Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai "Jelapang Padi Malaysia" dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.
Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat. (sumber Wikipedia Bahasa Melayu)
Pintu masuk muzium padi.. cantik bumbungnya di buat bentuk padi
Hmm ini kali kedua aku mengunjungi muzium padi ini kerana pada tahun lepas, kami juga telah membawa peserta MTCP 2008 ke sini.. bagi aku ia mmg satu tempat yg menarik terutama bagi mereka yg datang dari negeri yg tidak menanam padi, contoh nya aku ler, hehe.. Macam2 yang boleh dilihat dan dipelajari..
Yang paling best di tingkat atas sekali ada satu ruang yang dinding nya dilukis supaya nampak seolah2 pemandangan di luar.. sampai sayup mata memandang.. tapi kali ni kerusi nya tidak berpusing seperti tahun lepas kerana ada sedikit kerosakan.. kalau pusing, pening gak kepala masa mula2 nak sesuaikan diri dengan keadaan dlm bilik tu.. satu pengalaman yang menarik dan disyorkan kepada sesiapa yg ke Kedah, datanglah melawat muzium padi ni.. tiket nye pun murah.. tapi kena bayar tike kamera kalau nak amik gambar kat dalam..
antara perlatan yang pernah digunakan zaman dahulu..



















.jpg)
