PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Sunday, August 16, 2009

Sukan Antara Agensi KPDNKK 2009

15 Ogos bertempat di Stadium Pancarona Presint 18 Putrajaya, berlangsung karnival sukan antara agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).. Ini merupakan julung kali di adakan kerana sebelum ini hanya 3 agensi yg bernaung di bawah KPDNHEP.. setelah terbubarnya MeCD, agensi yg terlibat dgn gerakan koperasi di letakkan bawah KPDNHEP dan seterusnya bertukar nama kepada KPDNKK.. utk karnival kali ni disertai oleh 7 kontingen iaitu:
  1. KPDNKK (HQ)
  2. Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
  3. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM
  4. Bank Rakyat
  5. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  6. Perbadanan Harta Intelek (MyiPO)
  7. Permodalan Nasional Berhad (PNS)

Acara yg dipertandingkan pula:

  1. Bola sepak
  2. Bola jaring
  3. Futsal Lelaki
  4. Futsal Wanita
  5. Bola Tampar lelaki
  6. Badminton

Aku masuk team bola tampar lelaki. Bukanlah pandai main pun, sekadar pencukup korum, hahaha.. Kontingen kami (MKM) hanya mampu memperoleh 2 gangsa melalui futsal lelaki dan bola sepak, dan tempat keempat bola tampar.. yg lain tidak berjaya mendapat kedudukan kerana setiap acara hanya ada kedudukan no 1 hingga 4 sahaja.. Kalau diikutkan, agensi kami yg paling kecil (PNS kurang pasti kebesaran agensi mereka), jadi tidak hairanlah kalau agensi2 yang lain tu mampu menyediakan pemain yg berbakat dan berdaya saing..

HQ, berjaya menggondol 3 emas, manakala Bank Rakyat 1 emas.. lagi 2 acara tidak ketahuan lak sape pemenang kerana aku balik awal sebelum upacara penutup bermula.. HQ, Bank Rakyat contohnya mmg mempunyai team dalam sukan2 terbabit sedangkan kami, lagi seminggu nak kejohanan, baru nak cari pemain n training sekali dua sahaja.. dahler kami ni tak ramai, haha.. main tangkap muat je lah.. tapi sekurang2 nya kami masih mampu meberikan saingan kepada kontingen2 lain..

team bolasepak jersi merah
team bola jaring bip biru

team bola tampar jersi biru


persediaan perarakan majlis penutup.. dari kanan kontingen Bank Rakyat, KPDNKK, MKM, MyiPO, PNS, SKM, SSM
p/s pingat tak dapat tapi kulit muka dan tangan makin gelap, haha..
Majulah Sukan Untuk Negara,

11 Catatan pengunjung:

S said...

salam Pjal,

bagus senaman ni. masa muda2 kena banyak senaman. badan sihat dan dapat banyak sahabat yg sihat.

nanti bila dah kawin dah tak dan dah nak bersenam.
so, kumpulkan stamina dari sekarang baru fit.

apiz hensem said...

minggu ni jer dia bersenam, pastu.. mesti simpan semula kasut dalam almari.. betul tak pijal?

apiz hensem said...

dalam gambar bola jaring tuh kan, apasal GA biru ngan GD coklat buat jauh dari kawasan D. Camner nak score klu dok jauh camtuh?

Che' Pit said...

salam Mak As,
hmm betul tu, yg penting semangat kesukanan di samping dpt megenali saudara baru kami, di bawah kementerian yang baru ni.. dgr citer tahun depan bank rakyat lak jadi hos.. bila tiba maktab kami nyer turn, sah2 kena sewa luar sbb maktab kami ni mana lah nak ada kemudahan2 mcm tu, huhu..

Che' Pit said...

Hmm apiz,
sorry aku atk simpan dalam almari.. sbb takde alamari rumah bujang aku ni.. hmm pasal GA ke GD ke C ke GS ke CK ker, toksah tanya aku.. yg aku tau serve, setter, spiker..

CM said...

Bertahun-tahun cikgu jadi guru penasihat Kelab Bola Tampar...hmm sekadar nasihat jer..n tiup wisel nak main dah tak larat nk lompat,tapi bolehlah menampar2 lagi...

apiz hensem said...

hahha... aku pon kasut sukan dah simpan bawah katil, nampaknyer setahun sekali lah pakai...

wow kak mas jd guru penasihat.. mesti terer maen bola tampar ni, jom kite try test lawan... hahah

Che' Pit said...

salam CM,
tampar bola boleh jer, tapi kalau nak tampar anak atau anak murid tu, kena hati2.. tampar sebagai pengajaran bukan tampar utk mencederakan.. uiks, ratu buaya bukan melibas ker?

Anonymous said...

pizzz...awat dah dok bawah katil kasut sukan hang tu??? kasut nike ke??? emmm kalau tanak pakai nike tu...mai bg kat cheq...lepas gak cheq pakai p gym...

Che' Pit said...

allo hanis,
kaki si apiz tu besar ler.. kalau nak pakai kasutdia, mau kena buh span atau kertas kat hujung tu, kalau tak mcm kasut McD lak gayannyer..

apiz hensem said...

ntah nyer si hanis ni, macam le kaki kite sesaiz, kaki kak mas mungkin le kot... hahah

wah2.. maner hanis tau kasut i tu nike?

 
type='text/javascript'/>