PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Tuesday, September 8, 2009

Zakat Fitrah - Sudahkah anda???

sudah kah anda???

‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ

Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka sama ada lelaki mahu pun wanita, anak kecil mahu pun dewasa dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).

[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1503 (Kitab al-Zakat, Bab kewajipan sedekah fitrah)]


23 Catatan pengunjung:

Ayah Zain said...

Salam CP,

Ayah ZAin dah sempurnakannya di Masjid BBU semasa ayah ke sana Sabtu lepas. Terlanjur jumpa terus ayahzain bereskan. Satu kepala kat Johor RM7.50 sahaja.

Che' Pit said...

salam ayah zain,

hmm alhamdulillah.. ooo kat johor lagi mahal ek? dulu2 sy rasa johor yg murah dari lembah klang.. kat selangor ni RM7 jer.. bayar kat bazar ramadhan yg dekat dgn umah ni..

Anonymous said...

salam,

huhuhu....sedihnyee...hanis tak penah p bayar lg...sbb papa dok kata, anak2 perempuan yg tak kawin papa yg bayar....

Che' Pit said...

salam hanis,

hmm mcm tu ka? terpulang lah pada keluarga hanis mcm na.. cheq mmg sejak keja bayar sdiri

Roza said...

Assalamualaikum,

Nice blog..

Unknown said...

saya tgh kira2...
selangor berapa..RM7...
ha..
ha..
terima kasih kerana memperingatkan...

tapi yg pelik - dalam ingat2 - masih ramai yg membayar saat2 last....tak percaya tunggu dan lihat...

Che' Pit said...

salam saudari roza,

thanks atas kunjungan..

Che' Pit said...

salam cgu jinggo,

hmm betul tu.. masa awal2 buat2 tak nampak jer.. dah nak sampai due, baru leh terkejar2.. tak niat nak kata sesiapa, cuma sekadar ingat mengingati

Atikah said...

Salam..

Hanis, cheq pun sama,tiap2 tahun ayah yg bayar... tpt thn nie terasa nak byr sendiri... Alhambulillah... Cheq dah bayar awai dah... 3 hari pose dah bayar... tu pun lepas dok dengar tazkirah ramadhan... masing2 dok pakat nk bayar awai...

Imran Paris said...

Pjal....thanks for the reminder. InsyaAllah akan dijelaskan secepat mungkin.

Lama dah saya nak komen ni, sejak mengenali PDKM...Pjal...saya suka ungkapan Tempurung Kaca....cukup bermakna dlm kehidupan kita skrg ni yg dikatakan GLOBAL tapi sebenarnya tak ke mana.

Che' Pit said...

salam Atikah,

tak salah perempuan yg belum kahwin bayar sdiri.. nak2 kalau dah bekerja.. rasa lagi berkat..

alhamdulillah atikah sudah..

Ayah Zain said...

Salam CP,

setakat yang ayzahzain tahu, KL lagi mahal RM8.00 tp dia yg special ada pulak pilihan RM5.50 sahaja.

Che' Pit said...

salam che im,

sama2.. sekadar ingat mengingati..

hmm betul tu.. penuh simbolik pada yg faham, tapi sekadar ungkapan pada mereka yg masih di bawah tempurung.. kita bebas meneroka ke sana sini, melihat sana sini, tapi hakikatnya, kita masih lagi dlm tempurung.. itulah dia tempurung kaca.. tapi itu dari perspektif negatif

bagi sy, sy memandang dari perspektif positif.. kita tahu byk kekangan, keterbatasan, tapi jgn jadikan itu semua sebagai halangan.. buka mata luas2, jgn disekat oleh batasan yg ada.. sbb tu tempurung kaca, biar terbatas, tapi mata, hati dan minda terbuka luas..

Anonymous said...

pijal...

hand dapat kunjungan balas drpd puan roza laaa (isteri prof MKI) tu.....salah seorg idola cheq tu...

Unknown said...

alahai ummi lum berzakat fitrah lagi ler , selalu hubby bayar cepat tp thn ni belum lagi , naper ya , agaknya pasal zaujah dia asyik bblog kot..
timekasih ingat mengingati

Noor said...

As Salam..

my dear pijal.. terima kasih kerana memperingati.. kadang2 kita rasa semua orang ingat.. jadi kita malas nak mengingatkan.. tapi bila Allah gerakkan hati kita supaya mengingatkan.. maka barulah kita tahu ada yang lambat ingat.. he he

psst.. dulu2 kan, selepas arwah ayah pergi.. akak lah yang amik alih bayar utk semua.. tahun pertama masa bayar.. meleleh ayaq mata depan amil.. hu hu

aznaz said...

salam afis...

acik bayar di depan Haram ni jer...p kat orang peminta sedekah bagi jer 10riyal dan niat...kat sini takda masuk dlam bayar and bagi resit..sam cam lasy year gak bagi..


waslam

afeezz said...

aku belom bayor lagi lah..

Che' Pit said...

salam ayah zain,
yg special ada pilihan rm5.50? mcm ne lak tu?

salam ummi,
sekadar mengingatkan..

salam kak noor,
mesti nostalgia kan saat2 kak noor pertama kali gantikan tempat arwah utk bayar kan.. nasib baik amil tu tak leleh air mata sama..

salam che lie,
baguslah dah bayar awal.. jgn jadi tahun 2007 dulu, dah suntuk sgt baru sebuk cari amil kat masjid kinrara 5 tu..

salam apeezz,
benda yg baik tu, cepat2 lah buat yer..

S said...

salampijal,

ko memang anak yg soleh.

bayarlahlah zakat fitrah dan zakat pendapatan pada bulan ramadhan kerana pahalanya berganda.

puasa tahun depan Hanis tak payah bayaq dah sbb ada .......... hik hik hik...

zakat menyucikan segala galanya.

Che' Pit said...

salam mak as,

terima kasih atas doa mak as tu..
cheq sekadar memperingati..

hmm insyaAllah hanis tahun depan tak yah bayar dah..

rezeki said...

Salam Pijal,
belum lagi , biasanya seminggu lagi sebelum raya utk zakat fitrah kami sekeluarga dan zakat perniagaan sekali. Sebaik2nya dan digalakkan zakat disempurnakan di tempat kita mencari rezeki .

p/s : nasib baik rm 7.50, kalu rm 22.50 tunai ngeh ngeh ngeh

Che' Pit said...

salam che rezeki,

tulah, sebaik2 nya di tempat kita cari rezeki.. sbb tu sy bayar kat selangor ni, bukan kat johor tercinta, ahaks

hmm yg rm22.50 tunai tu kena lah tunggu bulan 12 kot, ngeh ngeh ngeh..

 
type='text/javascript'/>