PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Tuesday, September 1, 2009

MTCP@Penang

Setelah selesai lawatan di Kedah, kami terus bertolak ke Pulau Pinang.. Menginap di Cititel, tak jauh dari Chowrasta Market.. Sampai dalam pukul 1.30 petang dan bilik hotel ready pukul 2.30.. so kami pun pergilah makan kat restoran nasi kandar kat depan hotel tu.. Sebelah petang kami berjalan2 sekitar kawasan.. Di Chowrasta Market, kami semua duk borong jeruk, tapi aku beli sikit jer.. tu pun sbb ada kawan kirim.. hmm awek yang jaga kedai tu pun duk galak melayan kami, pastu dah sudah dia bagi sepeket jeruk bercampur2.. terima kasih naa.. murah rezeki, hehe.. cun gak awek tu, haha..

Pasar Chowrasta mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Bahasa Urdu untuk perkataan “Chowrasta” adalah bererti “Empat Jalan Silang”. Pada kurun ke 19, “Chowrasta Lines” dan penjara adalah terletak di sepanjang Jalan Penang. Pasar Chowrasta adalah dilingkungi oleh Lebuh Chowrasta, Lebuh Tamil, Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Penang.

Penang terkenal dgn nasi kandar

Dah borong, perut pun lapar.. kami pun singgah kat Nasi Kandar Yasmeen.. awek yg jual jeruk tu kata kat sini maggi goreng dia mmg layan, so ingat nak try lah, tapi bila order, dia kata lambat sbb ramai customer.. so cancel niat, order murtabak jelah.. Hmm sebelah mlm aktiviti bebas, so kami galakkan mereka berbincang mengenai persembahan untuk majlis penutup..

murtabak dia awat nampak lain mcm jer, huhu.. yg nan n tandoori tu Kak Zue yg punyer, bukan aku yg ngap dua2.. tapi pastu aku gak yg tukang ngabiskan ayam dia tu, haha


14 Catatan pengunjung:

CM said...

salam

patutlah tak nk ikut CM pi makan ayam tandoorinya ,rupanya dia dah kenyang kt penang...

eleh che pit tu entah iyer entah tidak awek tu galak melayan dia..entah2 dia galak layan awek tu nk jeruk free,ngeh,ngeh,ngeh (suka plak CM dengan bunyi gelak tu)

P/s :sampai hati ko tak jawab soalan CM pasal mahatdir,ni CM nak tanya lagi soalan sejarah..sebutkan nama pegawai British yang membuka Penang,jawab jgn tak jawab..

Che' Pit said...

salam CM,

hmm CM ni tahu ke idak membezakan perbezaan masa n waktu.. cheq pi penang bila, CM ajak makan tandoori nya tu bila? ish ish ish, jauh panggang dari apa lah cikgu oi..

hmm lupe nak buh.. masa awek tu bagi jeruk free, dia habaq "nah, buat makan dalam bas".. ngeh ngeh ngeh, dia bagi kat aku tapi pastu aku bagilah kat kak sibah.. hmm tulah kali terkahir aku melihat jeruk tu.. even dlm bas pun tidak kelihatan.. huhu tak merasa aku jeruk awek tu bagi

apiz hensem said...

pegawai british itu, sir francis light...

apiz hensem said...

awat hang tak makan jeruk tu pit, maner le tau awek tu dah mandrem, melepas ko...

Ayah Zain said...

Salam,

wah, mana-mana rumah, CM jadi RB,
Tahniah CM, ckgu memang hebat.

CP, besok Az ada kat KL, kalau nak g supper kat medan idaman bt 6 gombak nak tak? Hanis n CM jom lag p sekali

Che' Pit said...

salam piz,

kan aku kata, aku bagi kat kak sibah dan tu lah kali pertama dn terakhir aku melihat nya.. tanpa dapat di jejak, huhu

insan pendidik said...

Salam,

Chowrasta mengingatkan IP masa belajar kat USM dulu. Budak USM tahulah apa ada kat sana. Pegi Penang tak sah kalau tak makan nasi kandarnya. Jangan lupa juga beli buah pala.

Imran Paris said...

Pijal...betul kata Insan Pendidik, dulu tiap kali balik KL, sedara mara ramai yg kirim jeruk2 tu...rugi kau tak mkn jeruk free yg awek tu bg..ngeh,ngeh,ngeh :D

Anonymous said...

wauuuu bestnyeee...jeruk yg paling hanis suka..jeruk salak.....hang tak bawa balik tuk cheq ke pijal....huhuhu

Che' Pit said...

salam ayah zain,

kat gombak? hmm jauh gak tu.. apa2 nanti sy call ayah ler..

Che' Pit said...

salam Insan Pendidik,

terima kasih sudi dtg..
hmm haah mmg tak sah kalau p penang tak makan nasi kandar..c heq sampai2 je hotel, terus p makan nasi kandar kat depan sikit hotel tu..

Che' Pit said...

salam Imran Paris (hehe full name sbb ada dua IP)

hmm tak pelah, takde rezeki cheq.. tapi cheq ada gak beli utk diri sdiri.. konon2 nak makan dlm bas, tapi tak gak.. last2 hantar balik kg masa balik nak sambut puasa aritu.. hmm yg member kirim tu pun tak ter bagi lagi sbb tak jumpa, huhu

Che' Pit said...

salam hanis,

cheq tak beli jeruk pala sbb tak suka sgt.. (mmg tak suka pun).. beli jeruk salak (pun tak kisah nak makan) last2 hantar balik kg, huhu..

Noor said...

Salam babeh..

wow.. satu malaya dinda berjalan.. oppps naik bas.. sambil menikmati 'panaurama' keindahan m'sia.. boleh jugak mencuci mata..

CM.. kanda rasa aweks tu yang galak meng'kenen' si pijal.. maklumlah.. dia sorang je jejaka tempatan yang berdarah pahlawan.. 'megis'.. ngeh ngeh ngeh.. cheq pun suka gelak gatai nih..

CZ.. aik?? ajak CP, CM & hanis je.. cheq tak mau ajak ke?? cheq dah kira dekat jugak ngan Gombak tu...

 
type='text/javascript'/>