PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Monday, May 11, 2009

Kursus Induksi Modul Umum Kumpulan Pengurusan dan Professional

Sebagai penjawat awam, semua dikehendaki untuk menghadiri induksi umum dan juga khusus sebagai syarat untuk pengesahan jawatan. Tambahan syarat kepada kami sebagai pensyarah di maktab ni, dikehendaki untuk menulis satu artikel dan diterbitkan dalam mana-mana penerbitan. Betarikh 21-30 April yang lalu, aku dan 6 lagi kawan pensyarah ku (2 dari cawangan Sabah, 1 cawangan Sarawak, 4 dari kampus induk, PJ) telah menghadiri kursus induksi umum ini anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Kursus ini sebenarnya gabungan dari kumpulan Pengurusan dan Professional (PnP) dan juga Kumpulan Sokongan 1. Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. Yang pertama gabungan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) dan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ). Kumpulan kedua pula hanya gabungan 2 agensi iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Pertubuhan Kraftangan Malaysia (PKKM)

10 hari berkursus, otak kami diisi dengan perkara-perkara yang perlu diketahui oleh penjawat awam seperti berikut:
(a) Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020
(b) Perintah Am, Arahan Perkhidmatan dan Arahan Keselamatan
(c) Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan
(d) Pengurusan Sumber dan Organisasi
(e) Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan
(f) Pekeliling Kemajuan pentadbiran Awam

Naik tepu gak otak kami disajikan dengan ceramah, even sabtu dan ahad pun ada kelas. Selain itu, kami juga dikehendaki menyampaikan pengucapan awam, menyiapkan tugasan kumpulan dan individu serta menduduki ujian akhir. Dan ketika ini aku sebenarnya baru sahaja menyiapkan tugasan individu yang perlu dihantar 2 minggu selepas habis kursus. Agak membosankan kerana jangka masa yang agak lama iaitu 10 hari, tapi akhirnya, berakhir sudah penyeksaan kami. Hehehe, takde lah terseksa sangat tapi masing-masing sibuk duk hitung hari semasa kusus tu..


Pensyarah MKM dari kanan, penulis blog, eda, syiera, nora, azma, shamsiah dan suandi


0 Catatan pengunjung:

 
type='text/javascript'/>