PENGUMUMAN
Pengikut Yang Dihargai
Tuesday, July 28, 2009
Jiwang Lagi?
Coretan
Che' Pit
pada
9:05 AM
memenuhi ruang2 hatiku,
kutitip rindu tanpa jemu,
bersama angin lalu,
ku ungkap bait2 merdu,
dalam setiap nafasku,
ku tunggu kehadiranmu,
setiap kali malam bertamu,
namun ia berlalu tanpa menyapaku,
ku setia menantimu,
walau kutahu,
kehampaan yang menungguku,
ku tanyakan pada bulan,
"beginikah pungguk merindukanmu?"
Monday, July 27, 2009
Sepetang di Putrajaya
Coretan
Che' Pit
pada
7:50 AM


Hmm ahad 2 minggu lepas, kawan lama ku dari Penang, dtg ke KL.. Destinasi ke Shah Alam kerana hendak menjaga pakciknye yang sakit.. so sebelum ke Shah Alam, sempat berjumpa ku.. Memandangkan beliau kata hanya pernah sekali berpeluang ke Putrajaya, maka aku pun membawa nya untuk kali ke 2 ke Putrajaya.. sajer untuk menghabiskan masa senggang dan juga untuk aku tenangkan fikiran sebelum bermulanya program MTCP pada esok harinya.. bila MTCP bermula, aku dah start busy selama sebulan..sepetang di putrajaya,
menggamit kenangan dan nostalgia,
di mana aku dan juga si dia,
pernah bersama hidup bahagia..
(ku dodoikan lagu kepada semua)
JAUH - JAUH
Jauh jauh
Nun di sebalik gunung yang hijau
Pasir puteh
Menantikan laut biru
Ombaknya berderai
Sayup-sayup kedengaran
Bayu yang meniup
Membawa beritaku padanya
Sungguh sayu
Bila ku kenangkan peristiwa
Jauh jauh
Tinggal segala kenangan
Hilang di telan ombak
Hilang di telan ombak
Yang memanggilnya
Kini ku seorang
Tinggal mengenang yang jauh
Sunday, July 26, 2009
My Flora
Coretan
Che' Pit
pada
10:00 AM
Hmm sabtu minggu yang lepas aku g ke IKEA dgn member.. so ternampaklah pokok2 bunga yg cute mcm aku ni, haha.. disebabkan harganya murah maka kawan aku tu pun menghasut supaya membeli beberapa utk letak kat rumah.. katanya pokok bagus, mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida yang kita lepaskan.. memandangkan ada betul nya kata2 beliau, maka aku pun terpengaruh untuk membeli pokok2 tersebut untuk diletak dalam rumahku.. Tapi yg lidah jin sebatang tu, aku tak beli.. cilok mak punyer pokok dari kampung, hehe..p/s aku masih tak dapat buat keputusan samaada nak beli mini fountain atau beli akuarium, bela ikan yg comel mcm aku, haha..
Friday, July 24, 2009
Kisah Tauladan: RM1 vs RM50
Coretan
Che' Pit
pada
8:00 AM
"Oii, lama tak nampak, mana kau pergi?
"RM50 menjawab "
Dah merata tempat aku pergi.. Pergi stadium tgk bola Malaysia lawan Manchester United, Naik STAR Cruise, gi Bangkok naik AirAsia, tgk konsert Siti Nurhaliza la, lepak Planet Hollywood la.. banyak sangat tempat sampai tak terkira.. Eh, kau camner lak?
"RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm.. biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. Surau, Masjid, Surau... ".
Wednesday, July 22, 2009
Mini Fountain
Coretan
Che' Pit
pada
10:45 AM
Waa terujanya aku bila tgk mini fountain kat umah member aku ni.. aku sebenarnya dari dulu nak buh mini fountain ni kat umah, semata2 suka nak dgr bunyi air nyer terjun beramai2.. mendamaikan rasa nyer.. tenang dan sayu.. Tapi ni rumah sewa, bukan rumah sendiri.. nanti kalau nak pindah ke apa, tak larat nak bawa.. nama je bujang tapi rumah pelbagai harta karun ada.. hmm gadis mana lah yg untung dapat memiliki diri ini.. cuci kaki jer, yg lain dah siap sedia, hehe..Salam Kedamaian
Tuesday, July 21, 2009
Cheezy Cheekaroni KFC
Coretan
Che' Pit
pada
9:11 PM
Bebaru ni KFC melancarkan 1 produk baru Chessy Cheekaroni.. Hmm mcm tu lah kot eja nyer.. tak sure sgt (yg penting korang tahu apa yg aku maksudkan).. tgk dari banner dia, nampak mcm sedap jer.. so ahad lepas, dah alang2 lalu depan KFC, saje lah gatal tekak nak cuba.. humang aih, kembang tekak den.. keju sesaja.. tekak den ni tekak makan belacan ler.. mmg tak sesuai dgn selera.. tapi dah beli tu, eden torai gak nak habiskan sbb tak nak membazir makanan, tapi nak buat mcm ner, mmg tak ter masuk lagi benda tu, huhu..Hmm satu lagi, ade ke patut dia letak dalam bekas plastik mcm tu jer.. takde commercial value langsung.. mcm bukan beli kat KFC lak..
Monday, July 20, 2009
Tabung Coins Baru..
Coretan
Che' Pit
pada
7:00 PM
Hehehe setelah sekian lama duk usha tabung duit kat kedai2 seperti living cabin dan sewaktu denganya, akhirnya aku gagahkan juga diri untuk membeli tabung duit ni.. bukan sbb apa, kesian kat aku sbb selama ni tupperware kecik yg jadi mangsa.. tu pun dah tinggal sikit balik coins aku sbb masa dah penuh tupperware tu, aku g bank in kan kat RHB branch masa aku attachment dulu.. sempat melepas rindu kat akak2 cashier yg merindui gurauan ku.. hmm muka serius mcm ni reti ker bergurau? kompius..Salam Menabung,
Sunday, July 19, 2009
Saturday, July 18, 2009
Gelagat manusia menangkap gambar..
Coretan
Che' Pit
pada
10:35 AM





Haha yang last sekali tu yang lawak.. sampai tak sedar yang seluar dia koyak.. Hmm kita duk gelak kat orang tapi kdg2 pernah tak kita fikir, orang yg duk gelak kat kita sbb mungkin tanpa kita sedar, kita pun kdg2 ada beraksi mcm tu bila nak tangkap gambar.. so kepada mereka2 yang selalu menangkap gambar, watch out!!
p/s moral of the story, jangan suka2 gelakkan org, takut nanti org yang gelakkan kitaFriday, July 17, 2009
Thursday, July 16, 2009
Mulut Longkang
Coretan
Che' Pit
pada
9:01 AM

MULUT + LONGKANG
Hmm semalam masa balik keje, aku dengar lah radio Hot.Fm seperti biasa.. Hot Jam petang tu membicarakan pasal mulut longkang.. Yang best nyer, ada satu mamat ni, nama Jiman, call Jawa Rangers, dia marah2 kat bos dia, Ms Lin (kalau tak silap nama nyer).. dia kata boss dia tu mulut longkang.. marah2 depan staff.. pastu Jawa Rangers tanya samaada nak mereka hubungi boss dia n bercakap pasal tu, dia kata ok, siap bagi no telefon boss dia.. Jawa Rangers pun hubungi boss dia, Ms Lin dan sambungkan kepada Jiman..
Nak tahu apa Jiman cakap? "eh bos, eh apa ni? pasal apa? mana ade boss, Jawa Rangers tu yang pepandai jer, saya mana de cakap apa2 bos, semua ok" hmm lebih kurang mcm tu lah dialognyer (walaupun byk yg aku edit sdiri, sbb lupa, hehe) tergagap2 jugalah si Jiman tu menjawab..
Haiyoo, orang mcm tu pun ada ker? yang malu nyer si Jawa Rangers, tak pasal2 je kan.. Pastu org ramai call n sms kutuk si Jiman lak.. diorg bengang n marah2 si Jiman.. tulah Jiman, nak tunjuk hero, pastu dia lak yg dikata org.. Kata boss dia mulut longkang tapi dia lagi longkang, haha..
Moral of the story, janganlah melongkangkan mulut anda.. Jangan lah sesuka mengata, mengutuk, mengadu domba
Wednesday, July 15, 2009
Bukan orang je nak mandi..
Coretan
Che' Pit
pada
2:11 PM

Hehe bukan manusia je yang perlu mandi, kereta pun perlu, tapi takle sampai hari2 nak kena mandi.. petang semalam, balik keje terus jer g car wash yang kat area umah ni.. dah kotor sgt kete aku.. dah le kaler itam, lagi ler nampak kekotoran yg melekat.. naper hantar car wash?
sebab:
- aku duk apartment, leceh nak basuh.. lain le kalu umah teres
- promotion kat car wash tu, basuh 5 kali, dapat 1 kali free juga
- kesian kat anne yg cuci keter tu, sbb kalau aku tak hantar, "miss soru" lah dia
- sbb on the way je nak balik rumah aku
- malas? hehehe no komen..
Tuesday, July 14, 2009
Miss ROY n Miza
Coretan
Che' Pit
pada
2:10 PM
Selasa lepas, tetiba Miss ROY call aku.. "Abg long, jom lepak2 minum.. aku ada kat KL ni" hehehe lebih kurang begitulah dialog nyer.. Siapa ROY ni? hehehe..
ROY atau nama betul dia Renny Octary Binti Yunardo.. Hmm pelik tak nama dia? Keturunan apa tu? Dia ni yg sebetulnya ayah dia Indonesian, maknya Chinese.. Tapi depa ni agama Islam.. Apa kaitan nyer? Nape panggil aku abg long? Hmm mcm ni citer nyer, renny ni 1 batch dgn aku masa Young Graduate Trainee (YGT) masa di RHB dulu.. Masa attachment 3 bulan untuk credit track, aku attach di CBBC RHB Kajang bersama2 dengan renny ni dan juga faizul.. mmg pun sebelum attachment, dlm kelas kami rapat bertiga.. Pas graduate training, semua posting tempat berbeza.. aku ke RHB Leasing kat Menara Yayasan Tun Razak kat Bukit Bintang, Renny ke CBBC RHB Sg Petani (dekat dengan kg halamannyer) manakala faizul ke Audit Credit, RHB Centre, Jalan Tun Razak.. Pas posting tu, kami dah jarang le jumpa dan bersama2.. Hmm teringat balik masa kami posting kat kajang tu, lawak pun ada.. banyak gak keje jahat kami buat, tapi nasib baik tak pernah kantul, hehe..
Nape panggil abg long? Hmm hehe tu panggilan kawan2 yg sebatch YGT dgn aku sbb batch kami 25 org tu, aku ler lelaki paling tua dan Rubie wanita paling tua.. so depa semua sepakat panggil aku abg long dan rubie kak long.. sampai la ni masih melekat walaupun aku dah setahun lebih meninggalkan RHB..
To all member2 ARM CBBC yang nak ambik exam OMEGA nanti, good luck k.. Nasib baik aku dah blah, kalau tak, pecah kepala nak study 8 module OMEGA tu, hehe..

Renny dan Miza.. kami g dinner kat Village View, Bangi.. Sambil bertukar2 cerita dan kutuk mengutuk.. Rindu kenangan bersama YGT 2, 2007 RHB.. Rising Higher Beyond
Salam Kerinduan,
Monday, July 13, 2009
Kursus Kenegaraan SSM
Coretan
Che' Pit
pada
12:23 PM
Hitam Putih warna rasmi Kursus Kenegaraan BTN ni.. Hmm tengok dari jauh, mcm rupa budak2 sekolah menengah nak amik gambar untuk majalah sekolah lak, haha..Hmm ni aku nak citer sikit pasal Kursus Kenegaraan yang aku kena g pada 2-6 Julai yang baru ni bertempat di Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, Shah Alam.. hmm kitorg g ni yang dianjurkan oleh FRIM sebab induksi umum kami mmg under FRIM.. tapi hangin tul dgn FRIM.. masa induksi aritu mmg dah kecoh.. (sila rujuk entry Kursus Induksi Modul Umum bertarikh 11 May).. Kali ni sekali lagi FRIM menunjukkan ketidakcekapan dan ketidaksediaan mereka menjadi penganjur.
- Kenapa aku ckp mcm tu? sbb dalam senarai nama peserta ada 125 peserta, tapi hanya 35 yang datang.
- Nak tahu sbb apa? sbb FRIM main letak nama2 peserta padahal separuh daripada nama tersebut telah pun pergi kursus ni..
- Mcm ne aku tahu? sbb separuh dari tu adalah geng2 yang sama induksi umum bulan 4 yang lepas.
- Yang jadi mangsa? kami lah..
- Kenapa? sbb mengikut standard piawaian BTN, sekiranya kurang daripada 60 peserta, tidak boleh dijalankan kursus..
- Kesannya? peserta2 yang hadir samaada dipindahkan ke mana2 kem berhampiran atau disuruh balik.. Hmm tak ke naya mcm tu.. Ketua Fasilitator pun pening kepala..
Tetapi nasib baik di sini, 2 kursus dijalankan serentak.. kami di Kem B, dan 1 lagi di Kem A.. Mujurlah di Kem A, yang hadir 100 lebih, so ketua fasi kami terpaksa mencilok beberapa peserta dari Kem A supaya kursus kami ni boleh dijalankan.. hasilnyer, maka berlakukah ketidakseimbangan jantina.. Kem kami iaitu Kem B, 11 lelaki dan 74 perempuan.. Kem satu lagi, Kem A 72 lelaki dan 8 perempuan.. Pelik tak? nape tak seimbangkan antara ke dua2 kem supaya takde kaum minoriti? sebabnya ialah lain kumpulan sasaran.. yang Kem B adalah sasaran 1, manakala Kem A sasaran 2 dan 3.. gitulah alkisahnyer...
Saturday, July 11, 2009
Kembara..
Coretan
Che' Pit
pada
9:35 AM
Wajah ceria (ceria ke?) kumpulan 8 yang baru je nak menamatkan kembara.. tapi nape takde gambar aku? kan aku ketua kumpulan 8? dahtu kalu gambar aku pun ada, siapa yang amikkan gambar? haha siapa nak jawab?Hati Emas - M. Nasir (versi edisi Kembara BTN)
Berjalan di tanah gersang (tak juga sebab merangkak atas pasir basah, parit)
Mentari mencekam dada (panas terik masa tu)
Debu-debu di jalanan (haah sbb ada kuari, lori kuar masuk)
Menjadi teman setia (buat tambah sakit jiwa)
Tiada lain tujuanku (apa dia?)
Hati emas yang ku cari (hmm bukan untuk dapatkan skim pencen ker?)
Kisahnya di hujung dunia (kisah di Kem Bumi Jati)
Mengapa tak ku temui (sebab kat ceruk tempatnyer)
Oh! terdengar suara halus (suara katil kat umah)
Bagai dengar dan menghilang (sbb buka mp3 masa kembara)
Katanya pulanglah oh! anakku (pulanglah tidor atasku)
Ia tiada di sini (sbb kat kem tilam tak best)
Kembara (Kembara BTN)
Puas sudah ku mengembara (terpaksa kerana dipaksa)
Ke mana perginya oh! cahaya (harap lulus exam pagi tadi)
Mencari hati emas bukannya mudah (jadi org gomen bukan mudah)
Di masa kini adakah kau peduli (org awam tak peduli, tahu nak salahkan jer)
Salam Kembara,
Thursday, July 9, 2009
PPSMI dimansuhkan?
Coretan
Che' Pit
pada
9:25 AM
So kalau PM Mori pun tak reti cakap bahasa inggeris, apatah lagi pelajar2 sekolah kita.. mau cikgu yang tanda kertas jawapan exam bantai duk gelak sorang2 sampai terguling.. Bak kata shin chan "guling2 macam tenggiling" hahaha..Tapi kalau tanya kat aku, aku sebenarnya menyokong PPSMI atas sebab2 tertentu.. Apa2 pun setiap benda mesti ada pro and cons, ada baik buruk, ada putih hitam, ada positif negatif, so terpulang pada setipa individu untuk menilai dari sudut yg mana satu..
Salam Takzim,
Transformers 2 - Kali ke 2
Coretan
Che' Pit
pada
7:53 AM
Semalam, pas balik keje, aku gi tengok Transformers 2 buat kali kedua.. Dekat TGV Jusco Cheras Sealatan @ Balakong.. Dekat je dengan umah kami.. Hmm bukanlah sebab best sangat, tapi sebab "org jauh" tu nak tengok.. dari hari Selasa dia ajak tengok, tapi Selasa tu badan masih kurang sihat.. lagipun semalam kan Rabu, tiket pun RM6 jer, save budget, hehe..Hmm komen "org jauh" tu sama macam aku.. dari segi aksi dan nampak real, Transformers 1 lagi ok.. Cuma Transformers 2 ni meriah dengan lebih banyak robot Decepticons jer..
Salam Transform,
Wednesday, July 8, 2009
Tuesday, July 7, 2009
Sesuatu Yang Tak Disangka..
Coretan
Che' Pit
pada
1:52 PM
Hmm sekali baca tajuk dia, teringat kat lagu Kenny Renny Martin.. hmm betul ke lagu depa tu?
tapi lagu tu lagu sedih.. yg aku nak citer ni bukan citer sedih.. walaupun aku sebenarnya tgh sedih.. bukan apa sbb masih penat lagi, 5 hari didera mental dan fizikal dan emosi dan jiwa dan raga dan akhirnya aku selsema di hari akhir.. tapi takperlah, aku dah selamat dari segala deraan 5 hari tu.. kita tgk gambar ni dulu..
Hmm agak2 nape sampai senget kepala anak kucing ni? Sebab Sesuatu Yang Tak Disangka.. hmm mcm tu lah agaknyer keadaan aku semalam sbb sesuatu yang tak disangka berlaku depan mata aku.. memang terkejut sangat2 sampai terkedu seketika.. Dahle aku mmg baru je balik dari kejutan kem 5 hari tu, pastu balik umah, terkejut lagi.. Sampai saat ni aku masih lagi rasa antara percaya atau tak, tapi itulah hakikatnyer.. percayalah..
Hmm korang pernah ke mengalami mcm tu?
Thursday, July 2, 2009
Kenangan zaman 'U' part 1
Coretan
Che' Pit
pada
12:05 AM
Hmm tetiba aku terkenang kisah zaman masa kat universiti dulu.. bila dikenang, memang banyak kenangan, peristiwa pahit manis yang ditempuh.. tapi itu semua pengalaman yang tak boleh dijual beli.. Hmm kali ni nak share gambar masa last semester coursemate aku.. takle ramai sangat coursemate aku ni.. so lets check it out..
Saat-saat menghitung hari untuk meninggalkan zaman U.. Miss u all..
Salam Kerinduan,
Subscribe to:
Posts (Atom)







.jpg)
