PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Friday, October 30, 2009

Eco Kid Adventure - Cgu jinggo

Setelah habis mengendalikan Kem Kepimpinan MRSM, aku dipelawa oleh Cgu Jinggo untuk menjenguk ke kem beliau di Eco Kid Adventure, Alang Sedayu, Gombak.. Bukan apa, aku pun turut mengendalikan program2 seumpama tu.. so mana lah tahu kalau2 boleh berkolaborasi, ngeh ngeh ngeh.. so seharian aku disana, sempat menolong sedikit cgu jinggo dalam melaksanakan program2.. Hmm sebenarnya tahun 2002 dulu aku pernah ke kem ni tapi masa tu belum lagi dibawah kelolaan cgu jinggo..


di antara aktiviti yang dilaksanakan..

p/s cgu jinggo, bila nak joint venture ni, ngeh ngeh ngeh..

Bengkel MRSM - Gemuruh





Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti


Lagu Gemuruh 
Nyanyian Faizal Tahir


hmm inilah lagu tema untuk Bengkel Kepimpinan Koperasi MRSM.. Dipilih berdasarkan rentak yang menarik, dan yang paling penting lirik nya yang bermakna..

Hari pertama masing2 segan silu nak menyanyi.. masuk hari kedua, semakin bersemangat sehinggalah penutup, bukan sahaja mereka nyanyi dengan kuat dan bersemangat, tetapi siap dgn gerak tubuh..

Diharapkan kepada adik2 di MRSM dapat buktikan ungkapan Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa
 

Bergambar dengan super duper junior ku dari MRSM Jasin.. Kini bertukar nama kepada MRSM TGB (Tun Ghafar Baba)



Bersemangat menyanyikan lagu tema buat kali akhir

Monday, October 26, 2009

UNDER CONSTRUCTION

Awas kepada semua.. Tempurung Kaca dalam penstrukturan dan pembinaan semula.. Maaf banyak2 kepada semua.. Akan bersambung semula pada hari khamis (setelah kembali dari kem)

Sunday, October 25, 2009

Bengkel Kepimpinan Koperasi MRSM

Tempat - Kompleks Sukan Rakan Muda Bera, Pahang
Peserta - 80 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) MRSM daripada 22 buah MRSM

Di antara pengisian:
  • pengenalan kepada koperasi
  • jatidiri pemimpin muda
  • kemahiran pemimpin muda
  • komunikasi berkesan
  • pembentukan pasukan cemerlang



Saturday, October 24, 2009

Seruan Haji

Alhamdulillah, tahun ni tercapai hajat mak dan ayah ku untuk menyahut seruan haji.. selepas menghadiri kenduri kahwin sepupu aku tu (entry sebelum ni), terus balik kampung..

Isnin tu dari pagi sampai malam, tak putus2 saudara mara n kawan2 mak ayah datang

Selasa pagi, persiapan terakhir.. pun masih ada yang datang untuk bertemu di saat2 akhir.. Sesudah solat zohor di masjid, aku dah siap sedia dengan kereta di luar pintu masjid.. jemaah masjid masih meraikan mak dan ayah.. Sejurus sebelum bergerak, azan dilaungkan.. Transit di rumah sepupuku di Bandar Kinrara 4.. Giliran anak2 saudara mak ayah yang duk KL lak dtg jumpa..


Pukul 2.30 pagi baru gerak menghantar mak ayah ke Kompleks Tabung Haji.. Masa ni semua adik beradik dan anak2 buah aku dah ada bersama..


sebahagian daripada keluarga jemaah2 haji yg dah lebih 2 jam berkampung kat Kompleks Tabung Haji ni..


daripada skrin luar yang besarnya berkali2 ganda dari tv kat rumah aku.. hmm mak mcm tahu2 jer anak2 dia duk tgk kat skrin tu..

Friday, October 23, 2009

Renjis di pilis



Ariel ni sepupu aku (anak kepada adik ayah aku).. boleh kata yang paling rapat (masa kecik2 dan remaja).. Dah besar buat hal masing2..
Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia sepanjang hayat..

p/s sorry tak dapat join utk majlis rumah pengantin perempuan di Jerantut



Thursday, October 15, 2009

Mari memasak

Balik keje semalam aku singgah ke Giant yang dekat dengan umah sbb nak belikan barang yang dikirim oleh "org jauh".. Tapi malangnya tiada stok.. tetiba aku terpandang sesuatu.. kuah laksa johor segera.. Instructions yang ada pada kotak mcm mudah jer.. tetiba rasa mcm nak mencuba.. so terbelilah barang yg kat bawah ni..



Tadaaa!! Inilah hasil nya.. orang bujang yang tak reti masak, haha.. Alhamdulillah, boleh lah utk buat makan sendiri, ngeh ngeh ngeh..






Ulangtahun pertama

Hmm lama nya tak bersihkan rumah.. dah berhabuk bak kata DUN, ngeh ngeh ngeh.. sebabnya:
  1. minggu lepas outstation ke Pahang 4 hari.. hujung minggu lak memenuhi undangan cgu jinggo untuk melawat kem..
  2. naik keje minggu ni busy kena siapkan apa2 yang patut utk program kem kepimpinan belia koperasi hujung bulan ni sbb minggu depan aku terpaksa bercuti isnin - rabu.. kenapa? hmm akan aku citerkan dlm entry minggu depan, haha
  3. hmm dah lama x bersihkan umah, tu yg jadi liat sikit tu, ngeh ngeh ngeh
Tutup citer atas, buka citer baru..
Harini 15 Oktober 2009.. genap setahun aku berkhidmat kat maktab ni.. hmm cepat benar rasanya masa berlalu.. pejam celik pejam celik, dah setahun.. gaji pun dah ada anjakan, walaupun sikit jer, haha.. alhamdulillah..

hmm tapi nape gambar belon lak? bukan ulangtahun sinonim dgn kek ker?


Saturday, October 3, 2009

Shopping di Mydin

Jumaat, pukul 10 pagi aku berada di sini.. Mydin Subang.. Apa? tak keje ker? haaa ponteng keje ek? ngeh ngeh ngeh sebenarnya boss yang suruh.. beli barang2 untuk hamper @ cenderahati untuk Kursus Kepimpinan Koperasi MRSM Zon Selatan yang akan berlangsung pada 6-8 hb di Kompleks Sukan Bera.. Berbekalkan budget yg ciput, terpaksalah g beli kat sini dan bungkus pun sendiri..





hmm tengoklah, habis se trolley kami borong.. siap dgn beli barang sendiri (ambil kesempatan, tapi bayar pun pakai duit sendiri k..) Habis shoping kul 11.30 dah.. Bergegas balik maktab sebab ada jamuan raya oleh UPD lak (Unit Perkhidmatan Domestik) nyam nyam nyam, makan jangan tak makan..


ni dalam opis aku.. dah siap2 bahagikan untuk buat 10 set hadiah.. hehe kebetulan ada student dtg bilik, so dia offer nak tolong.. aku tak suruh pun.. hehe tapi jangan harap aku n ak bagi extra mark, ngeh ngeh ngeh




Friday, October 2, 2009

Entry saja2..


Hmm semalam perasmian Pusat Antarabangsa dan Pengajian Tinggi, di Jalan Selangor.. Tak jauh dari kampus tetap kat Jalan Templer ni.. Dan juga majlis sambutan Hari Raya.. Hmm semua diwajibkan hadir dan berpakaian baju melayu bagi lelaki.. Macam dalam memo kat entry sebelum ni.. Aku tak snap gambar masa kejadian kerana org ramai sangat dan juga kerana ramai student2 aku makan kat meja2 sekitar aku.. Hmm so saje je nak interframe gambar dalam opis aku masa nak balik semalam, ngeh ngeh ngeh..



Hmm pagi ni aku g keje bawa bekal kuih tart nenas dengan air kotak soya.. On the way nak g keje, jem ler pulak dari Serdang Raya menuju ke susur masuk ke PLUS.. so apalagi, buka tupperware, ngap ngap ngap ler kuih tart tu, ngeh ngeh ngeh.. ooo rupanya ada kemalangan antara sebuah van dan kereta.. Tgh hari ni ada lagi 1 jamuan raya.. Oleh UPD atau Unit Perkhidmatan Domestik.. hmm dapat makan ketupat sedap gak ni.. harap2 diorg jamu ketupat.. alamak laparlak.. hmm nak naik ke cafe atas jap, nak beli nasi lemak.. Jom kita breakfast..

Salam Pagi Jumaat



 
type='text/javascript'/>