PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Monday, August 31, 2009

MTCP@Kedah - Rumah Kelahiran Tun Mahathir



Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir.

Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.

hehe nak gak posing tu..


Info mengenai Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad

Waktu Lawatan
Selasa hingga Khamis: 10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat: 10.00 pagi - 12.00 tgh, 3.00 petang - 5.30 petang
Isnin: (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) Tutup

Masuk adalah PERCUMA.

No. 18, Lorong Kilang Ais, Tepi Jalan Pegawai, Seberang Perak,05000 Alor Setar,KEDAH DARUL AMAN.

12 Catatan pengunjung:

afeezz said...

ade gak gambar che pit mengenterprem di situ

Che' Pit said...

hehehe sekrang ni dah sebuk nak enteprame ler..

Kak As. said...

salam kemerdekaan,

terima kasih kerana mmpromosikan Negeri Kedah.

mai lah melawat Rumah Che Det ni. rugi kalau tak mai.
sebak mengingati kepayahn perjuangan Che Det mengangkat bangsa Melayu hingga ketahap la ni.

tapi kalau mai bagi tau Kak As ngn abg Mgt sbb nak jamu laksa beras.

Hanis said...

salam,

emmm tah bilaa laa cheq nak p ke sana ...

Ayah Zain said...

Salam CP,

ermm bila la pulak AZ boleh sampai semula ke Negeri Jelapang Padi ini, ooo Tanah tumpah darah ku pada 1957 di Kem Kepala Batas, Jitra, Kedah Darul Aman.

Kak As, ada ke lagi Kem Kepala Batas tu. Mai habaq kat cheq

cikgu mas said...

wah info sejarah..

dah pi lawatan kena jawab soalan pembelajaran luar bilik darjah...

1- Siapa nama ibu Che Det
2.-Dimanakah Chedet memulakan tugas sbg doktor
3,Namakan klinik pertama Chedet buka,
4- Sebut thn Chedet memulakan tugas sebagai PM

ada lagi 40 soalan tapi jawab 4 dulu...betul semua cikgu belanja lolipop kt koperasi sekolah...

Che' Pit said...

salam Mak As,

sama2.. bukan apa mak as, mmg dua2 tempat tu, tempat menarik utk dilawati.. dua tahun berturut cheq bawa peserta kursus ni lawat kedua2 tempat tu.. insyaAllah tahun depan, kalau cheq jadi koordinator lagi, cheq nak bawa lagi ke utara especially kedah

Che' Pit said...

salam hanis,

ngeh ngeh ngeh.. jgn lupa ajak cheq.. boleh jadi tour guide.. (gerenti sosat)

Che' Pit said...

salam ayah zain,

hmm haah, ayah zain asal kedah kan.. hmm ayah zain pun sebaya dgn mak as dan pak megat.. jgn2 satu sekolah tak dulu, ngeh ngeh ngeh...

Che' Pit said...

salam CM,

hmm byk lagi keje cheq nak buat dari jawab soalan CM tu, tapi cuma nak bgtau jawapan no 4 tu tahun 1981 sbb sama tahun dgn cheq lahir ke dunia ini, uweeeek.. (baru pandai nangis waktu tu)

apiz hensem said...

Kak mas....

soklan 1 : wan tempawan kot...
soklan 2 : hospital alor setar kot
soklan 3 : klinik maha kot
soklan 4 : 1981 kot

wah... word verification mmg kene dengan ku = ensem

Kak As. said...

salam CZ,

la hang lahir dKedah.
Kem tu masih ada, tapi tengah diperbaharui sbb bangunan tu dah expired macam CZ gak . hehehehe.

mai la tengok tempat tumpah darah, boleh mai umah kak as.

 
type='text/javascript'/>