Hmm sebenarnya ni satu dari game yang di buat semasa
Kem Membina Kepimpinan Koperasi tu.. Kalau diteliti, ada beberapa perkara yang kita boleh cungkil daripada game ni..
Stage 1 - Dari anak sungai ke tong no 1.. Baldi yang digunakan utk stage 1 ni takleh digunakan utk stage 2..
Stage 2 - Dari tong no 1 ke tong no 2, dibekalkan beberapa baldi dan cawan kertas
Stage 3 - menampal tong bocor dengan kertas suratkhabar untuk menghalang air keluar..
Setelah penuh, kiraan 10 dimulakan untuk menguji ketahanan tampalan tong pecah.. Air memancut dari lubang2 tong, ngeh ngeh ngeh..
Bila sampai sesi rumusan, setiap kumpulan bagi rumusan yang sama.. Leadership, teamwork, planning.. Tak salah, cuma ada satu perkara yang menarik perhatian aku, yang kita selalu terlepas pandang.. Apa dia?
Jangan abaikan benda yang kecil kerana satu ketika kita akan memerlukan nya..
Hmm sebenarnya dari stage 1 nak ke stage 2, disediakan 4 buah gayung, 1 baldi dan 6 cawan kertas..
Masa setiap kumpulan berlumba2 nak memenuhkan tong pecah, tiada seorang pun yang menggunakan dan ambil peduli fungsi cawan kertas tu.. Tetapi apabila keadaan dah terdesak, kertas surat khabar yang dibekalkan untuk menampal lubang di tong pun dah habis, barulah mereka sedar kehadiran cawan tu..
Setiap kumpulan dibenarkan untuk menukarkan gayung atau baldi dengan kertas surat khabar.. bila dah tukar gayaung dgn surat khabar, nak guna apa utk ceduk air dari tong 1 ke tong 2? Hmm masa ni lah, baru nak guna cawan kertas tu..
Moral of the game? Never take for granted.. Especially boss2 yang duk kat atas tu.. pandang2 le kami yg duk kat bawah ni, huhu..
hmm boleh ke jadi moral of the game ni?