PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Monday, August 31, 2009

MTCP@Kedah - Rumah Kelahiran Tun Mahathir



Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir.

Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.

hehe nak gak posing tu..


Info mengenai Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad

Waktu Lawatan
Selasa hingga Khamis: 10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat: 10.00 pagi - 12.00 tgh, 3.00 petang - 5.30 petang
Isnin: (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) Tutup

Masuk adalah PERCUMA.

No. 18, Lorong Kilang Ais, Tepi Jalan Pegawai, Seberang Perak,05000 Alor Setar,KEDAH DARUL AMAN.

Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Merdeka ke 52


MEREDAH SASA BUMI MELAKA,
AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN;
INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,
TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.

BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.

AWAN TENANG BERSERI HIASAN,
KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA;
PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN,
MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA.

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

REMAJA KINI MENJULANG NUSA,
BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.

CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,
GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Sumber: joharshuib





Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 52 kepada semua

Salam Kemerdekaan,

Saturday, August 29, 2009

MTCP@Kedah - Muzium Padi


Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai "Jelapang Padi Malaysia" dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.


Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat. (sumber Wikipedia Bahasa Melayu)

Pintu masuk muzium padi.. cantik bumbungnya di buat bentuk padi

Hmm ini kali kedua aku mengunjungi muzium padi ini kerana pada tahun lepas, kami juga telah membawa peserta MTCP 2008 ke sini.. bagi aku ia mmg satu tempat yg menarik terutama bagi mereka yg datang dari negeri yg tidak menanam padi, contoh nya aku ler, hehe.. Macam2 yang boleh dilihat dan dipelajari..

Yang paling best di tingkat atas sekali ada satu ruang yang dinding nya dilukis supaya nampak seolah2 pemandangan di luar.. sampai sayup mata memandang.. tapi kali ni kerusi nya tidak berpusing seperti tahun lepas kerana ada sedikit kerosakan.. kalau pusing, pening gak kepala masa mula2 nak sesuaikan diri dengan keadaan dlm bilik tu.. satu pengalaman yang menarik dan disyorkan kepada sesiapa yg ke Kedah, datanglah melawat muzium padi ni.. tiket nye pun murah.. tapi kena bayar tike kamera kalau nak amik gambar kat dalam..

antara perlatan yang pernah digunakan zaman dahulu..

hehe tetap nak interframe..


MTCP@Kedah - Laksa Beras

Laksa asam, laksa penang, laksa johor, laksa kedah, tu semua kita dah biasa.. Tapi kat Kedah, ada lagi 1 laksa, yg aku sendiri pun baru tahu.. Laksa Beras.. sebab mee dia tu dibuat daripada beras.. Aku berkesempatan untuk mencuba laksa beras tu di kedai Zakaria Laksa Teluk Kechai.. Katanya tak jauh dari Kuala Kedah.. hmm aku pun tak tahu sbb rasa begitu asing di sana walaupun ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke Kedah..

hmm beginilah rupa laksa beras yg ku makan.. nampak sama je dgn laksa2 yang lain

Mengenai laksa beras, kuah nye mmg sedap tapi tak tahulah, mungkin sbb aku tak pernah makan laksa beras, aku kurang menyukai mee nya kerana mmg terasa beras.. dalam hati aku, rugi lah sbb kuah nye dah sedap tapi sbb kan mee nya, aku kurang berselera.. tapi aku tetap menghabiskannya.. tak baik membazir.. Hmm tapi bila balik ke hotel, aku singgah ke McDonald dahulu, tapau burger sbb aku rasa tak kenyang, hehe..


hehe McDonald gak yg aku makan akhirnya.. lapar..


Friday, August 28, 2009

MTCP@Kedah - Pak Megat dan Mak As

Semasa di Alor Setar, kami duk di Holiday Villa.. memandangkan dah berada di A.S ni, aku cuba menghubungi Mak As dan Pak Megat.. cubaan pertama gagal.. tidak lama kemudian, Pak Megat menghubungi kembali, rupanya mereka di masjid ketika itu.. Lalu ku khabarkan bahawa aku berada di negeri mereka dan sekadar bertanya khabar.. Tanpa kusangka Pak Megat dan Mak As mengatakan mereka akan datang berjumpa dgn ku.. hehe berdebar gak sbb selama ni hanya berkenalan melalui laman blog tapi kali ni dapat bersua muka..

Sedang menunggu kedatangan mereka, tiba2 receptionist hotel menelefon menyatakan bahawa En Megat ingin berjumpa dan menunggu di lobi.. Hehe akhirnya berjumpa juga dan kami minum2 di gerai di hadapan hotel.. Kami duk borak2 dan banyak berkisar kepada cerita2 mengenai bloggers yg selama ni hanya bermesra dalam blog.. dan sempat juga ku tunjukkan wajah2 Hanis, Cikgu Mas dan Kak Noor pada mereka.. "ohh, gitu rupanyer diorg ni".. tapi citer yang paling hangat tentulah pasal CL dan CM.. hmm sori lah kalau malam tu korang tersedak2, hehe.. Hmm seronok melihat Pak Megat dan Mak As, a lovely couple..


Loving couple.. Hanis, hang jgn jeles naa cheq dah jumpa Mak As n Pak Megat


sibuk gak nak interframe.. hmm ada gaya anak dgn bapak tak, hehe..


To Mak As dan Pak Megat, terima kasih banyak2 naa sbb sudi datang jauh, 20km dari Jitra sbb nak jumpa cheq.. Really appreciate it.. ada rezeki kita jumpa lagi.. terima kasih gak Pak Megat belanja minum..

Salam Ukhwah,

Thursday, August 27, 2009

Milik Siapa MAS 7552

Hmm gi "rumah che lie", dia kata ternampak kereta kawan dia masa balik umrah.. Dalam hati ku berkata "macam pernah nampak kereta tu".. Lalu ku belek2 handphone ku dan.... tu dia, rasa mcm kereta yang sama.. hmm warna sama, no plet pun sama.. tapi kat umah cheq ni lagi clear gambar, haha... persoalan yang sama, "Kereta siapakah ini?"




Salam Persoalan,

MTCP@Perak

Hmm minggu terakhir, kali ni kami bawa depa jalan2 jauh sikit.. 4 hari outstation ke utara.. So destinasi pertama kami ialah singgah di Rapat Setia, Ipoh.. Melawat satu koperasi iaitu Koperasi Perumahan Melayu Kinta Berhad.. Apa yg spesial nye koperasi ni, ada pada nama.. MELAYU.. ahli2 nya terdiri daripada warga Melayu sahaja dan merupakan salah satu koperasi yg berjaya.. aktiviti utama koperasi ni adalah pembinaan rumah kediaman.. tak banyak koperasi yang menjalankan aktiviti sebegini.. asyik2 koperasi kredit sbb org kita ni mmg suka berhutang..

Hmm siap ada Dewan Orang Ramai lagi tu untuk kegunaan orang awam.. setelah penerangan dan sesi soal jawab, kami semua telah di bawa ke dewan tersebut untuk di jamu makan tengah hari dan jamuan makan buah-buahan tempatan.. macam2 ada.. durian, duku, longan, mangga, rambutan.. Alhamdulillah, kenyang dan puas dpt makan buah2 tu.. terima kasih daun keladi yer..


peserta sedang asyik mendengar penerangan dan sesi bertukar pandangan dan idea


dewan orang ramai milik koperasi.. sumbangan kepada masyarakat setempat



haha tinggal kulit jer, habis licin.. tu pun durian dah banyak kali tambah stok

MTCP@Melaka

Jumaat minggu kedua kami membawa mereka ke Bandaraya Warisan Dunia UNESCO, Melaka.. kami bertolak daripada MKM pukul 4 petang dan bermalam di Equatorial Hotel Melaka.. Aktiviti bebas pada malam tu dan kami pegawai pengiring sempat berjalan2 di sekitar Padang Pahlawan.. Sempat juga menemankan Arfizawati untuk memilih hadiah untuk harijadi suami nya minggu hadapan.. sambil berjalan, mata kami duk melilau melihat2 kelibat peserta kami.. ada yg kami jumpa tgh shoping, ada yg tgh makan, ada yg duk jalan2 gak.. takper, diorg semua dah besar, pandai2 lah jaga diri, hehe..

walau dalam gerimis, bersemangat mengambil gambar di Stadhyus

Esok pagi, jadual asal kami ke Bukit St. Paul dan A Farmosa, tapi plan kami terpaksa di ubah kerana hujan lebat pada awal pagi.. tourist guide mencadangkan alternatif. Memandangkan kami sendiri kurang arif, jadi kami pun mengikut sahaja cadangan tourist guide.. Kami dibawa ke beberapa tempat sekitar Bandar Melaka.. Antaranya Stadhuys (walaupun renyai, peserta bersemangat turun untuk mengambil gambar), Eye On Malaysia, Jonker Street dan sekitar Bandar Hilir..

sempat pekena asam pedas Melaka sebelum bertolak balik..

hehe nak interframe gak.. kat Eye On Malysia


Salam Warisan,

Wednesday, August 26, 2009

MTCP@Sightseeing KL

Hmm sabtu minggu pertama, kami membawa mereka untuk sightseeing Kuala Lumpur.. Antara tempat yg di bawa adalah Istana Negara, Masjid Negara, Butik Coklat dan Butik Batik, dan kemudian ke KLCC.. Mereka dilepaskan untuk berjalan2 di dalam KLCC sebelum berkumpul kembali pukul 2.45 pm untuk ke Skybridge KLCC tingkat 42.. hmm leceh gak nak jaga orang dewasa ni, hehe..

berlatar belakang kan KLCC

Istana Negara

Berkumpul kembali untuk naik ke Skybridge KLCC

Tuesday, August 25, 2009

MTCP@Kembali Lagi

Malaysian Technical Corporation Programme @ MTCP 2009 kembali lagi.. bermula 20 Julai hingga 14 Ogos 2009.. Kali ini dgn 2 kursus yang ditawarkan iaitu:

INT 501 Certificate In Corporative Management (handle oleh pusat aku iaitu Corporative Administration, Law and Leadership Centre) dan

INT 503 Certificate In Corporative Human Resource Management (handle oleh Business Management and Entrepreneurship Centre)

pertama kali menjejakkan kaki ke MKM.. menunggu majlis perasmian


Seramai 27 orang peserta kesemuanya untuk kedua2 kursus yg datang nya daripada 14 negara berikut..


  1. Malaysia (1)
  2. China (2)
  3. India (3)
  4. Sri Lanka (4)
  5. Indonesia (3)
  6. Vietnam (2)
  7. Vanuatu (1)
  8. Morocco (2)
  9. Tanzania (3)
  10. Uganda (1)
  11. Mauritius (1)
  12. Nepal (2)
  13. Thailand (1)
  14. Iran (1)

Sebagai salah seorang koordinator, mmg penat kerana banyak persiapan harus dilakukan utk memastikan program ini berjalan lancar selama 4 minggu.. Tambahan lagi nak melayan karenah2 mereka.. boleh pening kepala dibuatnyer.. hehehe..

Salam Perpaduan,

1 Ramadhan di Kampung

Hmm ni yang aku maleh ni.. dah elok2 aku post entry, siap dah Kak Noor komen pasal 1 Ramadhan di Kampung, pastu entah mcm mana leh terdelete lak, huhu.. Penat ler aku duk mengomel pasal bersahur, berbuka dan berterawih di kampung.. nak tulis balik, malas lak rasa, pastu kang mesti lari dari citer asal nyer, huhu.. hmm biarlah.. sakit jiwa lak rasa, haha.. so sorilah pada yg tak sempat nak baca (kalau ada yg sudi nak baca lah, huhu).. kesimpulannya, 1 Ramadhan kali ini agak bermakna kerana dapat menyambut bersama keluarga tersayang.. yg best dapat berbuka ramai2 satu keluarga..

Salam Ramadhan,

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




Selamat Menyambut Kedatangan 1 Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa dan memberi seribu erti kepada kita semua.. Amin..

Tuesday, August 18, 2009

Aku cuti part 2..

Tengah hari tadi aku g ke Pertama Kompleks, nak potong n jahit 2 helai seluar jeans yang aku baru beli 2 minggu lepas kat Alamanda (stok utk raya daaa).. sementara nak tunggu siap, g lah jalan2 ke Sogo.. tapi sales kali ni kurang menarik.. tapi last2 aku tertarik kat baju kemeja @ baju kerja yg diskaun 70%.. hmm berbaloi gak harga dgn kualiti dan jenama.. lagi satu sbb kemeja ni jenis yg kena pakai cuffling.. sebelum ni aku tak pernah pun beli baju yg kena guna cuffling tu, so agak teruja nak memiliki nya.. 2 helai baju tu hanya RM58 sahaja.. kalau takde sales, mahu beratus, huhu..

2 helai seluar jeans yg telah siap dipotong dan 2 helai baju kemeja cuffling

balik dari Pertama kompleks aku singgah kat pasaraya 99 speedmart yang baru buka tak jauh dari rumah aku.. beli bekalan air kotak untuk se karton terus, hehe.. dgn bebola ayam.. mana tau, mlm2 kalau lapar leh goreng..


memandangkan dah nak kul 6 masa tu, maka aku pun terus singgah ke pasar malam.. pusing2, beli nasi ayam berlada dgn kuih putu piring.. sedap kuih tu..


Duit Melayang...

Monday, August 17, 2009

Aku cuti..

Hari ni aku cuti.. saja je bercuti sbb penat.. baru je jumaat lepas, penutup program MTCP.. 4 minggu menjaga international student ni, penat gak.. lagipun minggu ni student diploma ku tgh bercuti semester, so tak perlu nak prepare mengajar kelas diploma.. ingat nak membasuh baju pagi ni tapi lepas subuh tadi tido balik, terlajak lak tido, haha.. kul 11.30 pagi rasa lapar, g The Mines makan kat food court.. nasi goreng perancis katanya, tapi tak tahulah tang mana datang dari perancis, haha..
Pastu g Guardian kat Jusco Cheras Selatan nak beli barang2 keperluan sikit.. Akhirnya, aku terbeli barang2 kat gambar bawah tu termasuk ler A.B.C hehe.. A.B.C tu beli kat simpang nak masuk umah aku, bukan kat Guardian k.. Nampak mcm kurang berseri A.B.C tu tapi rasanya, hmm mmg sama mcm rupanya.. tu lah kali pertama n terakhir aku beli kat situ, huhu..


Shokubutsu, Lifebuoy, Selson Blue, Kinohimitsu, Rexona n A.B.C


p/s nak g jalan2, takde geng lak.. member yg janji nak g jalan sama2 lak dah berjalan meninggalkan aku weekend yg lepas.. so duk umah je lah, huhu..


Nak Berehat,


Sunday, August 16, 2009

Sukan Antara Agensi KPDNKK 2009

15 Ogos bertempat di Stadium Pancarona Presint 18 Putrajaya, berlangsung karnival sukan antara agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).. Ini merupakan julung kali di adakan kerana sebelum ini hanya 3 agensi yg bernaung di bawah KPDNHEP.. setelah terbubarnya MeCD, agensi yg terlibat dgn gerakan koperasi di letakkan bawah KPDNHEP dan seterusnya bertukar nama kepada KPDNKK.. utk karnival kali ni disertai oleh 7 kontingen iaitu:
  1. KPDNKK (HQ)
  2. Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
  3. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM
  4. Bank Rakyat
  5. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  6. Perbadanan Harta Intelek (MyiPO)
  7. Permodalan Nasional Berhad (PNS)

Acara yg dipertandingkan pula:

  1. Bola sepak
  2. Bola jaring
  3. Futsal Lelaki
  4. Futsal Wanita
  5. Bola Tampar lelaki
  6. Badminton

Aku masuk team bola tampar lelaki. Bukanlah pandai main pun, sekadar pencukup korum, hahaha.. Kontingen kami (MKM) hanya mampu memperoleh 2 gangsa melalui futsal lelaki dan bola sepak, dan tempat keempat bola tampar.. yg lain tidak berjaya mendapat kedudukan kerana setiap acara hanya ada kedudukan no 1 hingga 4 sahaja.. Kalau diikutkan, agensi kami yg paling kecil (PNS kurang pasti kebesaran agensi mereka), jadi tidak hairanlah kalau agensi2 yang lain tu mampu menyediakan pemain yg berbakat dan berdaya saing..

HQ, berjaya menggondol 3 emas, manakala Bank Rakyat 1 emas.. lagi 2 acara tidak ketahuan lak sape pemenang kerana aku balik awal sebelum upacara penutup bermula.. HQ, Bank Rakyat contohnya mmg mempunyai team dalam sukan2 terbabit sedangkan kami, lagi seminggu nak kejohanan, baru nak cari pemain n training sekali dua sahaja.. dahler kami ni tak ramai, haha.. main tangkap muat je lah.. tapi sekurang2 nya kami masih mampu meberikan saingan kepada kontingen2 lain..

team bolasepak jersi merah
team bola jaring bip biru

team bola tampar jersi biru


persediaan perarakan majlis penutup.. dari kanan kontingen Bank Rakyat, KPDNKK, MKM, MyiPO, PNS, SKM, SSM
p/s pingat tak dapat tapi kulit muka dan tangan makin gelap, haha..
Majulah Sukan Untuk Negara,

Friday, August 14, 2009

Dah bersawang


Hmm dah bersawang rumah aku ni.. maaf lah sebab sangat sibuk.. semalam baru je balik dari outstation 4 hari ke utara.. harini preparation untuk closing ceremony MTCP.. hmm aku gak kena baca doa.. pastu esok lak sukan antara agensi di bawah KPDNKK kat putrajaya.. aku main bola tampar.. hmm ni pun curi masa sekejap ni.. hmm insyaAllah minggu depan akan kembali dgn cerita2 menarik sepanjang program MTCP especially outstation ke utara.. hmm minggu depan lah nak kasi vacum bersih.. salamz..

 
type='text/javascript'/>