PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Thursday, July 9, 2009

PPSMI dimansuhkan?

So kalau PM Mori pun tak reti cakap bahasa inggeris, apatah lagi pelajar2 sekolah kita.. mau cikgu yang tanda kertas jawapan exam bantai duk gelak sorang2 sampai terguling.. Bak kata shin chan "guling2 macam tenggiling" hahaha..

Tapi kalau tanya kat aku, aku sebenarnya menyokong PPSMI atas sebab2 tertentu.. Apa2 pun setiap benda mesti ada pro and cons, ada baik buruk, ada putih hitam, ada positif negatif, so terpulang pada setipa individu untuk menilai dari sudut yg mana satu..


Salam Takzim,

17 Catatan pengunjung:

apiz hensem (aku yg hensem bukan ko) said...

aku pon sokong PPSMI. Klu tak PPSMI, bile lagi budak2 ni nak cakap BI, nak cakap kat umah?? mak bapak pon tak reti.. jgn jadikan BI itu sesuatu yang susah. jgn salahkan sistem klu tak reti cakap BI, tp salahkan diri sendiri.

as for me, honestly, i'm not great in english, but i try to learn, i try to speak.. aku dah mula merepek

Anonymous said...

Betul tue apiz hensem...
Walau aku tak kenal ko, tp aku pun sokong sangat PPSMI nie..
Aku dulu masuk u yg mana medium dia BI, telah menyebabkan aku mnjadi seseorang yg mampu berkomunikasi BI dgn baik skrang ni...Kalu aku start dari sek. rendah mungkin aku dah bukak montessary skrang ni...
Tp yang pasti fakta telah mengesahkan bahawa idea Tun M tidak boleh diperlekehkan mcm PPSMI ni...sebab tu Tun kecewa ia dimansuhkan...tgk mcm Putrajaya, Jambatan P,Pinang, Proton dan banyak lagi...semua ada impak pada masa skrang...
macam PPSMI...kesannya akan nampak 10-20 akan datang...dok gitu...??

apiz hensem (aku yg hensem bukan ko) said...

betul tu Anonymous... aku pon masuk u yg medium dia BI dan aku rasa BI aku improve since then. Masa SPM pon BI dpt 5 jer. Terima kasih kepada ITM (pada masa tu)

ITM di hatiku

wow.. word verification : plato

Che' Pit said...

salam apiz..

aku pernah ler duk borak dgn pegawai atasan Mardi. dia kata jauh beza lepasan u sekarang dengan dulu.. dulu depa sekolah medium english.. dia kata lepasan u skrg tak pandai english mcm depa. yang tu aku mmg setuju sgt2.. sbb tu aku setuju PPSMI ni.. sbb ada benar nyer..

Che' Pit said...

salam anonymous,

aku pun dulu masuk u medium english.. walaupun tak pandai, tapi kata org alah bisa tegal biasa. contoh masa tu, aku duk umah sewa, 5 org.. aku dgn lagi sorg SPM BI oklah, dpt distinction, lagi 3 org tu mmg dapat 5,6 je dlm SPM.. tapi dah hari2 ngadap buku, dengar lecture dlm english, takde masalah pun depa nak score.. org kita ni sebenarnya takut, takut nak cuba.. tak cuba mana lah nak tahu, tul tak?

kalau org dulu boleh je belajar dlm english n boleh berjaya, nape org sekarang yang lebih maju dan moden tak boleh? manja sgt!!

CM said...

salam young man from young lady..he,he

bagus sungguh..jadi tikus putih budak2..dan cikgu..puas menghafal istilah omputih tukar melayu balik,jgn terperanjat kalau pas ni sains & mate dalam bahasa Jepun..semuanya tak mustahil..haiiit

aduh..ada apiz hensemlah..(alah cute yer..ello adikku..(termengorat lagi nampaknyer..)

how are u young man..speaking english with me..can.,can..i can teach u also..ha,ha.. i`m a good teacher..

Che' Pit said...

salam CM,

hmm tak gak jadi tikus putih sbb sebelum ni, zaman dulu kala, depa guna bahasa inggeris..ayah sy dulu nagaji guna bahasa inggeris.. kita bukan buat benda baru, sbb sejarah membuktikan.. Hmm maafler sbb CM lagi expert tentang sejarah kan, hehe..

Imran Paris said...

Sayang isu ini jelas dipolitikkan. To a certain extend even our education system has been politicized :(

Setuju tak setuju dgn PPSMI is not the real issue....right? More pertinent issue - kita nak tingkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar2 dan rakyat Malaysia. Teaching Maths and Science in English, boleh ke mantapkan penguasaan BI??? Takut yang dikejar tak dapat (BI tak dpt dikuasai) yang dikendong keciciran (Maths dan Science pun lingkup sama)

My two cents

Che' Pit said...

yup imran..

sebenarnya mcm tu lah.. isu ni jelas dipolitikkan.. mmg ler secara logiknye belajar sains dan maths dalam english tak terbukti mampu memantapkan tapi sedikit sebanyak dapat membantu kan, hehe.. apa2 pun keputusan dah dibuat, so terima je lah, ye tak..

apiz hensem (aku yg hensem bukan ko) said...

cikgu mas ni cikgu aper yer?? hihihi

Che' Pit said...

salam piz,

meh aku jawabkan.. CM tu cikgu ajar sejarah..

CM said...

salam

alah pandailah awak pijal...CM bukan cikgu sejarah..nk jawab tapi salah

apiz hemsem..CM tu cikgu memandu and cikgu memasak....

Che' Pit said...

salam CM..

cheq ke yg jawab salah? tapi setahu cheq ler, masa kat sekolah teknik bentong, bukan CM ke yg ajar sejarah.. hmm kesian si Berahim tu, huhu..

CM said...

salam

aduuuh,bertuah betul si apis@pijal ni tau..jgnlah sebut nama sekolah tu,,tetiba terbacalah my ex-student nanti..sakit perut gelak tengok peragai cikgu dia!! sbb cikgu dia kat luar peragai lain,,berblogging peragai lain..kt blog macam peragai pelesu plastik,he,he..manusia 2 alam ni..

Che' Pit said...

salam CM,

hmm nak ngaku tak CM ajar sejarah? hehehe nanti cheq bongkar kan rahsia nanti, hmmm baru tau.. tulah, cheq ni bab2 mcm ni, boleh tahan gak..

Azemi Ali said...

Salam.

Cerita PM Mori tu memang lawak..

Saya bangkang PPSMI.

Allah turunkan Al-Quran dalam bahasa Arab iaitu bahasa Ibunda Nabi bukan bahasa latin (bahasa terhebat pada masa itu). Allah mahu kita berfikir. Bahasa terbaik untuk pembelajaran ialah bahasa ibunda.

Salam ukhwah

Che' Pit said...

Salam Che Mie,

terpulang pada pendapat masing2.. sy hormat dengan pendapat che mie tu..

hmm tapi citer PM Mori tu mmg lawak, cuma tak tahu ler mmg betul atau rekaan semata2, hehe..

terima kasih..

 
type='text/javascript'/>