PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Tuesday, June 30, 2009

Kem Kepimpinan Koperasi MRSM

Nyanyian lagu 1 suara..

Pembentangan hasil kerja kumpulan

Bertarikh pada 23 hingga 25 Jun bertempat di Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), Petaling Jaya, seramai 77 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) zon utara dan pantai timur berkampung. Hmm teruja rasa nak handle kem ni sebab mengingatkan aku zaman muda2 dulu dimana aku juga merupakan bekas pelajar MRSM.. konsep MRSM ni unik sebab menggunakan sistem semester dan pointer seperti di universiti.. Ada juga subjek yang menggunakan konsep kuliah seperti di universiti.. Dan yang unik juga, terdapat lebih kurang 40 lebih MRSM seluruh Malaysia tetapi kami disatukan melalui 1 nama, 1 logo, 1 uniform, 1 lagu maktab.. Dan untuk kem ni, kami menggunakan lagu 1 suara sebagai tema kem..
kena denda nyanyi lagu Negaraku..

p/s proud to be a MRSM student.. 2nd batch PKP, MRSM Jasin 1997


Salam Takzim,

Hari Anugerah Kualiti Cemerlang Maktab

Kumpulan koir maktab terdiri dari staf sokongan. 1st time dengar lagu maktab, hehe
Berlangsung di Tiara Beach Resort pada 19 Jun yang lalu. Dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian, KPDNKK.. Penerima Best Employee of The Year jatuh pada En Razak, Ketua Unit Perkhidmatan Domestik.



haha acara menghumban staff ke dalam kolam. Mari kita lihat siapa yang kena... Oh khairil a.k.a along poco poco.. cian dia..


Tarian joget bercampur2 oleh staff sokongan
Sebelah malam nyer Makan Malam Warna Warni Maktab yang turut diserikan dengan persembahan warga maktab..


Esoknya, pada 20 Jun, pagi dimulakan dengan Poco-poco dan Senamrobik dan selepas sarapan pagi, acara sukaneka..



Salam Takzim,

Monday, June 29, 2009

Renjis Merenjis

posing manja


hehe lawa baju pengapit.. baju sponsor le katakan.. takyah dah buat baju raya tahun ni, hehe

Selamat Pengantin Baru buat kawan baikku, Azwan b Malip dgn pasangannya Lailatul Adila bt Ahmad Tajuddin yang berlangsung di Bandar Tun Husseion Onn pada 28 Jun yang lepas.. Semoga berkekalan rumahtangga kalian hingga ke akhir hayat.. Hmm terima kasih ler sponsor baju pengapit, hehe..

p/s sori wan, umah ko aku tak dapat g, nama aku dah naik utk kursus BTN dari 2-6 Julai ni..

Salam Takzim,

Aku terima nikahnyer..

Pasangan yang baru dinikahkan

hehe sempat lagi berposing

Alhamdulillah, selamat dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan sekali akad jer.. Hmm ada satu ayat tok kadi tu, menusuk kalbu, "tanggungjawab suami untuk membawa isteri dan keluarga ke syurga".. aduh beratnya rasa bila dengar kata2 tu, tu yang buat aku rasa makin tak sedia, huhu.. besar tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa..

p/s masa nak nikahkan pengantin, bapa pengantin perempuan yang terlebih gabra.. siap minum air dulu sedangkan bakal penganti lelaki tu terkulat2 je tgk bakal bapa mertua dia minum..


Salam Takzim,

Thursday, June 25, 2009

Kereta siapa lah ni?

Hmm nampak tak apa yang tertulis kat kereta tu?
"PANDANG BOLEH, JELING BOLEH,
SENGOL-SENGGOLAN JANGAN,
NANTI IS TERGURIS"
Is? Is yang mana satu? Entah, aku pun tak tau...



Salam Takzim,

Wednesday, June 24, 2009

Ada Faham?

hmm ada faham ker? mau faham kalu, kasi call sama itu nombor..
tak dapek den nak nolong


hmm ni satu lagi, dia faham lah, kita ni yang terkebil2 nak memahami..

M.G Mama tu mee goreng mamak..

Tullo mashta tu telur mata..

cisu nan tu nan cheese..
hehe tapi yang kotak hijau tu bukan milik aku.. aku tak hisap rokok..

Amaran kerajaan, merokok memendekkan nyawa..



Salam Takzim,

Tuesday, June 23, 2009

Senda pagi Selasa part 2

Alahai Mak Cik.........
Suatu hari, seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer.. Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la.. Malam tu, time penyelidik tu nak mandi, maklum ler bilik air kampung.. Dah tu dia tu hensem lagi.. muda lagi.. Makcik tu pun "semacam" ler.. dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi.... Makcik nie kantoi sekali oleh pemuda tu.. Kali keduanya pun kantoi.. nak ngendap nie..Kali ketiganya, pemuda tu naik bengang dan bagi warning.." Kalau makcik ngendap saya sekali lagi, saya rogol makcik!!!" Kemudian makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata..." JANJI TAU..!!" muahahahaha..

Salam Takzim,



Senda pagi Selasa part 1

~ laughter is the best medicine ~
Mengandung anak gajah??????

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat ke belakang. Ada seorang ibu hamil yang juga sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki bertanya pada wanita itu :

Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?

Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita dengan nada kesal)

Lelaki: Isinya orang ya, kak ?

Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu bertanya)

Encik hamil juga ya?

Lelaki: Iya (Sambil ketawa)

Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya orang ya?

Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).

Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)

Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Lelaki:????? ??????

Salam Takzim,

Monday, June 22, 2009

Monday Blues..

Hmm agak-agak kenapa ek diorang bagi istilah monday blues, tak monday reds ker, monday yellows ker, monday greens ker, monday blacks ker.. hmm tapi memang hari isnin, ramai yang rasa malas jer nak bangun gi keje kan, haha..

Tapi agak-agak perlu ker kita buat macam ni, nak bagi pekerja muka happy datang kerja.. hmm kita fikir-fikirkanlah...


Salam Takzim,

Friday, June 19, 2009

Kasih Sayang


Favourite's Group - Kasih Sayang

Kasih sayang
Terlalu indah untuk di kenal
Selamanya
Takkan pernah kau buang

Kasih sayang
Tiada pernah kenal usia
Tua muda
Akan menikmatinya

Namun jangan engkau lupa
Akan akibat masa nanti
Engkau dapat menderita
Kerana terlena rasa cinta aaa...

Kasih sayang
Terlalu pahit dan menyakitkan
Dan membuat
Remaja patah hati

p/s lagu ni jarang aku dengar, tapi sedap lagunya.. minggu lepas tengok rancangan O La La, ala yg realiti tv menyanyi duet dgn sedara mara tu, ada la pasangan nyanyi lagu ni, tapi lupa lak siapa.. tu yang sajer letak kat sini..
hmm haiwan pun tahu berkasih sayang, jadi sebagai manusia, janganlah merendahkan martabat anda lebih rendah dari haiwan.. marilah kita berkasih sayang.. Opss dah nak 10.30, jap lagi dah nak bergerak ke PD.. hari anugerah kualiti cemerlang dan staff day maktab.. Tiara Beach Resort, here i come.. bye bye lah Glory Beach Resort yg tak glory tu, malap jer..

Thursday, June 18, 2009

Takde kerja tapi kreatif










hmm jangan ditanya siapakah mereka-mereka ini kerana ku sendiri tidak kenal, hehe

Wednesday, June 17, 2009

Salah siapa?

Hmm nampak tak tulisan kat papan tanda tu?
"POOL CLOSED FOR CHEMICAL TREATMENT"



Kata tutup untuk rawatan bahan kimia tapi budak2 dengan bapak budak dan mak budak, selamba jer mandi.. setahu aku chemical treatment tu dia buat dalam kul 7.30 malam selepas kolam ditutup kepada umum, tapi ni dah tghari esok nye papan tanda tak dialihkan.. Misleading information.. Poor management.. Glory Beach Resort.. hmm sebenarnya bukan apa, sakit hati pasal makanan tak sedap. Tapi alhamdulillah lah dapat gak makan.. hehe kritik orang pandai, hahaha..

Tuesday, June 16, 2009

Kelas malam

hmm dah kul 6.55 pm.. biasanya waktu ni aku dah siap makan malam, duk lepak depan tv tengok matahari..



tapi harini, waktu ni aku masih di opis.. bukan sebab banyak keje nak disiapkan tetapi sebab ada lagi 1 kelas nak kena ajar malam ni.. hmm Bengkel Kepimpinan Kredit Mikro Bank Rakyat untuk cawangan Bandar Baru Bangi, Melawati, Shah Alam dan Bandar Tun Razak..



Biasanya kursus ni aku ajar di luar kampus, mcm haritu di Sepang, Teluk Intan, Kuala Terengganu, Batu Pahat, tapi kali ni buat kat dalam maktab.. Biasa kalau di luar tu, kami minta persetujuan peserta untuk tarik slot malam ke petang, so malam tu, tarik slot pagi esok nya.. Jadi, pada hari esok nya, kami dapat habiskan kursus kul 12.30 tghari... Boleh balik awal sbb jauh nak travel balik kl balik.. Boss tak tahu takper, tapi kat dlm maktab, takleh lah.. kena skema, ikut jadual sebijik2 sbb nanti bos bising..

Saturday, June 13, 2009

Clash cake???






Masa bercinta semua indah belaka, bila clash, siap buat kek clash..

hmm no komen

Friday, June 12, 2009

Balik Kampung

Hmm Jumaat, 5 Jun.. selepas habis kursus TOT kat PD tu, aku ingat nak balik kg aku di Segamat, Johor.. Rasanya last balik kg pada pertengahan bulan April lalu, selepas organise seminar di Melaka.. On the way balik tu sempatlah singgah kat pekan Tampin, N9 untuk mengisi tangki perut ku.. Waa asam pedas? Hmm terliur lak bila terkenang asam pedas cikgu mas, walaupun tak pernah rasa, hek hek hek.. tapi, keciwa lah sebab rupe je menarik, rasa entah ke mana..


Hmm di rumah ini lah aku dibesarkan (tapi ni baru renovate).. Terkenang zaman aku kecik2 dulu, keluarga kami keluarga susah. Rumah lama mmg kecil. Tapi alhamdulillah, aku berjaya gak sampai dah jadi mcm ni.. Jadi, jangan sesekali, mahupun lima enam kali, jadikan kesusahan dan kekurangan sebagai alasan.. Alhamdulillah, anak2 mak ayah pun dah besar2, dapat lah hidup dengan selesa sikit..

Anak saudara yg ke 8, Dhinie Syafwan.. Hmm sbb jarang tgk muka ayah chik dia ni, mula2 dia takut gak, tapi aku ni kan mmg pandai ambik hati budak2, so sekejap je dia dah mesra dgn aku..

Thursday, June 11, 2009

KPDNKK

KPDNHEP kini dikenali KPDNKK
11/06/2009 3:24pm

KUANTAN 11 Jun – Sektor koperasi diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dimansuhkan pada Mac lalu.

Berikutan itu, KPDNHEP kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkuat kuasa serta-merta.
Nama baru KPDNHEP itu diumumkan oleh Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Jabatan Penyiaran Pahang di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, nama baru kementeriannya dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat Kabinet semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Koperasi Bela Rakyat (Kobera) di Jabatan Penyiaran Pahang hari ini. - Utusan

Old vs New part 2




My old spec since June 2006

Mizuno






My new spec since May 2009

Alain Delon Titanium siap dgn clip on


(tapi kena tambah power sbb makin rabun dan tambah silau)





Wednesday, June 10, 2009

Kenapa aku suka musim cuti sekolah?

Kenapa ek aku menunggu-nunggu musim cuti sekolah?
adakah kerana:

1. banyak kenduri kahwin? (hmm tak gak sbb aku tak suka sgt gi majlis kenduri kahwin)
2. dapat habiskan masa / bercuti dengan anak2? (hmm aku ni bujang lagi ler)
3. hmm sebab apa lagi ek? sebenarnya satu je sebab mengapa aku tunggu2 sangat musim cuti sekolah, sebab:

JALAN TAK JEM macam hari biasa.. So aku boleh ikut jalan lama, dari Balakong > South City > Bukit Jalil > Awan Besar > Jalan Klang Lama > Jalan Templer.. hmm save masa dan tak yah kena tol.. hmm kuar umah kul 6.45am sampai office 7.25am..

Hari-hari biasa, aku kul 6.40am dah kena kuar rumah, sampai office dalam kul 7.30am.. Kena lak ikut highway, tol RM1.60.. Route hari biasa dari Balakong > South City > PLUS > NPE > Jalan Templer

hehehe naik basikal tua kot baru tak jem.. tapi penat lak nak mengayuh jauh2 tu.. sampai office gerenti basah baju berpeluh..



Monday, June 8, 2009

TOT - Training of Trainers

Hmm pada 2-5 Jun yang lepas, aku diarahkan untuk menghadiri kursus Training of Trainers aka TOT bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson. Hmm kursus ni sebenarnya untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kami kepada topik-topik yang terkandung dalam Kursus Wajib atau kod kursus nya ML100.. Kursus wajib ni khusus kepada para Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang baru dilantik.. Jadi kebanyakan peserta yg datang kursus ni dari golongan yang berpengalaman dan berusia.. Oleh itu amat perlu bagi kami untuk menguasai topik-topiknya untuk menangkis segala soalan dan pertanyaan yang ditembak tak kira dari kiri kanan depan belakang atas bawah..


Forum 1 Shamsul, Ros, Wani n Kak Najmah.
Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan dan setiap topik (ada 6 topik) setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk membentangkan secara forum.. hahaha hampeh, kena tembak dgn bos sendiri, kui kui kui.. berdesing, aduhhhh..

Forum 2 Kak Imah, Haslinda, Hazalinda, Hazilina
(hehe nasib baik aku tak join forum 2 ni, kalau tak, cukup 4 H)
Ada 6 forum, turn aku forum ke 3, sesi malam nyer, siap kena jadi pengerusi forum lagi.. so cukup lah gambar 2 forum tu jer, nanti tak cukup lak space nak buh banyak2, haha..

Sepi VS Mengapa Dirindu


Sepi, arahan Khabir Bhatia.. Filem melayu yang aku suka tengok.. Kenapa? sebab ada kaitan dengan aku.. sebab hanya aku dan dia yang tahu.. Hmm siap beli dvd tu, hahaha..


Mengapa Di Rindu (Allahyarham Saloma)

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang
Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih
Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti
Patah kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Sayang mengapa dirindu....


p/s cikgu mas, ni sambungan lagu cikgu yang tak habis tu, hehe

Friday, June 5, 2009

Kompang VS Cuti Sekolah

Kompang dipalu
Pengantin baru
Duduk bersanding
Tapi jangan patah pelamin, hehe
semoga berbahagia sehingga akhir hayat


Hmm cuti sekolah memang waktu favourite untuk pasangan bercinta melangsungkan perkahwinan. Jadi tak hairan lah kalau berkoyan-koyan jemputan diterima..
hmm pada 31 Mei yang lepas tu, buat pertama kali aku menerima undangan perkahwinan sampai 6 jemputan.. hmm pening gak kepala.. dah ler jauh2 antara satu sama lain..

1. masni di penang
2. biha di kluang
3. amir di segamat
4. maheran di batu pahat
5. abg kepada add di kepong
6. anak sedara en. aziz di wangsamaju

hmm agak2 mana satu jemputan yang aku g?
 
type='text/javascript'/>