PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Thursday, November 12, 2009

Busy + hangin...


berselerak atas meja sebab kena buat rujukan dgn banyak bahan termasuk ler dictionary

2 minggu ni (sejak minggu lepas) aku betul-betul sibuk dengan tugasan tambahan.. Nak tahu apa? Baca petikan akhbar kat bawah ni..

Berita Harian 11/11/2009



Sebuah lagi bank berasas koperasi bakal diwujud
Oleh Azman Mahmood


PETALING JAYA: Sebuah lagi bank komersial berasaskan koperasi akan ditubuhkan bagi memperkasakan peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi, sekali gus bersaing dalam sektor perbankan negara.


Kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membuat kajian terperinci mengenai potensi dan keupayaannya untuk menggabungkan lebih 520 koperasi kredit di bawahnya.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan mensasarkan dapat direalisasikannya selewat-lewatnya pada 2012.


Katanya, ketika ini sudah ada tiga bank berasaskan koperasi dengan dua baru diluluskan kerajaan, iaitu Bank Persatuan dan Bank Koop, selain Bank Rakyat yang sudah lama menjalankan perniagaan.

Tapi apa kaitan nya? antara kerja dengan artikel ni? Hmm sebab aku terlibat untuk merangka silibus latihan untuk Bank Persatuan tu.. mentang2 aku dulu banker, so Timbalan Pengarah pun menggunakan aku..

Selain pusat aku (Co-operative Administration, Law and Leadership Centre),  pusat lain yang terlibat adalah Pusat ACTIF (Accounting and Finance) dan juga BMEC (Business Management and Entrepreneurship)..

Untuk 2 pusat tu, boleh guna silibus yang sedia ada, tapi aku kena develop silibus baru sbb silibus sedia ada tidak sesuai.. Dalam masa yang sama, aku kena hadiri Kursus 2 hari di Hilton PJ.. Jenuh duk cari info, cari maklumat, buka buku sana, buka fail sini.. Balik rumah lak singkap segala fail2 training masa aku jadi trainee kat bank dulu.. Siap rangka, tunjuk kat boss, kena edit balik.. 2 kali kena buat pembetulan.. akhirnya baru jap ni siap sepenuhnya.. Kepala pun dah tepu + muak + bosan tgk silibus ni.. Dah send kat penyelaras, so harap2 pasni takde apa2 adjustment lagi.. Aku dah penat.. Sabtu ni ke Sabah, leh jalan2 release tension..

Tapi, belum prepare lagi material untuk mengajar kat Sabah lak, huwaaaaaaaaaaaaa... Nak kena buka kitab ni, huhu..

18 Catatan pengunjung:

rezeki said...

salam che pit,

kawan dh agak bila baca berita ttg bank koperasi tu tempohari kat paper,
mesti ada kaitan dgn tugas yg che pit kena buat.
Apa nak buat, tapi alhamdulillah . siap juga

ok, enjoy your trip to sabah, jgn lupa lepak2 kat waterfront tu, seronok tgk ikan2 fresh kat pasar filipino tu dan jgn lupa bwk balik terubuk masin dan kuih cincin

keh,keh,keh

sinomosa said...
This comment has been removed by the author.
sinomosa said...

Salam CP

Adatlah dah namanya pun kita nie culicutive kan huhu
Tapi yang tak bestnya bila dipergunakan..
Hupfully ur penyelaras terima dgn redha hehe so dah tak yah adjust2 lagi..

afeezz said...

salam sabahat : hebat lah ko ni...

Ayah Zain said...

Salam CP,

jangan merungut sayang, boss suruh buat, CP buat jer. Ada ganjarannya nanti tuh. Projek tu siap juga kan, maknanya CP memnag hebat tuh. Buek boto-boto yer jang, nanti copek naik pangkat.

Che' Pit said...

salam che rezeki,

hmm tulah, sebenarnya kami xde expertise utk handle training ni, tapi timbalan pengarah nak jugak.. padahal yang background bank kat maktab ni cuma 2 org jer..

tapi apa leh buat, dah jadi tugas.. sbb kan nak siap benda ni, tertangguh lak keje lain, huhu..

yg g sabah ni pun patut ke sandakan terus, tapi baik punya pujuk boss, dia lepaskan gak g KK dulu..

Che' Pit said...

salam syima,

hmm beranio penyelaras nak komen.. nak adjust, buat sdri, haha.. dah bosan tgk silibus tu

Che' Pit said...

salam afeezz,

sy hanya insan biasa saja.. ramai lagi org yg hebat dari sy

Che' Pit said...

salam AZ,

hmm bukan niat nak merungut, cuma mengadu kat kawan2 blog yg prihatin..

insan pendidik said...

salam che'pit

Ingatkan cikgu sekolah je sibuk time ni. che'pit sibuk gak. Gitu la tugas masing2. Tapi elok la che'pit dapat luangkan mase cuti2 Malaysia nanti. Rehatkan minda jugak. Sesekali kite ni perlu memanjakan diri... haha

Che' Pit said...

salam IP,
tulah pasal..
huhu tapi g sabah bukan nak cuti2, kena keje gak.. kena mengajar kat sandakan tu, huhu..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam CP,

sabar...sabar...sabar! good luck to you...

Che' Pit said...

salam mama,

hmm jgn risau, anak mama ni masih kuat kesabaran nyer, hehe..

DUN Behrang 2020 said...

wahhhh...g sabah tu...nak ikut leh ker?

Unknown said...

salam CP..
Alhamdulillah dah selesai masalah..

tp yg akak nampak kt skrin pc CP tu mcm dok tgk blog jer .. rehatkan minda agaknya nooo

pegi ler makan angin selepas naik hangin
he he he jgn marah

sonata anak kancil said...

Dah ditugaskan - jangan merungut - akur dengan arahan- keje pun jadi senang....dah siap dok diam2....saya ni tak siap2 lagik!!!

Unknown said...

pegi sabah bro... pegi panjat gunung... sejukkan diri

Che' Pit said...

salam,

DUN, moh kita.. sy ok jer, tapi on own expenses ler, hehe.. jalan2 cari makan..

kak ummi, tu sbb nak amik gambar, tu yang sengaja buka blog, ngeh ngeh ngeh

cgu sonata, hmm tu baru 1 keje yg siap.. ada lagi lain keje yg tertangguh sbb nak siapkan benda tu

Shifu, hmm x dan nak panjat, ingat nak pi kaki gunung pun jadi ler..

 
type='text/javascript'/>