SHAH ALAM - Sebanyak 9 daripada 7,000 buah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di seluruh negara dikesan menjalankan skim cepat kaya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak terbabit dipercayai sengaja mewujudkan skim itu dalam bentuk koperasi semata-mata mahu mengaburi orang ramai supaya menjadi ahli.
Menurut beliau, koperasi tersebut juga didapati menawarkan keuntungan tinggi yang tidak munasabah kepada para pelabur sebelum sesuatu perniagaan dimulakan bagi menarik perhatian orang ramai.
"Contohnya sebuah koperasi yang menjalankan projek tanaman serai kononnya para pelaburnya boleh dapat pulangan keuntungan sehingga 5 peratus sebulan atau 40 peratus setahun tetapi sebenarnya tiada projek dilakukan.
Sumber Harian Metro 5/11/2009
Mengulas dari apa yg dilaporkan, semua ni berpunca dari sikap tamak manusia itu sendiri sehingga hilang petimbangan.. Dilaporkan hampir 20,000 orang yang telah menjadi mangsa.. Kan ke satu jumlah yang teramat banyak..
Cuba fikir dengan waras, bagaimana sesebuah organisasi yang bukan bank boleh bagi dividen bulanan yang tinggi.. alangkah institusi perbankan yang kerjanya buat duit pun hanya mampu bagi pulangan yang sedikit, apatah lagi organisasi yang bukan berteraskan kewangan.. Tengok dengan akal sekali, bukan berdasarkan mata sahaja..
Tapi manusia lupa, alpa, leka.. senang terpengaruh dengan janji-janji manis tapi palsu.. Suka nak cari jalan senang.. Akhirnya? memakan diri sendiri
Kepada kawan-kawan yang membaca blog ini, sekiranya ada kemusykilan berkaitan dengan koperasi, boleh lah berhubung dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau dgn kami selaku institusi pendidikan dan latihan untuk gerakan koperasi di Malaysia..
Dan juga sebagai seorang bekas pegawai bank, ingin saya nasihatkan, sekiranya ingin melabur, laburlah dengan selamat.. ASB adalah skim pelaburan yang boleh memberi pulangan yang agak tinggi berbanding produk lain di bank seperti simpanan tetap atau fixed deposit.. juga lebih tinggi daripada mana2 amanah saham yang terbuka kepada semua kaum..
16 Catatan pengunjung:
Salam..
ASB memang menjanjikan pulangan yg tinggi..
Tapikan terdapatnya beberapa pendapat mengenai hukum melabur dalam ASB tue sendiri..
Namun yang terkini, hukumnya menjadi HARUS..wallahua'alam
salam syima,
hmm sy kurang arif mengenai hukum melabur dalam ASB tu.. sy cuma bagi pandangan sebagai seorang bekas banker, ngeh ngeh ngeh..
salam tuan rumah : sy ade melabur dgn ASB, tak kesah lah aper hukumnya asalkan tak jatuh haram. Janji wang kita selamat. Sy pon tak paham, macam mana org ramai kat luar sana boleh percaya benda2 macam ni.. erm...
salam che pit,
walaupun byk berita di dedahkan di dada akhbar setiap hari, tapi ramai pelabur terutamanya org melayu yg masih tertipu, mrk digula-gulakan dgn cerita yg indah2 , ditayangkan dgn kereta2 mewah yg mrk pakai, ditunjukkan slip bank yg entah betul kesahihan nya. Bukan senang nak senang, tapi kalau nk susah mmg senang
mana ada boleh senang-senang mendapat pulangan pelaburan yg begitu tinggi dalam sekelip mata.
yang rugi bangsa kita juga.
salam afeezz..
hmm tulah manusia.. pantang nampak benda2 mcm tu, sibuk le nak, padahal boleh nampak kesangsian kat situ.. tapi duit punya pasal, gelap.. kelabu biji mata..
salam che rezeki,
hmm betul tu.. org kita mmg mcm tu.. angan2 mat jenin.. akhirnya jerat diri sdiri.. nak senang tanpa berusaha..
salam che'pit,
maaf lah orang kite ni memang nak kaya cepat. mudah percaya skim2 macam ni. apatah lagi yg berkonsepkan sistem piramid tu. Tapi tak nak melabur dalam skim amanah pulak. Kesudahannya nanti kuota kita orang lain amik.
Salam CP,
Setitik nila merosakan susu sebelanga. Walaupn 7 daripada 2000 buah itu peratusnya kecil tetapi kesannya - mak datok, siapa terkena - tobat tobat tobat.
psst: boleh bagi tahu ke yang 7 koperasi tu?
salam IP
dah tamak namanya, tu yg jadi mcm tu.. Masa sy jadi banker dulu, pernah org cina ckp mmg bodoh ler melayu yg tak masuk ASB.. sbb takde amanah saham lain yg boleh beat dividen ASB.. hmm ni yg terang2 benda mustahul, itu yg dikejar
salam AZ,
hmm bukan x nak reveal tapi kami pun xde senarai.. tu semua keje SKM, bukan kami.. sy pun x tahu koperasi apa.. huhu.. tapi AZ, bukan 7, 9 lerr..
Salam Dik..
2/3 tahun lepas ada sorang kawan sekolah rendah mai jumpa.. pakai kereta besaq.. tarap2 JLL-7 series sehh.. ajak masuk saham.. sorang bayar 30k dapat pulangan sebulan 10%.. kalu boleh carik 40 ahli bleh dapat keuntungan riban2 & kereta 'mata belalang' sebijik.. akak pun kata kat dia.. 'amacam kalu ko advancekan dulu on behalf aku that 30k?? nanti dah cukup aku kumpul keuntungan tu, ku bayaq balik kat ko..' heh heh.. dia terus 'juih' mulut.. tapi baru2 nie terjumpa kat trafic light.. dia drive kelisa!!.. emm, 7 series hantar servis kot!..
salam kak noor,
ish akak ni, salah org kot.. kan kat traffic light, sekali imbas je nampak.. sy yakin org lain tu, ngeh ngeh ngeh..
tapi kelisa tu dah cukup baik ler dari akak nampak dia duk mengemis tepi jalan ker..
Bank bukan tak boleh bagi dividen lebih tapi mereka nak untung banyak. Kalau cas interest kad kredit sampai 18% setahun.
Tapi tengok Bank Rakyat boleh bagi dividen besar. Cuma sayangnya dah tak ambil ahli baru huhuhu
salam YB
hmm bank rakyat lain dari bank komersial sbb bank rakyat adalah koperasi.. Dia ada dividen kepada anggota nya.. bank komersial hanya bagi faedah atas simpanan..
Terdapat perbezaan di antara prinsip koperasi dan syarikat iaitu koperasi mementingkan kebajikan anggota.. jadi sebagai koperasi, bank rakyat harus bagi dividen yang tinggi kepada anggota.
tapi mmg syg le sbb bank rakyat dah tak boleh buka keanggotaan lagi, huhu.. rugi sy..
salam cik pit!
erm..pernah juga aku dgr koperasi cpt kaya.
ayahnda saya ade juga buka koperasi utk guru2 membuat pinjaman. yang beroperasi di kota bahru.
salam madey
hmm mmg majoriti koperasi di malaysia ni koperasi kredit.. biasa nya pun kalau kita tanya org nape masuk koperasi, diorg akan jwb nak buat pinjaman.. tapi sebenarnya byk lagi perniagaan koperasi jalankan selain pinjam meminjam ni
Post a Comment