PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Monday, July 13, 2009

Kursus Kenegaraan SSM

Hitam Putih warna rasmi Kursus Kenegaraan BTN ni.. Hmm tengok dari jauh, mcm rupa budak2 sekolah menengah nak amik gambar untuk majalah sekolah lak, haha..

Hmm ni aku nak citer sikit pasal Kursus Kenegaraan yang aku kena g pada 2-6 Julai yang baru ni bertempat di Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, Shah Alam.. hmm kitorg g ni yang dianjurkan oleh FRIM sebab induksi umum kami mmg under FRIM.. tapi hangin tul dgn FRIM.. masa induksi aritu mmg dah kecoh.. (sila rujuk entry Kursus Induksi Modul Umum bertarikh 11 May).. Kali ni sekali lagi FRIM menunjukkan ketidakcekapan dan ketidaksediaan mereka menjadi penganjur.
  • Kenapa aku ckp mcm tu? sbb dalam senarai nama peserta ada 125 peserta, tapi hanya 35 yang datang.
  • Nak tahu sbb apa? sbb FRIM main letak nama2 peserta padahal separuh daripada nama tersebut telah pun pergi kursus ni..
  • Mcm ne aku tahu? sbb separuh dari tu adalah geng2 yang sama induksi umum bulan 4 yang lepas.
  • Yang jadi mangsa? kami lah..
  • Kenapa? sbb mengikut standard piawaian BTN, sekiranya kurang daripada 60 peserta, tidak boleh dijalankan kursus..
  • Kesannya? peserta2 yang hadir samaada dipindahkan ke mana2 kem berhampiran atau disuruh balik.. Hmm tak ke naya mcm tu.. Ketua Fasilitator pun pening kepala..
Tetapi nasib baik di sini, 2 kursus dijalankan serentak.. kami di Kem B, dan 1 lagi di Kem A.. Mujurlah di Kem A, yang hadir 100 lebih, so ketua fasi kami terpaksa mencilok beberapa peserta dari Kem A supaya kursus kami ni boleh dijalankan.. hasilnyer, maka berlakukah ketidakseimbangan jantina.. Kem kami iaitu Kem B, 11 lelaki dan 74 perempuan.. Kem satu lagi, Kem A 72 lelaki dan 8 perempuan.. Pelik tak? nape tak seimbangkan antara ke dua2 kem supaya takde kaum minoriti? sebabnya ialah lain kumpulan sasaran.. yang Kem B adalah sasaran 1, manakala Kem A sasaran 2 dan 3.. gitulah alkisahnyer...

Salam Perpaduan,

12 Catatan pengunjung:

CM said...

salam

aduhaii pupusnya makhluk bernama `lelaki` disitu yer...speacis terancam yer...patut diberi perlindungan..

Cikgu tengok bukan macam budak sekolah menengah tapi kaum ibu nak pi marhaban..hitam putih taik cicak gitu..

aduuh begitu patriotiklah pijal pas ni...dengar lagu negaraku dalam TV pun dia mesti pi berdiri tegak..kalau bwk kereta dia berhenti..he,he,he

apiz hensem (aku yg hensem bukan ko) said...

hi cikgu mas ku sayang...

kenape bile pi BTN mmg kaum lelaki ni pupus, masa i pi BTN lebih kurang 10 thn lebih yang lepas pon macam ni gak... drp kumpulan i yg 15 org tu, 3 jer lelaki. hish.... kene berpoligami plak kami masa tu

pembetulan cikgu mas ku sayang, kaum ibu dan bapa pi marhaban.. pasal ade kaum bapa kat belakang tuh...

pijal patriotik?? cayalah.. susah nak cari rakyat yg macam ni sekarang ni

Che' Pit said...

salam CM dan Apiz..

hmm ni mesti tak baca betul2.. kalau gabung dua2 kem, kira seimbang ler sbb Kem B lelaki 11, perempuan 74.. kem A lelaki 72, perempuan 8.. hmm campur tolak, takke seimbang lebih kurang tu.. cuma kesian kat perempuan kem A lah sbb 8 org jer.. lelaki minoriti takper, tapi bayangkan kalau perempaun yg minoriti.. takker rasa terasing?

patriotik? hmm no komen

Noor said...

As Salam..

dear sazli babeh..

kunun2 nak jadik silent reader.. tapi.. aghhhhhh, tension tension.. nak jugak menyelit.. walaupun tak muat.. he he..

dikkkk, kecik ati akak yang kembang nie dik.. kasih si apiz tak encem dah berubah arah.. ade ke dia sebut.. ' cikgu mas ku sayang'.. uwaaaaaaaaaaaa

pujuk akak sazli.. akak tggu ko petang nih kat dorai.. hu hu

psstt.. makcik2 tu kan kalu tukar tudung merah ngan kain merah kan.. dah macam perhimpunan yang kat PWTC.. he he

apiz hensem (aku yg hensem bukan ko) said...

hi Kak Noor darling...

Kak Noor darling jangan risau, saya sentiasa akan berlaku adil bukan sahaja pada Kak Noor darling dan Cikgu Mas ku sayang, tetapi juga pada pijal yg comey...

Kak Noor darling jgn lah pergi ke dorai bersama pijal yg comey sahaja, ajak lah saya bersama. sedey rasa bile kak noot darling nak memboikot saya.. uhuk.. uhuk..

wei pijal comey... bile kite nak lepak dorai, dah lama aku tak pekena rojak kat saner...

Che' Pit said...

salam kak noor,

ala jgn le majuk.. apiz tu sajer jer.. dia mcm cheq jugak suka menyakat.. dah nama pun sama kan.. tul tak piz?

makcik2? huhu sampai hati panggil depa makcik2? kecik hati depa kalau tahu, huhu...

Che' Pit said...

salam apiz hensem..

hmm nasib baik ko tak tinggalkan aku.. kalau tak...

ko jgn bimbang, aku takkan khianti ko semata2 sbb kak noor.. kalu aku g mesti aku ajak ko nyer.. hmm tapi bukan ko ke yg ajak aku sbb aku tak tahu.. kompius!!

CM said...

salam apiz hemsem babeh..

cikgumu ini sedikit conpius masakan dikau berani bermadu 3..sampai si pijal comey pun masuk group!!!..bisakah kah ko berlaku adil pada kami bertiga????ha,ha,ha

apiz hemsem nakal betul awak ni yer!!!kelakar jugak budaknya ...berapa umur ni???cikgu sebaya Angelina Jolie..

apiz hensem (aku yg hensem bukan ko) said...

salam cikgu mas ku sayang

pasal saya boleh berlaku adil lah saya pasang tiga sekali, klu tak.. cikgu mas sorang jer sudah memadai.. hihih

klu cikgu mas sebaya angelina jolie, maknanya saya bertahun2 lamanya lebih mudah dari cikgu mas... betul tak pijal comey??

Che' Pit said...

salam apiz ensem,

betul tu.. kita jauh lagi muda dari CM tapi CM tak pernah nak terima kenyataan nya.. beliau dengki dgn kemudaan kita ni..

Anonymous said...

Amboi 2 bro sesedap ati mengutuk FRIM yer . Nak bantai pon jgn ikut emosi. Ingat la jasa yang penah dicurahkan urusetia FRIM yang pernah menjaga kelas anda dari pagi hingga ke malam. Yang bersama2 peserta ketika susah dan senang.

yang benar,
urusetia yang ikhlas
FRIM

Che' Pit said...

salam tidak bernama (anonymous)

tak tahulah samaada anda baca atau tidak komen ni, tapi sy bukan lah bantai ikut emosi.. sebenarnya kalau benar anda dari FRIM, boleh jadikan sebagai pengalaman.. sy sendiri alami, bukan dari kata2 org lain

1. pejabat kami di PJ, dekat kalau nak terus ke Kem Bumi Jati. Sehari sebelum kursus, sy hubungi pihak urusetia iaitu FRIM bertanya bolehkah kami terus ke Kem sbb lebih dekat daripada kami kena ke Hotel Putra..

Jawapan yg diterima: tidak boleh kerana kena daftar di Hotel Putra jam 2 Ptg. Kami dtg ke hotel sebelum jam 1, langsung tiada proses pendaftaran dan hanya beberapa org sahaja peserta yg hadir.. pendaftaran dilakukan di kem oleh pihak BTN bukan FRIM..

2. disebabkan FRIM tidak cekap, menyenaraikan nama2 yg dah hadir kursus BTN, akhirnya hanya 35 peserta sahaja.. ISO BTN kena ada at least 60 peserta utk meneruskan kem. jadi kami yg jadi mangsa, sbb samada kami dipindahkan kem atau betal.. nasib baik ada 1 group lagi yg ramai peserta (bukan anjuran FRIM)dan sanggup beri separuh pesertanya utk cukupkan kuotan kumpulan kami..

3. semasa induksi, kami bayar harga sama dgn kumpulan dari SPRM tetapi kami ditempatkan di selesa inn yg mmg x selesa dan jauh.. bila ditanya, ada kumpulan lain nak masuk hotel tu.. Masalahnya bukan baru sehari sebelum induksi kami buat pengesahan, tapi pihak penganjur yg cuai dalam urusan penempahan hotel.. Kenapa kami pegawai di anak tirikan sdgkan peserta SPRM rata2 kumpulan sokongan?

bukan sy nak hentam atau bantai, kalau betul adanda dari FRIM, minta pastikan tidak berulang kembali.. dan satu lagi, kami tidak hadir kursus itu secara percuma, kami bayar, jadi tanggung jawab penganjur utk pastikan kelancaran perjalanan program.. tiada pilih kasih..

dan satu lagi, sekiranya anda ikhlas, anda tidak akan berkata sebegini "Ingat la jasa yang penah dicurahkan urusetia FRIM yang pernah menjaga kelas anda dari pagi hingga ke malam." kerana itu mengungkit nama nya bukan ikhlas

 
type='text/javascript'/>