PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Tuesday, November 3, 2009

Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi

Hmm apa yang ada kat sini? ada rumah kelahiran Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia yg ke 2.. Hmm aritu dah g rumah kelahiran Tun Mahathir.. 

Kompleks ni terletak kat Pekan, Pahang.. Tengah dalam renovation kompleks budaya ni.. Tapi sayangnya tidak begitu dijaga dengan baik.. kawasan kampung, banyak le tompokan najis lembu.. baunya, mencucuk2 lubang hidung



ngeh ngeh ngeh mcm biasa, mesti nak interframe..


Info untuk dikongsi bersama
  • Terletak di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
    Kedudukannya 4 km di sebelah barat bandar Pekan. Ia terletak di sebelah kanan jalanraya Pekan-Batu Balek.
  • Rumah yang beralamat Lot 169, Mukim Langgar, Pekan, Pahang ini juga terletak berhampiran dengan Pusat Tenun Sutera yang terkenal di Pahang.
  • Hasil perkongsian hidup Hajah Teh Fatimah binti Haji Daud dengan Dato' Hussien bin Mohd Taib, pada 11hb Mac 1922, di rumah datuknya Haji Daud, maka lahirlah tokoh negara Tun Abdul Razak bin Hussien.
    Rumah yang ada sekarang ini telah dibina semula di tapak asal bagi tujuan perlancongan.
  • Kini rumah ini dijaga oleh sebuah organisasi yang bertanggungjawab di bawah kawalan Lembaga Muzium Negeri Pahang bagi memastikan rumah ini terjaga. Oleh itu, pengunjung bolehlah datang melawat ke rumah tersebut pada waktu pejabat.
  • Di sekitar kawasan rumah ini pula terdapat Galeri Tun Abdul Razak dan Kompleks Kampung Budaya yang mempamerkan pelbagai koleksi Tun Abdul Razak serta barangan kebudayaan.









13 Catatan pengunjung:

afeezz said...

tak pernah smpi lagi tempat ni

Che' Pit said...

x seglamour rumah kelahiran tun mahathir.. lagipun not well manage n maintained..

sinomosa said...

good for reading..
itu siap bw buku nota ke salin info2 tue masa pi sana hehe..bagus2 :-)

Che' Pit said...

hehe x ler.. ada snap pic info.. so refer je lah, haha

Ayah Zain said...

Salam CP,

AZ kat Pekan tu, tak sampai lagi. Setakat Kuantan tu adalah beberapa kali

Che' Pit said...

salam AZ

tupun sbb ada kawan duk sana.. dia yg bawa g sini.. kalau x, mmg x tahu pun..

insan pendidik said...

salam che' pit,

wah dah macam sejarawan lak. bagus tu bagi info berguna. tahi lembu tu mcm 'periuk api' la kat tengah jalan hehe

Unknown said...

amboi kau rata2 rumah kelahiran pembesar negara telah kau terjah , he he he ummi rumah tun Mahadhir pun tak g lagi ,padahal masa tingkatan 5 ummi dok rumah pak sedara ( kuaters kerajaan)belakang kilang ais tu bertentang dapur je .
walau macamana pun apa yg CP paparkan, sebagai info utk ummi susur g melancong lak....

Yunus Badawi said...

Salam kenal.

Saya dah lama tak pergi tempat tu. Kali terakhir masa terlibat membina stesen minyak cap kulit kerang di Peramu Jaya lebih kurang 5-6 tahun lepas.

Asnija said...

Che Pit,
menjejak sejarah pemimpin negara la ...cayalah...

ps: akak dah berjaya letak top commentators tu, mula gagal,tapi cuba lagi esoknya....yeay...akak dah berjaya....

Che' Pit said...

salam

IP, hmm dah besar2 ni suka lak nak g tempat2 mcm ni.. dulu x suka.. lagipun dah alang2 kan..

kak ummi, hmm tulah, org dekat tak hirau, org jauuh gak yg beria dtg, hehe

YB, terima kasih sudi berkunjung.. peramu jaya? huhuhu ada kisah sedih kat situ dulu.. kasih x kesampaian, huhu..

kak nija, tahniah2.. need help? roger2 k..

Yunus Badawi said...

Kalau tak jadi org Peramulah awak ya?

Che' Pit said...

salam YB,

kira2 mcm tu lah dulu.. hampir2 ke sana, ngeh ngeh ngeh..

tapi tak kesampaian..

 
type='text/javascript'/>