PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Wednesday, November 11, 2009

Senam minda1 - Fikir di luar kotak



Berfikir di Luar Kotak - Bebaskan kreativiti anda

Buah Epal
Terdapat 10 biji buah limau dalam sebuah bakul. Si ibu membahagikan sebiji limau kepada 10 orang anak nya.. setelah 10 orang anak itu mengambil limau masing2, masih terdapat sebiji lagi di dalam bakul.. Mengapa? ________________________

Melompat dari bangunan 20 tingkat
Seorang lelaki sedang menikmati secawan kopi di mejanya bersebelahan dengan tingkap. sambil meninjau pemandangan di luar tingkapnya, tiba2 tergerak untuk melompat keluar dari bangunan 20 tingkat itu.  Dia menjejak tanah dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Tiada apa pun yang mengalas pendaratannya. Bagaimanakah ini boleh terjadi? ________________________

Pesanan Pita Rakaman
Seorang lelaki dijumpai mati di pejabatnya dan pistol berada di sisinya. Terdapat sebuah alat perakam suara di atas meja. Apabila ditekan butang "play" kedengaran pesanan berikut

"saya tidak boleh menanggungnya lagi. Saya akan tamatkan penderitaan ini"

dan ini diikuti dengan bunyi tembakan.. Dengan serta merta polis telah membuat kesimpulan bahawa lelaki ini telah dibunuh bukan membunuh diri. Bagaimana? __________________

Renung2 kan dan selamat menjawab..

Jika anda fikir anda kreatif, anda memang kreatif..
Jika anda fikir anda tidak kreatif, anda tidak!

21 Catatan pengunjung:

afeezz said...

salam sahabat che pit : aku nak jawab soklan no 2 - bangunan tu mmg 20 tingkat, tp lelaki tu minum kat ground floor, dia kuar tingkap mmg le kat ground floor gak.. hihih.. ade betul?

afeezz said...

salam sahabat che pit : aku nak jwp soklan no 3 plak - disebabkan aku peminat CSI, ni conclusion aku. klu lelaki tu membunuh diri dengan menembak dirinya, mesti pita rakaman tu turut berasa di sisi mayat lelaki itu dan bukannya terletak di atas meja. macam mana org yg dah mati bole letak elok2 pita rakaman tu atas meja... lagi satu, lagi pelik klu pita rakaman tu bole ter'off' lepas lelaki itu membunuh diri... hahah

sinomosa said...

Hi Pijal
Interesting nak cuba jawab hehe

1) Sebab salah sorang anaknya dapat sebiji limau + bakul

2)Sebab lelaki itu di ground floor. Statement melompat dari bangunan 20 tingkat. Bukan melompat dari tingkat 20

3)Jawapan no.3 kena pikir lagi laaa no idea hehe

rezeki said...

salam che pit,

adussss, nanti sat cheq pikir, mau pecah kapla keh,keh,keh

jawapan sinomosa 1,2 dan afeez utk soklan 2 ada logiknya

mmg tak boleh nk pikir psl hari ni muka ku rasa terbakar dan merah padam . semlm dok berjemur kat matahari terpacak atas kapla dari kul 9 pg - sampai 1 tgh keh,kehkeh

sinomosa said...

oopss Pijal..
memang kreatif sungguh pembuat soalan ngeh3
yang no 1 tue buah epal ke buah limau haha..
tapi jawapan sy tetap sama..
= seorang anaknya dpat 1 buah di dalam bakul

Unknown said...

salam CP
akak nk jwb soalan no 1 yer..
yg dibahagi tu buah limau , yg masih ada tu tentu ler EPAL coz kau tajukkan EPAL..apa kene mengena dgn limau plak.. he he he ummi menang

Che' Pit said...

salam semua,

hehehehe tergelak lak..
hmm ok, cubaan yag bagus tapi sy buka sampai kul 4.00 pm.. pastu baru sy bagi jawapan nyer.. tungguuuuu...

Unknown said...

jawapan no2..
dia hanya melompat
tapi tidak terjun...
he....soalan KBKK.......
he.....

yang lain sedang fikir

Ayah Zain said...

Salam CP,

az x mahu jawab la, x aci la sebb dah tahu jawapannya. hehehhe

sinomosa said...

Hehe jawapan no.3 setelah berdiskus dgn detective conan kuikui

Sebab ada sumbody telah m'rewind kan pita rakaman tue..takkan org mati bleh buat tue semua..

Kalo betul kena bagi hadiah nie hehe sy dah jwb complete set Q hehe

Ayah Zain said...

Salam Cp:
Dah pukul 4 kan?

1. anak yang 10 mengambil dengan bakulnya sekali, oleh sebab itu la ada sebiji epal dalam bakul

2. Betul jawapn afeez itu, dia di ground floor then lompat ikut tingkap di ground floor

3. Lu pukir la sendiri. hahahahah

Atikah said...
This comment has been removed by the author.
Atikah said...

Salam....

Sekali AZ bagi jawapannya...

Che' Pit said...

salam semua..

terima kasih kepada mereka2 yang sudi menjawab.. Maaf keran terlewat bagi jawapan kerana agak sibuk 2 minggu kebelakangan.. seperti di janjikan, jawapan yang tepat ialah jawapan Sinomosa.. Tahniah, tahniah, tahniah..

Hadiah boleh dituntut kat meja urusetia (kalau jumpa lah) haha

1. sebab anak yg terakhir ambik dgn bakul sekali

2. sbb lelaki tu di groundfloor

3. org mati mana leh rewind tape tu..


Hmm soalan no 1 mmg sengaja letak tajuk lain sbb nak tgk ada tak yg prihatin.. Naib baik ada yg perasan..

sinomosa said...

Alamak..meja urusetia kat mana plak nie?? haha so dgn hati terbuka tak sabar nak jawab soalan senam minda 2 ngeh3

Che' Pit said...

salam syima..

hmm senam minda2 akan datang, tapi kena tungguuuuu sbb sibuk sikit skrg ni..

Asnija said...

Salam Pjal,
Baru nak jawab....dah selesai dah???

ps: he..he...akak datan banyak kali, nak jengok jawapan nyer...bukan saja memikir diluar kotak, bahkan otak akak dah terkeluar dari kotak nyer....nanti kasik lagi ye...

afeezz said...

salam tuan rumah : sy berjaya menjawab soklan no. 2 dengan cepat dan tepat... hihih... bangga nya

Che' Pit said...

yer afeezz, tahniah tahniah tahniah.. boleh develop lagi pengembangan minda tu..

sinomosa said...

Tahniah afeezz..

Hang cepat 6 minit dari saya hehe
Mungkin masa tue sy tgh menaip jawapannye hehe

Che' Pit said...

salam kak nija,

hehe at least try ler..
waa bahaya tu kak, terkeluar otak dari kotak, ish ish ish..

ok, nanti ada idea sy bagi yer.. tungguuuuu..

 
type='text/javascript'/>