Alhamdulillah, tahun ni tercapai hajat mak dan ayah ku untuk menyahut seruan haji.. selepas menghadiri kenduri kahwin sepupu aku tu (entry sebelum ni), terus balik kampung..
Isnin tu dari pagi sampai malam, tak putus2 saudara mara n kawan2 mak ayah datang
Selasa pagi, persiapan terakhir.. pun masih ada yang datang untuk bertemu di saat2 akhir.. Sesudah solat zohor di masjid, aku dah siap sedia dengan kereta di luar pintu masjid.. jemaah masjid masih meraikan mak dan ayah.. Sejurus sebelum bergerak, azan dilaungkan.. Transit di rumah sepupuku di Bandar Kinrara 4.. Giliran anak2 saudara mak ayah yang duk KL lak dtg jumpa..
Pukul 2.30 pagi baru gerak menghantar mak ayah ke Kompleks Tabung Haji.. Masa ni semua adik beradik dan anak2 buah aku dah ada bersama..
sebahagian daripada keluarga jemaah2 haji yg dah lebih 2 jam berkampung kat Kompleks Tabung Haji ni..
daripada skrin luar yang besarnya berkali2 ganda dari tv kat rumah aku.. hmm mak mcm tahu2 jer anak2 dia duk tgk kat skrin tu..
22 Catatan pengunjung:
semoga mereka mendapat aper yg mereka hajati...
Salam,
Alhamdulillah...semoga mak & ayah pijal selamat pergi & kembali... semoga mereka sihat & dapat mengerjakan haji dengan sempurna...haji mabrum...insyallah
bilaa laaa pula tiba giliran kita gaknye ye.....
salam..
afeezz - mudah mudahan mcm tu lah
hanis - insyaAllah satu hari dan ketika nanti sampailah juga giliran kita
Jemaah haji dah mula bertolak ye..mudah-mudahan mereka selamat dalam perjalanan dan selamat dalam mengerjakan haji
salam Pn Tirana,
sama2 lah berdoa agar kesemua jemaah haji selamat pergi n kembali dan dapat menunaikan ibadat dgn sempurna..
salam CP
skrg ni ibu dan ayah mu dah kat Madinah kot ye ..tak lama lg smpai le ke Masjidil Haram lak , mesti tak sabar CL menunggu di sana ..
apa2 pun semoga mereka bdua, jua jemaah yg lain dkurniakan haji yg mabrur dan selamat kembali ke tanah air semula.
labbaikallahumma labbaik ,labbaikala syarikalakalabbaik, innal hamda wanni'mata , lakawalmulk , laa syarii kalak.
salam Che'Pit,
sebagai anak lapang dada melihatkan orang tua menunaikan ibadat haji. Moga mereka selamat pergi dan kembali dan mendapat haji mabrur. Insya'Allah.
Salam CHe pit
Cikgu doakan keduanya sihat sejahtera disana,CL ada cerita jugak dia sedang menunggu ketibaan ayah dan bondamu...Insyallah pulang dgn haji mabrur...
Salam Dik..
Semoga ayah dan bonda adinda diberi kesihatan yang 'tip top' dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna serta beroleh haji yang mabrur.. aminnn
Ass-Salam
Syukur buat mak dan abah adik...
Semuga mereka memperolehi Haji Mabrur.
Salam..
Alhamdulillah seru mereka telah sampai.
semoga selamat pergi dan selamat kembali...dan dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna.
salam che pit,
alhamdulillah, semoga selamat pergi dan selamat kembali dan dipermudahkan segala-galanya di sana dan mendapat haji mabrur
insyallah
Assalamualaikum Che Pit.
Saya doakan ibu puan tuan sihat dan dipermudahkan ibadah haji mereka. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur.Amin.
semoga mereka beroleh haji mabrur...doakan kesihatan mereka sentiasa sihat walafiat mengerjakan ibadah haji...semoga mereka selamat berangkat & kembali ke tanah air ,insyaAllah.
salam
kak ummi,che IP, CM, kak noor, kak hazeleyed,cik syima, che ONE, che rezeki, che mie dan cgu sonata diatas kata2 xdan doa anda semua.. sebagai anak, sy bersyukur mak ayah sy berpeluang menunaikan haji.. semoga mak ayah saya dan semua jemaah dapat menunaikan ibadat dengan sempurna.. Aminnn
Pjal, moga org tua mu mendapat haji yg mabrur. Saya doakan segala yg terbaik buat mereka berdua. InsyaAllah esok2 Pjal, Hanis, Afeezz dll dijemputNya pula.
salam che im,
terima kasih atas doa itu..
semoga mak & ayah CP dipermudahkan olehNya untuk melakukan segala ibadah di Tanah Suci. Amin!
KN teringat waktu pergi haji dulu...
salam mama,
terima kasih atas doa mama tu..
Salam pijal...
Maaf terlewat mencucapkan selamat pada kedua ibu bapa hang... semoga ALLAH permudahkan segala urusan kedua mereka di sana... Moga kedua ibu bapa pijal diberikan kesihatan yang baik sepajang berada di sana... dapat melakukan ibadat haji dengan sempurna... mendapat haji yang mabrur... Moga selamat pergi dan selamat kembali...aminn
Post a Comment