PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Monday, November 30, 2009

Korban..

8.20 pagi : Perhatian, satu upacara korban akan di adakan di padang bola tampar pada jam 8.30 pagi.. kepada semua warga kerja MKM, anda dijemput hadir..

Begitulah berkumandang suara Pak Ya, membuat pengumuman..








12.40 tghari :  Perhatian, kepada semua warga kerja MKM, anda dijemput untuk menikmati hidangan di Dewan Sri Siantan.. Harap maklum..

Sekali lagi berkumandang suara Pak Ya membuat pengumuman..

Tapi aku x gi sbb dah nak kuar lunch masa tu.. nak ke bank, ada urusan seri paduka baginda, haha..

Sunday, November 29, 2009

Hati; Budak vs Tua 2





Sambungan dari entry Hati; Budak vs Tua 1

Satu lagi, budak tak mudah kecil hati.. Bergaduh selalu tapi tak pernah melalut sampai sumpah 7 keturunan.. Tadi bergaduh bukan main beria, sekarang dah main kejar2 balik, main baling selipar balik, main galah panjang atau belon acah balik (kata org Johor)..

Kita? kalau kita gaduh, orang tua bergaduh lah katakan, tu dia..
"7 keturunan kau aku haramkan pijak tanah aku"

Orang tua kalau bergaduh dan merajuk ni, memang buruk bebenor rasanya.. Tak boleh ke jadi macam budak tu, gaduh sekejap, pastu kejap dah baik balik.. Tadi berpukul2, sekarang dah boleh gelak semula.. Tak simpan dalam hati punya!

Hmm kalau lah mcm tu, mesti aman dunia ni kan.. PEACE.. NO WAR!!

Ni tak, sampai bertahun bermasam muka.. Tak penat ke nak berherot2 muka tu.. Banyak otot guna kalau nak masam muka, cepat tua..

Penat simpan dendam ni.. Bukan apa, sebab kalau dah dendam dengan org tu, wajah nya akan sentiasa terbayang2 dalam fikiran.. Cuba masa nak tido wajah dia dtg.. hmm x ke penat? golek sana, golek sini, terlentang sana, terlentang sini, balik2 wajah si polan tu gak yang muncul.. Hmm apa kes tu?

Jadi tak salah kalau kita memiliki  hati budak dalam melayani kehendak2 kita tu.. Tapi bukan suruh jadi budak2 yer.. lain tu, besar bezanya..

Kita bersungguh2.. kita tak main2 kalau kita betul2 mahu.. kita pastikan kita akan dapat juga

begitu juga kalau gaduh, merajuk.. merajuk, merajuk gak.. marah, marah gak.. sakit hati, sakit hati gak.. dan kalau terpaksa bergaduh, bergaduh lah TAPI sekejap je yer.. toksah lah nak berpanjang2 sampai sumpah 7 keturunan.. Amacam? OK ka? Fikir2 kan lah yer..


Saturday, November 28, 2009

Land below the wind 2



Durian? aku tahu sbb masa kecik2 aku ni hantu durian..
Jackfruit? pun tahu sbb suka makan kalau buat sayur
Mango dan manggosteen pun tahu sbb ada belakang rumah

TAPI

Tarap?
Belunu?

Buah apa tu? Tanya kat kawan yang kat situ, dia jawab;
"buah tradisional, buah kampung"

Hmm terkebil2 aku dengan jawapan yang sungguh bernas tu!

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

Takde apa sangat nak tulis, sekadar ucapan Salam Adidiladha kepada semua pengunjung yang sentiasa mengunjungi serta berkunjung ke sini.. Terima kasih, teruskan kunjungan anda dan semoga ukhuwah terjalin akan berpanjangan selamanya..





 ngeh ngeh ngeh.. cian lembu ni nak dijadikan korban.. nasib baik dia redha

p/s kepada mereka2 yang tak balik ke kg, jangan sedih2 di pagi raya no.. Huwaaa... Semoga ibu ayah ku, che lie dan semua jemaah haji agar dapat menyempurnakan ibadah dengan sesempurna mungkin.. Amin..








Wednesday, November 25, 2009

Jauh Kau Pergi (Tinggal Kenangan)






Pernah Ada Rasa Cinta
Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan
Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi
Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku


Jauh Kau Pergi
Meninggalkan Diriku
Di Sini aku
Merindukan Dirimu
Kini ku Coba
Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi
Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pertama kali dengar lagu ni kat hot.fm.. nyanyian Saleem.. sedap gak. Masa ke opis cawangan Sabah aritu, lepak bilik Shamsiah dgn Norawati, dengar lagu ni tapi bukan Saleem yang nyanyi..

Pelik gak.. Rupanya Saleem nyanyi lagu orang.. penyanyi asal nye ialah Geby dari Indonesia..

Tapi apa yang menarik tentang  lagu ni? Rupanya ada kisah di sebalik nya.. setelah merujuk kepada en ahmad google, maka tahulah cerita tentang di sebalik nya, tapi sejauh mana kebenaranya, tidak dapat diukur melalui kayu pembaris, ngeh ngeh ngeh

Lagu yang dinyanyikan oleh Geby, seorang mahasiswi yang menyanyikan lagu ini di kafe di penghujung hayatnya demi cintanya kepada kekasihnya.

Banyak versi yang menceritakan bagaimana cerita ini berlangsung, namun versi yang paling banyak adalah Geby merupakan Mahasiswa di Yogya (ada juga yang mengatakan SMA di Madiun).. Satu malam dia berjalan dengan kawan2 nya lalu terserempak dengan kekasih nya sedang bersama dengan perempuan lain.. Geby sangat marah lalu terus balik ke rumah dengan tergesa2..

Tanpa Geby sedar, kekasih nya perasan dan mengejar Geby dari belakang.. Malang tidak berbau kekasih nya itu kemalangan tanpa Geby sedari.. Hanya selepas 2 hari baru Geby diberitahu kekasihnya sudah meninggal dunia.. Geby teramat sedih lalu mengurung dirinya di dalam bilik berhari-hari.. Setelah puas dipujuk akhirnya Geby keluar juga dari bilik dan pergi ke sebuah Cafe di Bali..

Di sinilah Geby menyanyikan lagu ini buat kali akhir, namun sebelum dia naik ke pentas, dia telah mengambil ubat-ubatan sampai terlebih dos.. Dia meninggal dunia pada saat di bawa ke hospital pada saat akhir dia menyanyikan lagu ini..

Hmm begitulah kisahnya.. tapi aku suka kedua2 versi nyanyian Saleem atau Geby sbb ada kelainan, dan getaran di antara kedua2 lagu tu menyentuh sanubariku, ngeh ngeh ngeh..

Tuesday, November 24, 2009

Hati; Budak vs Tua 1




Kadang2 terfikir alangkah bagus nya kalau hati kita macam hati budak2..
KENAPA?

Kehendak budak tak boleh tak diikut.. Kata dia, kata dia lah.. Kehendak dia, kemahuan dia, kena diikutkan jugak.. Bersungguh-sungguh dalam usaha untuk memiliki sesuatu.. Tak kena gaya, duk guling-guling atas lantai, hentak2 kaki.. Nangis.. "Nak kete control, nak kete control" Dalam takde takde duit tu, akhirnya akur juga..

Hati budak, hati waja, keras macam batu.. Kalau tak turut kemahuan, bisa bergoncangan ini dunia..

Kan bagus kalau hati kita macam tu.. Bagus? Apa yang bagus nya? Yang bagus nya ialah kita bertegas dalam membina semangat dan keazaman.. Tapi hakikatnya kita ni makin berusia makin lemah.. lemah ke, atau berfikiran rasional? haha fikir2 kan lah yer..

Tanpa usaha mcm ne kita nak dapat hasil nya, yer tak? ibarat makan nasi, ada ke pernah dengar orang suap nasi tapi tak masuk mulut, asyik missed jer.. Exceptional kepada orang yg mempunyai sakit2 tertentulah.. Rata2 takde masalah kan nak suap nasi dlm mulut.. Sebab apa? Sebab kita berusaha, maka berjayalah kita..

Cuma  bila matlamat kita besar, maka besarlah jugak usaha kita kena curahkan..

Maklumlah benda murah dengan benda mahal, tentulah yang mahal tu susah sikit nak dapat, usahanya pun kena lah besar.. Tapi prinsip asas nya sama jer, betul tak? Fikir2 kan lah yer

Monday, November 23, 2009

Land below the wind 1

Seminggu tak kemas rumah.. bukan lupa password, atau internet kena potong, tapi jalan2 cari makan dan buat keje, ngeh ngeh ngeh.. Seminggu di Sabah dari Sabtu ke Jumaat..


 Jesselton Point waktu siang.. tempat makan nasi padang tepi laut.. sedap nasi padang nyer..


Jesselton Point waktu malam


Tugu Peringatan Double Six kat Sembulan

Secara ringkasnya, Double 6  Tragedy ini menjadi tragedi setelah berlakunya nahas kapal terbang pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi yg dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian nahas ini.



Tugu Peringatan tempat di mana titik kapal terbang tersebut terhempas. Sembulan terletak kira-kira 10 minit dari Bandar kota Kinabalu. Di seberang jalan utama Tugu ialah Sutera Harbour; salah sebuah tempat peranginan dan penginapan mewah mengadap laut di Kota Kinabalu.


haha g Sabah bukan makan angin, kena buat keje.. so kena lah masuk opis branch sini

Friday, November 13, 2009

Kapal terbang vs Sampan


Masa kecil2 dulu, bila dengar je bunyi kapal terbang, mendongak kepala ke atas, nak tengok burung besi terbang..

"Ku terbang bebas" sedutan lagu tema drama Awan Dania.. Hanya sekadar selingan..

Hmm masa kecil2 dulu tu, mesti ada angan2 kita nak naik kapal terbang atau pandu kapal terbang (pilot la tu).. Mesti ramai kan, tapi tak semua orang dapat menggapai impian tu.. Hanya sebilangan sahaja yang dapat jadi pilot, krew penerbangan mahupun bekerja di airport..

Tetapi sebenarnya, setiap dari kita adalah pemandu kepada kapal terbang kita sendiri.. Tapi bukanlah kapal terbang yg betul2 leh terbang.. Hanya simbolik..
Kalau tersilap pemanduan, pasti tersasar dari haluan.. Silap2 jatuh terhempas..

Oleh itu sentiasa berhati2 dalam memandu kapal terbang kita (simbolik jer, jgn ingat kapal terbang yg betul)



Samalah juga dengan sampan.. Ibarat perjuangan dalam hidup kita..
Teringat kepada satu nasyid pasal sampan dan perjuangan (sesuailah dengan hari Jumaat)

Kiri kanan depan dan belakang
angin yang menderu tidak tahu bila sampai
hujan badai yang datang menyerang
bak singa lapar yang garang..

Kadang2 terdampar di batu karang
penumpang menerima nasib berlainan
ada yang jatuh, ada yang tenggelam
yang pandai berenang berpaut ke sampan..

Moral of the story? Kena pandai berenang kalau nak naik sampan, or at least pakai lah life jacket.. ngeh ngeh ngeh..

Thursday, November 12, 2009

Busy + hangin...


berselerak atas meja sebab kena buat rujukan dgn banyak bahan termasuk ler dictionary

2 minggu ni (sejak minggu lepas) aku betul-betul sibuk dengan tugasan tambahan.. Nak tahu apa? Baca petikan akhbar kat bawah ni..

Berita Harian 11/11/2009



Sebuah lagi bank berasas koperasi bakal diwujud
Oleh Azman Mahmood


PETALING JAYA: Sebuah lagi bank komersial berasaskan koperasi akan ditubuhkan bagi memperkasakan peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi, sekali gus bersaing dalam sektor perbankan negara.


Kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membuat kajian terperinci mengenai potensi dan keupayaannya untuk menggabungkan lebih 520 koperasi kredit di bawahnya.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan mensasarkan dapat direalisasikannya selewat-lewatnya pada 2012.


Katanya, ketika ini sudah ada tiga bank berasaskan koperasi dengan dua baru diluluskan kerajaan, iaitu Bank Persatuan dan Bank Koop, selain Bank Rakyat yang sudah lama menjalankan perniagaan.

Tapi apa kaitan nya? antara kerja dengan artikel ni? Hmm sebab aku terlibat untuk merangka silibus latihan untuk Bank Persatuan tu.. mentang2 aku dulu banker, so Timbalan Pengarah pun menggunakan aku..

Selain pusat aku (Co-operative Administration, Law and Leadership Centre),  pusat lain yang terlibat adalah Pusat ACTIF (Accounting and Finance) dan juga BMEC (Business Management and Entrepreneurship)..

Untuk 2 pusat tu, boleh guna silibus yang sedia ada, tapi aku kena develop silibus baru sbb silibus sedia ada tidak sesuai.. Dalam masa yang sama, aku kena hadiri Kursus 2 hari di Hilton PJ.. Jenuh duk cari info, cari maklumat, buka buku sana, buka fail sini.. Balik rumah lak singkap segala fail2 training masa aku jadi trainee kat bank dulu.. Siap rangka, tunjuk kat boss, kena edit balik.. 2 kali kena buat pembetulan.. akhirnya baru jap ni siap sepenuhnya.. Kepala pun dah tepu + muak + bosan tgk silibus ni.. Dah send kat penyelaras, so harap2 pasni takde apa2 adjustment lagi.. Aku dah penat.. Sabtu ni ke Sabah, leh jalan2 release tension..

Tapi, belum prepare lagi material untuk mengajar kat Sabah lak, huwaaaaaaaaaaaaa... Nak kena buka kitab ni, huhu..

Wednesday, November 11, 2009

Senam minda1 - Fikir di luar kotak



Berfikir di Luar Kotak - Bebaskan kreativiti anda

Buah Epal
Terdapat 10 biji buah limau dalam sebuah bakul. Si ibu membahagikan sebiji limau kepada 10 orang anak nya.. setelah 10 orang anak itu mengambil limau masing2, masih terdapat sebiji lagi di dalam bakul.. Mengapa? ________________________

Melompat dari bangunan 20 tingkat
Seorang lelaki sedang menikmati secawan kopi di mejanya bersebelahan dengan tingkap. sambil meninjau pemandangan di luar tingkapnya, tiba2 tergerak untuk melompat keluar dari bangunan 20 tingkat itu.  Dia menjejak tanah dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Tiada apa pun yang mengalas pendaratannya. Bagaimanakah ini boleh terjadi? ________________________

Pesanan Pita Rakaman
Seorang lelaki dijumpai mati di pejabatnya dan pistol berada di sisinya. Terdapat sebuah alat perakam suara di atas meja. Apabila ditekan butang "play" kedengaran pesanan berikut

"saya tidak boleh menanggungnya lagi. Saya akan tamatkan penderitaan ini"

dan ini diikuti dengan bunyi tembakan.. Dengan serta merta polis telah membuat kesimpulan bahawa lelaki ini telah dibunuh bukan membunuh diri. Bagaimana? __________________

Renung2 kan dan selamat menjawab..

Jika anda fikir anda kreatif, anda memang kreatif..
Jika anda fikir anda tidak kreatif, anda tidak!

Tuesday, November 10, 2009

Kulim.. here i come part 2

"Abg long (gelaran kawan2 satu trainee masa kat bank dulu)!

Apa keje ko bagi aku Baju  Baby kat aku ni? Hahaha sabar jelah aku dengan korang ni, huhu"
(petikan sms daripada si pengantin perempuan)

Sambungan kepada Kulim.. here i come part 1
Nak jadikan cerita, oleh kerana ramai kawan2 yang tidak dapat menyertai rombongan kenduri kahwin, jadi mereka nak berkongsi beli hadiah.. Siapa lagi kalau bukan aku gak yang kena collect duit dari diorang dan gi beli hadiah.. dahle minggu tu aku busy sangat dengan persediaan silibus untuk coopbank, tambah lak kena hadiri kursus Leadership Skills selama 2 hari..

Sempat le bertanya kat diorang (kat facebook) nak beli hadiah apa.. Dan salah satu idea nakal aku ialah nak beli set baju baby atau baju tidur, ngeh ngeh ngeh.. Ada lah pulak sambutan daripada Nabilah.. Dia pun setuju sangat dengan cadangan aku.. Jadi sebelum aku beli hadiah, aku minta kebenaran daripada kawan2 yang share duit ni untuk beli apa2 yang aku nak.. Diorang semua kata tak kisah, so aku teruskan jelah dengan plan nakal aku tu, ngeh ngeh ngeh..


inilah set baju baby yang aku beli.. (tapi dapat pujian daripada pengantin. dia kata cute)



4 set hadiah.. semua tema hijau.. kat cashier counter Jusco.. sempat lagi amik gambar, hehe


Berdasarkan jumlah kutipan yang diterima, aku telah membeli 4 set hadiah.. Kebetulan baju baby tu warna hijau, so aku carilah barang lain yang tema hijau.. (padahal tema pengantin coklat putih, haha).. jadi base pada duit terkumpul dan tema hijau, maka terbelilah aku set conferter, dining set, wedding album dan juga baju baby tu..

Monday, November 9, 2009

Teman Tapi Mesra vs Seiring Sejalan


Yang mana satu cik 1206? kanan atau kiri?

Aku punya teman
Teman sepermainan
Di mana ada dia selalu ada aku

Dia amat manis
Dan juga baik hati
Dia slalu ada waktu
Untuk membantuku

Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi kekasihku

Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra


Warung Pak Mydin, Taman Equine jadi tempat pertemuan

Hmm Teman Tapi Mesra, ungkapan kepada persahabatan antara aku dan Cik 1206 @ nana ker? Baru2 ni aku berjumpa dgn dia dan teman baik dia, Halizah @ Lyze.. Kami sama2 belajar di universiti yang sama tetapi berlainan major.. Kami lunch bersama sambil bercerita perkembangan masing2.. Tetapi apa yang aku nak share adalah kisah aku dan si dia yang teman tapi mesra..

Semasa di U.. aku dan Cik 1206 sama2 aktif dalam persatuan dan wakil pelajar.. dari situ terbit kemesraan.. Jujur aku mengaku dia seorang yang happy go lucky.. dia ceria dan menceriakan orang2 di sekeliling.. Tak kering gusi kalau duk dengan dia.. Minuman feveret dia Nescafe Ais Kaw..

Kami memang rapat dan mesra. Di sebabkan kami ni wakil pelajar, so agak rapat dengan pihak pengurusan U.. Yang kelakarnya sampai kan pegawai2 pentadbiran termasuk ustazah, ingat kami ni berpasangan.. Aku pun tahu sebab Pegawai Enrolmen, Cik Norati yang bgtau pasal gosip kami.. Apa lagi nak pecah perut kami gelak bila tahu cerita..

Sebenarnya, aku mengaku menyukai dia lebih dari seorang teman, kerana dia menceriakan ku.. Menggembirakan ku.. tapi masa tu, aku ketepikan semua perasan kerana nak tumpukan pada pelajaran dan sebagai wakil pelajar, aku tak mahu kami dijadikan contoh pelajar yang berpasangan.. bak kata dia, "kita ni leader, future oriented, so lets think ahead" masih terngiang2 kata2 si dia.. tapi aku tahu jauh disudut hati dia, dia mengharapkan ku.. Kita boleh menidakkan kata2 tetapi sukar nak sembunyikan melalui tingkah laku.. Jelas tergambar melalui gerak langkah dan perbuatan si dia.. Tapi Cik 1206, maafkan aku kerana menghampakan mu.. Bukan aku tidak mahu, tapi ada perkara yang menghalang aku.. Biarlah aku simpan sendiri.. Biar ia membuku dalam hatiku..

Maaf kerna membuatmu menunggu begitu lama tetapi akhirnya kecewa.. Alhamdulillah akhirnya kini kau gembira bersama si dia.. Jejaka yang lebih berhak dan layak untuk menggantikan diriku.. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.. Bak lirik lagu Band Samsons, "Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku.."

Akhir kata, lagu kenangan kita bersama.. Lagu yang kita tak pernah miss berduet kalau berkaraoke..

 
Seiring dan sejalan
Seindah bunga di taman
Bak burung nan megah
Kanda kupuja
Bahagia kita berdua

Berlari berkejaran
Lupakan segala duka
Di kota di desa
Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua

Dinda
Kanda
Burung pun turut menyanyi

Tawa
Riang
Dan cinta mula bersemi

La la la la la la la la...

Tiada lagi duka
Pun airmata
Kembalilah sayang
Bersama berjalan
Duka atau pun senang

Aduhai pujaanku
Mimpikah daku
Kan kusimpan dia
Di dalam hatiku
Kasih dan sayangmu

La la la la la la la la...


Cik 1206, sampai sekarang aku masih belum berjumpa dengan seseorang yang mampu menandingimu.. (hmm sebab ni lah kot aku masih bujang? agaknya lah..) Tetapi aku tetap mendoakan kebahagiaan dirimu dan si dia

p/s kepada semua pembaca, sorilah ter blues lak harini, ngeh ngeh ngeh.. dah nama pun Isnin, Monday blues, pakai lak suar n baju biru.. tu yang menjadi2 tu gamaknya

Sunday, November 8, 2009

Kulim.. here i come part 1

Buat pe gi Kulim? Ooo menghadiri majlis perkahwinan Renny.. 
boleh refer entry Gath YGT 02/07
Bila tu? Semalam, Sabtu 7/11/09
Dengan siapa? Rubie dan Hamiza.. Hmm mula2 masa plan, ramai yg nak gi, 8 orang.. last2 tinggal kami ber 3 jer.. Hangat2 taik ayam tul, kami je yg tetap hangat, haha.. X per perjuangan harus diteruskan..



pasangan pengantin dengan tema coklat putih.. hmm nak gak bergambar atas pelamin


 makan berdamai kata org johor


 hantaran dari pihak lelaki


Dewan Putra Kulim, majlis diadakan


persembahan silat sewaktu makan berdamai

Hmm ikut perancangan awal, berhajat nak bermalam di Penang setelah menghadiri kenduri, tapi masing2 rasa nak terus balik KL.. Kami ke Kuala Juru kerana nak merasa nasi goreng ketam dan mee udang yg dikatakan popular dan sedap.. Setelah Rubie mendapatkan kepastian lokasi kedai makan yg dimaksudkan, kami pun menuju ke sana.. malang sungguh malang apabila sampai, kedai tersebut ditutup kerana tuan kedai ke tempat lain kerana ada urusan.. Hmm so kami terus jelah bertolak balik ke KL..

Sampai di LRT Bandar Tasik Selatan untuk menghantar Rubie dan Hamiza, aku menerima SMS daripada Renny (pengantin perempuan)..

"Abg long (gelaran kawan2 satu trainee masa kat bank dulu)! 
Apa keje ko bagi aku B _ _ _  B _ _ _ kat aku ni? Hahaha sabar jelah aku dengan korang ni, huhu"

Lalu ku jawab

"Mcm lah baru semalam ko kenal abg long ko ni, ngeh ngeh ngeh"

Hmm nak tahu apa hadiah yg aku bagi? tunggu next next entry yer..



Friday, November 6, 2009

Koperasi Cepat Kaya



SHAH ALAM - Sebanyak 9 daripada 7,000 buah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di seluruh negara dikesan menjalankan skim cepat kaya.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak terbabit dipercayai sengaja mewujudkan skim itu dalam bentuk koperasi semata-mata mahu mengaburi orang ramai supaya menjadi ahli.

Menurut beliau, koperasi tersebut juga didapati menawarkan keuntungan tinggi yang tidak munasabah kepada para pelabur sebelum sesuatu perniagaan dimulakan bagi menarik perhatian orang ramai.

"Contohnya sebuah koperasi yang menjalankan projek tanaman serai kononnya para pelaburnya boleh dapat pulangan keuntungan sehingga 5 peratus sebulan atau 40 peratus setahun tetapi sebenarnya tiada projek dilakukan.

Sumber Harian Metro 5/11/2009

Mengulas dari apa yg dilaporkan, semua ni berpunca dari sikap tamak manusia itu sendiri sehingga hilang petimbangan.. Dilaporkan hampir 20,000 orang yang telah menjadi mangsa.. Kan ke satu jumlah yang teramat banyak..

Cuba fikir dengan waras, bagaimana sesebuah organisasi yang bukan bank boleh bagi dividen bulanan yang tinggi.. alangkah institusi perbankan yang kerjanya buat duit pun hanya mampu bagi pulangan yang sedikit, apatah lagi organisasi yang bukan berteraskan kewangan.. Tengok dengan akal sekali, bukan berdasarkan mata sahaja..

Tapi manusia lupa, alpa, leka.. senang terpengaruh dengan janji-janji manis tapi palsu.. Suka nak cari jalan senang.. Akhirnya? memakan diri sendiri

Kepada kawan-kawan yang membaca blog ini, sekiranya ada kemusykilan berkaitan dengan koperasi, boleh lah berhubung dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau dgn kami selaku institusi pendidikan dan latihan untuk gerakan koperasi di Malaysia..

Dan juga sebagai seorang bekas pegawai bank, ingin saya nasihatkan, sekiranya ingin melabur, laburlah dengan selamat.. ASB adalah skim pelaburan yang boleh memberi pulangan yang agak tinggi berbanding produk lain di bank seperti simpanan tetap atau fixed deposit.. juga lebih tinggi daripada mana2 amanah saham yang terbuka kepada semua kaum..

Wednesday, November 4, 2009

Rumahku gelap

Malam tadi pas makan nasi kerabu (beli kat pasar malam) ingat nak tengok tv jap sebelum buka laptop.. Baru je bermula cerita Tari Tirana kat TV3, tetiba kegelapan menyelubung rumahku.. Hmm rasanya bil TNB takde tunggakan, semua bayar on time..

Aku selak langsir, merenung ke luar sliding door, oooo rupanya blackout sebab aku tgk aprtment yg depan aku ni pun turut bergelap sama.. Sepanjang 3 tahun aku duk di sini, rasanya ni pertama kali blackout.. Nak pastikan sejauh mana kegelapan itu melanda, aku menjengah ke semua tingkap yg ada kat rumah aku (kecuali tingkap kat toilet ler).. Memandangkan aku duk tingkat 2 dan apartment aku ni di atas bukit (takle tinggi sgt), so membolehkan untuk melihat hampir keseluruhan kawasan persekitaran..


hmm nasib baik bukan malam Jumaat Keliwon, haha

Hasil pemerhatian kawasan yang terlibat adalah keseluruhan taman aku ni iaitu Taman Sinaran, Taman Sri Setia 2, dan kawasan apartment Ghazal, Zapin dan Inang.. Tetapi kawasan Taman Impian Ehsan, ku lihat terang benderang.. Ini mana adil! haha.. Melihatkan kepada begitu banyak kawasan terlibat, aku tidaklah menghubungi TNB sebab mesti dah ramai orang lain yang hubungi.. so tunggu jelah..

Boring, aku main game favourite aku kat iphone iaitu Tap Tap Revenge.. Baru main 3 round, bateri pun habis.. Apa nak buat? baju kerja pun tak gosok lagi.. esok ak ada kursus kat Hilton Hotel lak.. Aku baring, pastu terus hilang dalam kegelapan, ngeh ngeh ngeh.. (tido lah tu)

Pukul 3.30 pagi aku terjaga, tengok dah terang benderang balik rumah.. Apa lagi, bangun gosok baju kerja pastu sambung bobo balik.. Nasib baik terjaga, rupanya tengok kat hp lum set alarm lagi.. Kalau tak, haru biru aku pagi ni.. Hmm tamatlah cerita pagi Rabu ni.. Hmm ok nak g Hilton PJ ni, ada kursus..

Tuesday, November 3, 2009

Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi

Hmm apa yang ada kat sini? ada rumah kelahiran Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia yg ke 2.. Hmm aritu dah g rumah kelahiran Tun Mahathir.. 

Kompleks ni terletak kat Pekan, Pahang.. Tengah dalam renovation kompleks budaya ni.. Tapi sayangnya tidak begitu dijaga dengan baik.. kawasan kampung, banyak le tompokan najis lembu.. baunya, mencucuk2 lubang hidung



ngeh ngeh ngeh mcm biasa, mesti nak interframe..


Info untuk dikongsi bersama
  • Terletak di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
    Kedudukannya 4 km di sebelah barat bandar Pekan. Ia terletak di sebelah kanan jalanraya Pekan-Batu Balek.
  • Rumah yang beralamat Lot 169, Mukim Langgar, Pekan, Pahang ini juga terletak berhampiran dengan Pusat Tenun Sutera yang terkenal di Pahang.
  • Hasil perkongsian hidup Hajah Teh Fatimah binti Haji Daud dengan Dato' Hussien bin Mohd Taib, pada 11hb Mac 1922, di rumah datuknya Haji Daud, maka lahirlah tokoh negara Tun Abdul Razak bin Hussien.
    Rumah yang ada sekarang ini telah dibina semula di tapak asal bagi tujuan perlancongan.
  • Kini rumah ini dijaga oleh sebuah organisasi yang bertanggungjawab di bawah kawalan Lembaga Muzium Negeri Pahang bagi memastikan rumah ini terjaga. Oleh itu, pengunjung bolehlah datang melawat ke rumah tersebut pada waktu pejabat.
  • Di sekitar kawasan rumah ini pula terdapat Galeri Tun Abdul Razak dan Kompleks Kampung Budaya yang mempamerkan pelbagai koleksi Tun Abdul Razak serta barangan kebudayaan.









Sunday, November 1, 2009

Gath YGT 02/07

Di suatu pagi Jumaat, (tak berapa nak pagi gak sbb dah nak kul 12pm masa tu).. aku menerima panggilan dari Cik Renny.. Rupanya dia ada di KL.. 

Siapa Renny? salah seorang daripada kawan rapat semasa sama2 menjadi Young Graduate Trainee di RHB Bank dulu.. (sekarang sedang berkhidmat di CBBC Centre RHB Bank Berhad cawangan Sungai Petani)..

Terlanjur ada di KL, ajak le gathering dgn geng2 masa trainee dulu.. so set le dgn kawan2 yg lain utk jumpa mlm nye di Medan Satay Kajang.. Hanya kami ber 5 yang dapat datang, yang lain ada urusan sendiri..



dari kiri, Faizul (credit audit) Laila (sekarang bekerja di Citibank) Rubie (operation audit) dan Renny (account relationship manager)


Seronok sebab dah lama x berjumpa.. kemesraan masih seperti dulu.. terkenang dan teringat masa zaman2 kenakalan trainee dulu.. nak2 bagi kami ber3, aku, renny dgn faizul sbb kami sama2 on job training kat CBBC Kajang..


Haha dah terlanjur gathering, rupanya Cik Renny (bakal jadi Puan pada 7/11 ni) ada agenda lain.. nak mengedarkan kad jemputan kahwin dia rupanya.. So pengagihan dilakukan kepada kawan2 yg tak dapat join gathering tu.. yang tak bestnya pastu geng2 YGT duk sibuk suh aku yang jadi kepala untuk rombongan che pijal ke Kulim, hehe.. biasalah sebagai abg long (gelaran manja yg depa bg kat aku sbb lelaki paling tua dlm group kami) aku gaklah yg dipertanggungjawabkan.. hmm insyaAllah Renny, abg long akan pastikan at least 1 kereta geng2 kita akan ke sana.. setakat ni dah 2 kete yg kata kompem nak g..


 hmm kad jemputan aku bila lah agaknya akan dilayangkan, ngeh ngeh ngeh

 
type='text/javascript'/>