PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Monday, September 7, 2009

RON 95 - Petronas Primax 95

Sedikit info mengenai RON95 - berikutan kenaikan harga RON97, ramai yang tertanya mengenai kesesuaian enjin kereta mereka dengan RON95..

Petikan ucapan dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semasa pelancaran PRIMAX95 di PSS Precint 9D

(Utusan Malaysia bertarikh 13 Mei 2009)
● Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

RON95 (RM1.75 seliter) akan menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas 1 Sep 2009.

● Spesifikasi minimum bagi kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini adalah RON91.

● Penggunaan petrol RON97 yang besar selama ini adalah satu bentuk pembaziran kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah menggunakan RON yang lebih rendah.
Soalan-soalan lazim berkaitan RON95

1) Apa itu RON?
RON adalah singkatan untuk “Research Octane Number”. RON adalah kadar untuk menyukat ketahanan terhadap ‘ketukan’ (knocking) sesuatu minyak petrol di dalam enjin.

2) Apa itu RON95?
RON95 adalah minyak petrol yang mempunyai nilai RON minima 95.

3) Apakah petrol yang dijual di Malaysia pada masa kini?
Petrol yang dijual di Malaysia pada masa kini adalah petrol RON97 dan RON92.

4) Apakah jenis-jenis kenderaan yang boleh menggunakan petrol RON95?
Semua jenis kenderaan petrol boleh menggunakan petrol RON95 jika keperluan RON kenderaan tersebut adalah 95 atau kurang, atau OEM kenderaan membenarkan penggunaan petrol RON95 untuk kenderaan tersebut.

5) Sebelum ini saya adalah pengguna petrol RON92/97, adakah pertukaran kepada RON95 tidak akan merosakkan enjin kenderaan saya?
Jika kenderaan anda boleh menggunakan minyak petrol RON95, penggunaan RON92/97 sebelumnya tidak akan merosakkan enjin kenderaan anda.
6) Adakah saya perlu untuk mengosongkan tangki minyak kereta saya sebelum mengisi petrol RON95?
Tidak perlu. Minyak RON95 boleh dicampur dan digunakan dengan minyak RON92 dan/atau RON97 dengan seadanya.

7) Apakah kesan jika berlaku percampuran RON95 dengan RON97 atau RON92 ke atas prestasi enjin kenderaan?
Percampuran RON95 dengan RON97 akan meningkatkan nilai RON minyak tersebut menjadi antara 95 hingga 97 bergantung kepada kuantiti percampuran. Begitu jugak sebaliknya jika percampuran RON95 dengan RON92 akan menurukan nilai RON minyak petrol tersebut ke antara 92 hingga 95.
Menggunakan minyak petrol yang mempunyai nilai RON yang lebih tinggi dari rekabentuk dan keperluan sesuatu enjin tidak akan memberi peningkatan dalam prestasi enjin tersebut. Manakala, penggunaan minyak petrol yang mempunyai nilai RON yang lebih rendah dari rekabentuk dan keperluan sesuatu enjin boleh menyebabkan “ketukan” enjin (engine knocking) berlaku.

8) Apakah kesan penggunaan RON95 kepada alam sekitar?
RON 95 adalah gred minyak petrol yang paling efisien dari segi penggunaan tenaga dalam pembuatan untuk kegunaan di Malaysia. Dengan penggunaan tenaga yang efisien, kesan negatif terhapat alam sekitar dapat dikurangkan..



Salam Mesra Alam

20 Catatan pengunjung:

AL-ANEESA' said...

Salam cikgu..

pengetahuan baru ni yang sering diabaikan.

thanks ye

Ayah Zain said...

Salam CP,

Yup, salam cikgu CP. Satu informasi yang sangat berguna

Che' Pit said...

salam Al-Aneesa'

terima kasih kerana menjenguk..
sy sekadar berkongsi pengetahuan..

sama2..

Che' Pit said...

salam ayah zain,

sebenarnya sy sdiri nak tahu sbb masa mula2 tu was was gak kete CP leh ke tak pakai RON95 tu.. tapi bila g petronas, tgk2 mmg dah totally tukar RON95, so maknanya mmg boleh ler.. tu yg saje cari info tu.. dan berkongsi bersama

Noor said...

As Salam..

Alhamdullilah.. info yang amat bagus.. baru nak mintak pakcik google tolong carikan perbezaan nyer.. tetiba adinda dah letakkan segala hujah2 nyer.. teng kiu ek..

psstt.. setakat kapcai akak, amik yang murah je lah.. tak mampu nak letak yang mahal2..

Che' Pit said...

salam kak noor,

pakcik google mc arini sbb terkena jangkitan virus..

hmm oklah tu, RON95 pun ok apa.. masing2 cuba check kat manual kenderaan masing2.. kompem ada tulis minimum minyak RON berapa yg leh guna.. sy dah check.. kompem leh guna..

CM said...

Salam Cikgu Che Pit

Cikgu jugak yer...hari ni baru tahu,sekolah mana cikgu????CM kt SMTS...tu jer CM nk komen ..minyak tu gasak dia rr.malas nk pikir..

Che' Pit said...

salam CM,

haah cikgu gak.. tapi bukan cikgu sekolah.. up sikit.. cikgu kat MKM

IMANSHAH said...

Salam ziarah...selamat bersahur

Che' Pit said...

salam Imanshah,

thanks sudi ziarah,
selamat berpuasa.. (dah lepas waktu sahur dah ni, ngeh ngeh ngeh)

rezeki said...

Salam Pijal,

ron 95 kurang sikit ummmp nya dari 97, psl okctane dia rendah sikit tapi nak buat mcm manakankan.

p/s : Noor, bukankah kapcai tu pakai minyak tanah ngeh,ngeh,ngeh

Che' Pit said...

salam che rezeki,

hmm betullah tu.. tapi nak buat mcm ner.. guna lah seadanya.. dari tak berjalan langsung kan.. ngeh ngeh ngeh.. uiks, che rezeki pun dah pandai?

S said...

salam pijal,

kapal terbang pakai minyak ni gak ker??

betoi kata CM, tak kisahlah asal ada minyak.
mak as ni nak boh minyak pun tk reti. ngeh x3

nak pikiaq pasal menu setiap hari pun dah poning pala, mana nak pikiaq pasai minyak keta plak.

rezeki said...

salam,
ngeh,ngeh,ngeh

ini semua menjangkit adik2 kau tu, ini lebih bahaya dari H1n1n2n3n4n5

ngeh ngeh ngeh

Anonymous said...

salam,

tq pijal...cheq baru tau...


mama..hanis tau isi minyak kete...tp isi angin taya kete tak tau2...nie kan pula yg lain2.....ngeh ngeh ngeh....parahhhhh....

Che' Pit said...

salam mak as,

hmm kapal terbang tak tau lak cheq.. hmm cheq pun pening nak beli juadah buka apa tiap2 ari..

mak as tak reti buh minyak takper, pak megat buhkan.. cheq nak tak nak kena gak amik tahu.. nanti kalau silap pakai minyak, kete lembap takleh lak nak race dgn ratu buaya di jalanan..

Che' Pit said...

salam che rezeki,

berjangkit dalam alam maya jer takper.. jgn kat luar pun duk gelak mcm tu sudah.. ngeh ngeh ngeh..

Che' Pit said...

salam hanis,

trylah belajar kat papa sikit2 pasal kete.. mcm ne nak isi angin, nak isi air, so boleh buat sdri.. rasa selamat sikit drive tu..

Anonymous said...

pijal...papa slalu ajar...aritu ajar isi minyak itam...emmm tp cheq nie betul laaa....mmg tak berminat tul ngan kereta2 nie....Ya Allah, bilaa laa hamba mu ni ingin berubah untuk mengambil tahu ttg keretanya sendiri..

Che' Pit said...

hmm hanis,

minyak itam tu tahap advance sikit.. belajar yg basic2 ker.. pam angin tayar ker.. bila kita amik tahu, at least rasa selamat sikit kan..

 
type='text/javascript'/>