PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Thursday, August 27, 2009

MTCP@Melaka

Jumaat minggu kedua kami membawa mereka ke Bandaraya Warisan Dunia UNESCO, Melaka.. kami bertolak daripada MKM pukul 4 petang dan bermalam di Equatorial Hotel Melaka.. Aktiviti bebas pada malam tu dan kami pegawai pengiring sempat berjalan2 di sekitar Padang Pahlawan.. Sempat juga menemankan Arfizawati untuk memilih hadiah untuk harijadi suami nya minggu hadapan.. sambil berjalan, mata kami duk melilau melihat2 kelibat peserta kami.. ada yg kami jumpa tgh shoping, ada yg tgh makan, ada yg duk jalan2 gak.. takper, diorg semua dah besar, pandai2 lah jaga diri, hehe..

walau dalam gerimis, bersemangat mengambil gambar di Stadhyus

Esok pagi, jadual asal kami ke Bukit St. Paul dan A Farmosa, tapi plan kami terpaksa di ubah kerana hujan lebat pada awal pagi.. tourist guide mencadangkan alternatif. Memandangkan kami sendiri kurang arif, jadi kami pun mengikut sahaja cadangan tourist guide.. Kami dibawa ke beberapa tempat sekitar Bandar Melaka.. Antaranya Stadhuys (walaupun renyai, peserta bersemangat turun untuk mengambil gambar), Eye On Malaysia, Jonker Street dan sekitar Bandar Hilir..

sempat pekena asam pedas Melaka sebelum bertolak balik..

hehe nak interframe gak.. kat Eye On Malysia


Salam Warisan,

10 Catatan pengunjung:

Anonymous said...

Pijalll...awat hang p tunjuk asam pedas tuuu..huhuuh...cheq nie dah brape hari tak jumpa nasi tauuu...huhuhu

Che' Pit said...

laa awat tak jumpa.. nasi hang hilang pi lari mana? hahaha gambar tu lah cheq mms kat CM, nak habaq kempunan cheq nak makan asam pedas (masa tu tak dpt lagi asam pedas dia).. pastu dah ptg baru dia sms tanya cheq ada mms kat dia ka.. dia kata hp dia cap ayam 3 beradik tido sebantal, takdak mms.. hehe.. ala cikgu, hp student dia lagi canggih..

Atikah said...

Salam pijal...

He..he.. dok pakat2 teringin makan asam pedas CM ka?

Che' Pit said...

Salam tikah,
takpa cheq dad merasa dah asam pedas CM.. tak kempunan dah, hehe

Ayah Zain said...

Salam che'pit,

awat sume citer pasal asam pedas ni. terliur la nak makan asam pedas melaka posa2 ni.

Imran Paris said...

La Pijal....awak kerja di INTAN ke??? Saya rindu dgn INTAN...dah lama tak ke sana :(

Terpanggil nak tinggalkan jejak di posting u kali ni, sbb bangga sangat dgn istilah Melaka Bandaraya Bersejarah UNESCO...pheewww, penat tu kami kerja siang malam pagi petang, bertahun2 dekat 9 tahun, baru dpt peristiharan tu dr UNESCO. Harap2 semua warga Malaysia hargailah warisan budaya negara yg kini disenaraikan sebagai BUDAYA DUNIA. Lets be proud of it.

Che' Pit said...

salam PZ,

terima kasih dtg umah sy.. hehe tu sebelum puasa tapi sibuk sikit, baru skrg dapt post entry..

Che' Pit said...

salam imran..

dok eh, cheq bukan kerja kat INTAN tapi kawan cheq ada adik nama intan, hehe. Yup, now we should be proud of melaka.. dah banyak perubahan dan penambah baikan..

Imran Paris said...

Pijal, we shud be proud not only of Melaka...but MALAYSIA. Eh...adik sapa napa Intan...saya perasan gak tp terkonpius....habaq mai kat cheq nooo

Che' Pit said...

hmm Imran..
in generally, yes we should be proud of malaysia.. sy bangga menjadi anak malaysia..
hehe kawan adik sekampung ler nama intan..

 
type='text/javascript'/>