmm menyakat org.. Ye ke?
5. Sahabat-sahabat baik saya :Kachung (u), cupin dgn ROY (rhb).. semua nama glemer tu.. teman tapi mesra cik nana @ 1206
6. Saya tak faham :Kenapa ada org hanya nak org faham dia tapi dia tak nak faham org lain!!
7. Saya kehilangan :Byk benda hilang.. tapi malas nak kenang
8. Ramai yang berkata :Aku makin berisi.. hmm tapi masa buka ramai2 sabtu lepas, ada junior kata kenapa aku makin kurus? Hmm kompius!!
9. Makna nama saya :Hafizal - Penghafaz / Pengawal
10. Cinta itu adalah :Ayat2 cinta aka the verses of love
11. Di suatu tempat, seseorang sedang :Melepak di tepi tasik biru berseorangan..
12. Saya akan cuba :Ingat nak buat Master part time sebelum tiba turn aku utk di sponsor sambung belajar (boleh terus proceed PhD nanti)
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :Selagi hayat dikandung badan
14. Saya paling meluat apabila :Orang tak faham2 yg kita ni tak suka dia..
15. Pesta / Parti adalah :Malam pesta muda mudi (hmm lagu apa tah tu, luper lak)
16. Haiwan yang paling comel yang pernah anda temui adalah :Pikachu dalam kartun Pokemen
17. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :Dah pencen, duk rehat.. yuhuuu..
18. Hari ini :Hari Rabu, petang ni ada kelas tutorial diploma.. tak prepare lagi soalan nak bagi kat depa..
19. Malam ini saya akan :Malam ini kasih, teringat daku padamu... ngeh ngeh ngeh, teringat lak lagu tu.. insyaAllah akan ke terawih mlm ni..
20. Esok pula saya akan :Bangun sahur pastu g keje ler...
21. Saya betul-betul inginkan :Teman hidup..
22. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini :Rasanya umur dah tinggi gak tapi awat muka mcm budak2 lagi?
23. Pusat membeli-belah atau arked permainan :Ngeh3, Jusco di hatiku..
24. Makanan barat atau Jepun :Barat rasanya..
25. Bilik yang terang atau gelap :Kdg2 gelap, kdg2 terang, kdg2 tgh2.. tak kisah pun..
26. Bestfriend ever :Rasanya kat atas tadi dah tanya dah.. hmm oo tu bahasa melayu, ni bahasa omputeh lak yer..
27. saya nak tag :Hmm tak nak tag org tapi Cikgu Mas, Hanis n Madey, jgn buat2 lupa korg pun dah kena tagged dgn si afeezz ni.. buat2 luper lak.. Kak Noor takde lak umah nak di tag kan..
Tuesday, September 8, 2009
Zakat Fitrah - Sudahkah anda???
‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ
Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka sama ada lelaki mahu pun wanita, anak kecil mahu pun dewasa dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).
Monday, September 7, 2009
RON 95 - Petronas Primax 95
RON adalah singkatan untuk “Research Octane Number”. RON adalah kadar untuk menyukat ketahanan terhadap ‘ketukan’ (knocking) sesuatu minyak petrol di dalam enjin.
RON95 adalah minyak petrol yang mempunyai nilai RON minima 95.
Petrol yang dijual di Malaysia pada masa kini adalah petrol RON97 dan RON92.
Semua jenis kenderaan petrol boleh menggunakan petrol RON95 jika keperluan RON kenderaan tersebut adalah 95 atau kurang, atau OEM kenderaan membenarkan penggunaan petrol RON95 untuk kenderaan tersebut.
5) Sebelum ini saya adalah pengguna petrol RON92/97, adakah pertukaran kepada RON95 tidak akan merosakkan enjin kenderaan saya?
Jika kenderaan anda boleh menggunakan minyak petrol RON95, penggunaan RON92/97 sebelumnya tidak akan merosakkan enjin kenderaan anda.
Tidak perlu. Minyak RON95 boleh dicampur dan digunakan dengan minyak RON92 dan/atau RON97 dengan seadanya.
Percampuran RON95 dengan RON97 akan meningkatkan nilai RON minyak tersebut menjadi antara 95 hingga 97 bergantung kepada kuantiti percampuran. Begitu jugak sebaliknya jika percampuran RON95 dengan RON92 akan menurukan nilai RON minyak petrol tersebut ke antara 92 hingga 95.
Menggunakan minyak petrol yang mempunyai nilai RON yang lebih tinggi dari rekabentuk dan keperluan sesuatu enjin tidak akan memberi peningkatan dalam prestasi enjin tersebut. Manakala, penggunaan minyak petrol yang mempunyai nilai RON yang lebih rendah dari rekabentuk dan keperluan sesuatu enjin boleh menyebabkan “ketukan” enjin (engine knocking) berlaku.
RON 95 adalah gred minyak petrol yang paling efisien dari segi penggunaan tenaga dalam pembuatan untuk kegunaan di Malaysia. Dengan penggunaan tenaga yang efisien, kesan negatif terhapat alam sekitar dapat dikurangkan..
Sunday, September 6, 2009
MTCP@Penang - KUKAM
kami diterangkan cara2 mereka menghasilkan produk tersebut.. Hmm satu pengetahuan baru buat kami.. sebelum ini mmg pernah jumpa produk2 yg dihasilkan daripada batang pisang ni tapi tak pernah sangka dihasilkan dari batang pisang..
peringkat awal proses serta hasil kertas dgn warna asal
antara hasil kraftangan daripada kertas batang pisang