PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Monday, June 8, 2009

Sepi VS Mengapa Dirindu


Sepi, arahan Khabir Bhatia.. Filem melayu yang aku suka tengok.. Kenapa? sebab ada kaitan dengan aku.. sebab hanya aku dan dia yang tahu.. Hmm siap beli dvd tu, hahaha..


Mengapa Di Rindu (Allahyarham Saloma)

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang
Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih
Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti
Patah kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Sayang mengapa dirindu....


p/s cikgu mas, ni sambungan lagu cikgu yang tak habis tu, hehe

10 Catatan pengunjung:

CM said...

salam

adoooiii...sekali ku pandang cam Hot FM,rupa yer klasik nasional jugak!!!indah yer kan lagu ni,boleh kita share lagu2 cam ni..!!nanti ku setatkan pangkal lirik adikku ini sambung yek..

"Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan...

hah sambung!!!panggil cik lie sekali nyanyi dia mesti hepi..kan peminat klasik nasional

Psst: filem sepi,i pi tengok sorang2 jer sebab nk hayati betul2...peergh..i sependapat dgn u,paling touching cinta eja,pada duda yang mati isteri tu,lupa dah nama dia,cinta tak semesti yer memiliki...betulkan..cinta hidup dalam hati..from (doktor cinta,or cikgu cinta)

Che' Pit said...

hmm betul tu. cinta tak semestinya memiliki tapi kalau saling cinta mencintai, sepatutnya bertindaklah sepatutnya.. jangan biar hanya harapkan sebelah pihak sahaja.. dua2 harus bertolak ansur dan saling memahami..

hmm alamak, lagu tu mmg tahu, melodinya mmg tahu tapi lirik nya tidak ketahuan, haha..

Anonymous said...

Dengar lagu ni pasti teringat citer man laksa...lawak giler citer tu...

afisazlie said...

hehehe sebenarnya saya pun tau lagu tu dari citer man laksa tu lah.. sebelum tu tak tahu pun, hehe

heheh cikgu, ni sambungan nyer..

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

( korus )
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Noor said...

As Salam...

lama tak baca komen2 ko dik.. tu yg membuatkan akak mencari-cari ko.. aik?? mana den paie.. ado yo cikgu sorang nih.. ishh kuat bonar jodoh den ngan dio.. alahai cikguuuu.

wokeh.. berbalik pada topik ko dik... walaupun di blog sebelah ada org tulis lirik lagu yg menyayat hempedu akak.. tapi akak buat bodo je.. tapi bila masuk je blog ko.. aisey ada jugak lagu yg menghiris-hiris perasaan.. ahh layan je lah..

akak nak tolong cik lie sambung lagu cikgu bleh?? ahhh nak sambung juga..

anak cina memasang lukah
lukah dipasang ditanjung jati
didalam hati tidak ku lupa
sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali jua

burung merpati terbang seribu
hinggap seekor ditengah laman
hendak mati dihujung kuku
hendak berkubur ditapak tangan

kalau tuan mudik kehulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya di pintu syurga..

p/s: "hmm betul tu.. cinta tak semestinya memiliki tapi kalau saling cinta mencintai, sepatutnya bertindaklah sepatutnya..' tapi kan dik.. kalu sudah takdir nya sebegitu.. 'mengapa dunia kejam pada mereka yang bercinta.. mengapa bercinta harus ada saja.. pengahalang nya.. kisah cinta.. berakhir..'uwaaaaaaaa tak dapat dah nak sambung...

Che' Pit said...

hehehe ala kak noor terlambat ler.. sy dah siap nyanyi habis dgn cikgu, akak baru nak sambung..
nampak tak yang tanda P dgn L tu.. L tu part saya lah, P tu part cikgu..

hehe ala kak, ni pun sebab nak menyambung lagu cikgu yang tak habis tu.. sbb tu lah cheq sambung kat blog cheq lak..

Noor said...

As Salam...

aduhhhhhhhhhhhh... berbuih-buih akak dok nyanyi sambil mengasah otak yang dah mula berkarat sebab nak tulis lyric.. rupa2 nyer hang dah bantai nyanyi ngan cikgu..

ooooo.. misti nyanyi disebalik pokok buluh.. intai sana intai sini.. pas tu golek2.. wa ha ha (sedang membayangkan...)

p/s: akak nie selalu lambat.. nak buat cam ner.. naik kapcai dik.. slow & steady.. hu hu

Anonymous said...

Citer sepi tu mmg best giler..
Tapi ramai gak yg tak tgk...
mungkin diorang rasa citer2 biasa je kot..
knape afisazlie suka citr sepi tu..?

Che' Pit said...

Hmm Anonymous,

suka sbb 1st, mmg filem2 arahan khabir bhatia best.. tgk citer cinta. sebelum ni rasanya takde lagi pengarah lain buat konsep mcm tu. 5 kisah cinta dalam 1 cerita..

sepi pulak 3 kisah cinta dalam 1 cerita..
hmm boleh kata sbb filem tu sendiri..

2nd sbb sy rasa (bukan rasa, mmg kenyataan) pada waktu,saat dan ketika itu, mmg sy sepi mcm cerita tu.. kenapa? hmm hanya sy dan dia yang tahu..

3rd, hmm sebab apa ek? hmm nantilah sy pk2 kan, haha..

Che' Pit said...

salam kak noor,

hmm biasanya kalau berbuih2 mulut ni, sbb kena sawan.. cepat kak cepat, gigit senduk ke, sudip ke, kang takut tergigit lidah lak, hehe (gurau jer)

ish mana de celah pokok buluh, bawah pokok taugeh jer..

 
type='text/javascript'/>