PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Tuesday, November 24, 2009

Hati; Budak vs Tua 1




Kadang2 terfikir alangkah bagus nya kalau hati kita macam hati budak2..
KENAPA?

Kehendak budak tak boleh tak diikut.. Kata dia, kata dia lah.. Kehendak dia, kemahuan dia, kena diikutkan jugak.. Bersungguh-sungguh dalam usaha untuk memiliki sesuatu.. Tak kena gaya, duk guling-guling atas lantai, hentak2 kaki.. Nangis.. "Nak kete control, nak kete control" Dalam takde takde duit tu, akhirnya akur juga..

Hati budak, hati waja, keras macam batu.. Kalau tak turut kemahuan, bisa bergoncangan ini dunia..

Kan bagus kalau hati kita macam tu.. Bagus? Apa yang bagus nya? Yang bagus nya ialah kita bertegas dalam membina semangat dan keazaman.. Tapi hakikatnya kita ni makin berusia makin lemah.. lemah ke, atau berfikiran rasional? haha fikir2 kan lah yer..

Tanpa usaha mcm ne kita nak dapat hasil nya, yer tak? ibarat makan nasi, ada ke pernah dengar orang suap nasi tapi tak masuk mulut, asyik missed jer.. Exceptional kepada orang yg mempunyai sakit2 tertentulah.. Rata2 takde masalah kan nak suap nasi dlm mulut.. Sebab apa? Sebab kita berusaha, maka berjayalah kita..

Cuma  bila matlamat kita besar, maka besarlah jugak usaha kita kena curahkan..

Maklumlah benda murah dengan benda mahal, tentulah yang mahal tu susah sikit nak dapat, usahanya pun kena lah besar.. Tapi prinsip asas nya sama jer, betul tak? Fikir2 kan lah yer

16 Catatan pengunjung:

S said...

salam pjal,

cakap pasal hati ni rasanya pjal dah jatuh hati ni.

berhati hatilah dengan hati hati.
jaga hati
makan hati
buah hati
busuk hati
kecik hati
keras hati
yang paling takut mati hati sebelum mati.

wallahua'lam.

insan pendidik said...

salam Che'Pit,

CP dah pandai berfalsafah pulak yea. Yela sekarang ni harga barang semua dah naik. Nak dapat yang 'mahal' tu kenalah berpada dengan usahanya. Ada juga peribahasa mengatakan lebih besar periuk besar juga keraknya... fikir2 kan lah yer hehe

SiNoMoSa said...

Salam Pijal..

Bukankah kita dah pernah mempunyai hati seorang kanak2..
Namun tak semua keinginan itu kita akan dapat..
Tp hati kanak2 tak mengerti mengapa keinginannya tak dipenuhi
kerana dia hanyalah seorang kanak2 yang hanya tahukan keseronokkan..

Hati tua? ops mungkin lebih tepat hati seorang dewasa hikhik sebab belum tua lagi..spt yg biasa didengar "dalam tubuh badan manusia ada seketul darah iaitu hati..jika elok hati itu maka elok laa juga perilaku insan itu" wallahualam..

Bagaimana hendak menjaga hati? Dato' Dr Fadzilah Kamsah telah mnyenaraikan petua mencuci hati..
Semoga dgn hati yang bersih, hati kita bleh menjadi hati waja
Semoga keazaman anda kukuh dan jitu untuk mencapai yg dihajati..Tiada kejayaan tanpa usaha..All d best :-)

ummi humaira said...

salam CP...
tak nak tulis apa2 ler.. coz dah nk tido , esok pagi kul 4 dah nk bertolak balik kampong ..
salam eidul adha . maaf zahir batin ..
jagalah hati sendiri dan jgn sakiti hati org lain .. ZZZZzzzzzzz

Che' Pit said...

salam

mak as,
hmm hati ni belum jatuh lagi, ngeh ngeh ngeh..masih melekat kat tangkai nyer..

IP,
sekali sekala, dua kali dua kala saje je nak berfalsafah.. lebih kepada peringatan kepada diri sendiri..

syima,
hmm petua cuci hati ek? hmm minum clorox kot, gerenti suci bersih

kak ummi,
hmm awalnya balik raya.. hmm pesan kat abg drive memolek.. hehe dia dah tgk ker? ada komen apa?

DUN Behrang 2020 said...

Baru jer belikan control car utk hero dua orang tu...kesian la pulak sbb selalu cerita sepupu dorang ada control car...huhuhuhu! Boring2 aku pun leh tumpang sekaki...hihihi!

Mawar_berduri said...

Salam CP : teringat plak kat adik kat kampung...die ble nak sesuatu...bersungguh2 btol ...baru2 ni nak dapatkan game hadiah dr cikgu untuk sape dapat markah tinggi....siang malam baca buku...hihi

Che' Pit said...

salam DUN

ngeh ngeh ngeh, patutler tergerak hati nak bg contoh kete control, rupanya ada org baru beli, haha..

ok gak tu, leh tumpang sekaki.. so bila org tgk, ckp le "anak aku nyer", leh cover malu kan, ahaks

Che' Pit said...

salam Mawar

hmm tulah yg cuba disampaikan.. kalau nak sesuatu kita berusahalah sungguh2..

Asnija said...

Salam Pijal,
Jangan makan hati, jangan ambil hati, jangan kecik hati, jangan jauh hati...lagi apa yek....haaa...tapi buleh je kalau nak jatuh hati...meh...cakap ngan akak ngan sapa dah terjatuh hati nu...sian dia....raya balik mana ni? kesian orang emak bapak jauh ni kan...

Che' Pit said...

salam kak nija,

huhu mana de jatuh hati.. elok lagi ni melekat kat tangkai dia, ngeh ngeh ngeh..

raya balik umah makcik je kat sepang.. malas nak balik kg, so akak2 boleh balik umah mertua masing2..

hajah zainab bt abdullah said...

salam pijal (mama nak panggil pijal gak!),

Hati yang cekal, hati yang keras, terang hati, sakit hati,dsbnyalah yg berkaitan dgn hati...soal hati?? pijal belum jatuh hati? hati2 jika nak terjatuh hati tuh!

Che' Pit said...

salam mama..

hehe boleh je nak panggil pijal..

soal hati? soalnya hati, sukar dimengerti, segala yang terjadi di luar kawalan diri..

hehe pernah jatuh, tapi bangkit balik lah mama..

xiiinam said...

Hmmmmm...sedang berfikir dan menghadzam fikiran....


Terima kaih atas kunjungan...

Che' Pit said...

salam xiiinam,

terima kasih atas kunjungan balas.. selamat berfikir

Atikah said...

Salam Pijal...

Betul kata2 mu itu...
Masa kecil bersungguh-sungguh kita usahakan agar dpt matlamat yg kita inginkan... tapi bila dah meningkat usia... semakin lemah n kurang semangat untuk berusaha... (cheq leee) mungkinkah kerna dah putus asa? entah ler.... :(

 
type='text/javascript'/>