PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Monday, November 9, 2009

Teman Tapi Mesra vs Seiring Sejalan


Yang mana satu cik 1206? kanan atau kiri?

Aku punya teman
Teman sepermainan
Di mana ada dia selalu ada aku

Dia amat manis
Dan juga baik hati
Dia slalu ada waktu
Untuk membantuku

Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi kekasihku

Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra


Warung Pak Mydin, Taman Equine jadi tempat pertemuan

Hmm Teman Tapi Mesra, ungkapan kepada persahabatan antara aku dan Cik 1206 @ nana ker? Baru2 ni aku berjumpa dgn dia dan teman baik dia, Halizah @ Lyze.. Kami sama2 belajar di universiti yang sama tetapi berlainan major.. Kami lunch bersama sambil bercerita perkembangan masing2.. Tetapi apa yang aku nak share adalah kisah aku dan si dia yang teman tapi mesra..

Semasa di U.. aku dan Cik 1206 sama2 aktif dalam persatuan dan wakil pelajar.. dari situ terbit kemesraan.. Jujur aku mengaku dia seorang yang happy go lucky.. dia ceria dan menceriakan orang2 di sekeliling.. Tak kering gusi kalau duk dengan dia.. Minuman feveret dia Nescafe Ais Kaw..

Kami memang rapat dan mesra. Di sebabkan kami ni wakil pelajar, so agak rapat dengan pihak pengurusan U.. Yang kelakarnya sampai kan pegawai2 pentadbiran termasuk ustazah, ingat kami ni berpasangan.. Aku pun tahu sebab Pegawai Enrolmen, Cik Norati yang bgtau pasal gosip kami.. Apa lagi nak pecah perut kami gelak bila tahu cerita..

Sebenarnya, aku mengaku menyukai dia lebih dari seorang teman, kerana dia menceriakan ku.. Menggembirakan ku.. tapi masa tu, aku ketepikan semua perasan kerana nak tumpukan pada pelajaran dan sebagai wakil pelajar, aku tak mahu kami dijadikan contoh pelajar yang berpasangan.. bak kata dia, "kita ni leader, future oriented, so lets think ahead" masih terngiang2 kata2 si dia.. tapi aku tahu jauh disudut hati dia, dia mengharapkan ku.. Kita boleh menidakkan kata2 tetapi sukar nak sembunyikan melalui tingkah laku.. Jelas tergambar melalui gerak langkah dan perbuatan si dia.. Tapi Cik 1206, maafkan aku kerana menghampakan mu.. Bukan aku tidak mahu, tapi ada perkara yang menghalang aku.. Biarlah aku simpan sendiri.. Biar ia membuku dalam hatiku..

Maaf kerna membuatmu menunggu begitu lama tetapi akhirnya kecewa.. Alhamdulillah akhirnya kini kau gembira bersama si dia.. Jejaka yang lebih berhak dan layak untuk menggantikan diriku.. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.. Bak lirik lagu Band Samsons, "Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku.."

Akhir kata, lagu kenangan kita bersama.. Lagu yang kita tak pernah miss berduet kalau berkaraoke..

 
Seiring dan sejalan
Seindah bunga di taman
Bak burung nan megah
Kanda kupuja
Bahagia kita berdua

Berlari berkejaran
Lupakan segala duka
Di kota di desa
Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua

Dinda
Kanda
Burung pun turut menyanyi

Tawa
Riang
Dan cinta mula bersemi

La la la la la la la la...

Tiada lagi duka
Pun airmata
Kembalilah sayang
Bersama berjalan
Duka atau pun senang

Aduhai pujaanku
Mimpikah daku
Kan kusimpan dia
Di dalam hatiku
Kasih dan sayangmu

La la la la la la la la...


Cik 1206, sampai sekarang aku masih belum berjumpa dengan seseorang yang mampu menandingimu.. (hmm sebab ni lah kot aku masih bujang? agaknya lah..) Tetapi aku tetap mendoakan kebahagiaan dirimu dan si dia

p/s kepada semua pembaca, sorilah ter blues lak harini, ngeh ngeh ngeh.. dah nama pun Isnin, Monday blues, pakai lak suar n baju biru.. tu yang menjadi2 tu gamaknya

26 Catatan pengunjung:

- jinggo - said...

kalaulah orang dimadsud tu baca......sempurna penghargaan !
itu skill untuk mengorat tu.

sebab amat2 diyakini.
kita senang berurusan dengan orang yang sama nilai dengan kita.
ini mungkin sudah menjadi fitrah dan hukum biologi manusia...

apa lagi.
he.......

Che' Pit said...

cgu jinggo,

dia dah baca dah.. terus dia sms.. dia kata apa tau..

"Hey!! Ape awak buat ni??"

setuju tu, senang dgn org yg sama nilai.. saling memahami dan bertolak ansur..

tapi syg, dah jadi milik org lain skrg.. melepas, huhu.. (padan muka ko CP!)

cikgu mas said...

salam dik

wowww apa erti semua ni???ayat-ayat cinta Che pitt..
..mana adik ku afeez...biar dia sambung lagu ni..

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

Darimu, kutemukan hidupku
Bagiku, kau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

aduhh catatan yg meruntun hati...afeez amik gitar kapok..nyanyi arrr...kita alun untuk che pitt,sian dia dik!!!

syahbandar87 said...

aduhai...kiri ke kanan?hehe..x pela mane2 pun.hmm..jadoh tu dh ditetapkan..sy doakan mdh2an saudara che'pit cpt2 dpt jodoh.bila dh berkeluarga rezki pun akan bertambah lagi kn.insyarallah
:)

Che' Pit said...

salam CM,

hmm ni bukan ayat-ayat cinta lah.. ni ayat2 monday blues.. maklumlah, pakai pun seluar n baju blue..

huwaaa, bila lah nak siap buat silibus ni.. kepala dah takleh jalan..

Noor said...

Salam Dinda..

aduh!.. meleleh ayaq mata kanda membaca hikayat cinta dinda.. tetiba kenangan 15 tahun yang lalu merewang didepan mata.. kanda pun nak nyanyikan satu lagu untuk dinda.. lagu zaman2 kanda..

Bunga Larangan-UG14

Sekuntum bunga larangan
Tidak tercapai tangan
Haruman bunga semalam
Terlerai sudah

Inginku memilikimu
Duri yang bisa menghalangnya
Inginku menyayangimu
Sayangku insan tak punya apa

Aku musafir hina
Kini terluka di taman cinta
Engkau yang aku sayang
Bunga larangan
Sudah suratan takdir Tuhan
Mekarmu sayang di jambangan orang

Terpaksa kau kutinggalkan
Dalam sejarah cinta
Tinggallah bunga tersayang
Dalam kenangan
Engkaulah bunga larangan

sob sob sob.. afezz, tolong lap ayaq mata akak dik.. amboi ko, asik layan kak mas je arr.. menci tau

Che' Pit said...

salam syahbandar,

terima kasih atas doa tu.. mudah2 an lah yer..

ummi humaira said...

salam CP...
mula2 td ingat dah bermula cerita alkisah nya dan akn jd seterusnya mcm 18 thn di N3 ummi hari nie , rupenya alahai ,kecewa lg km nk ke Segamat ...
x per dik , ingat! jodoh pertemuan tu di tangan Allah ..sampai masa nya nanti , dtg le puteri bidadari mu menjelmakan diri ..
akak doakan CP akn dipertemukan dgn insan muslimah yg sentiasa mendamaikan hati mu.. insyaAllah

Che' Pit said...

salam kak noor,

hmm awat mata sy kering kontang, mata akak lak yg meleleh? ooo ni mesti tadi masuk habuk kot kat mata akak tu, ngeh ngeh ngeh..

Che' Pit said...

salam kak ummi,

hmm tulah, sy redha dengan apa yg terjadi..

selepas si dia baca entry ni tadi dia ada sms, dan antara sms nya ialah

"Awak akan jumpa seseorang yg jauh lebih bernilai dari sy.. believe it!!"

hmm mungkin maksud dia pasni sy akan jumpa dgn wanita bernama intan kot.. sbb kalau berlian, rasanya tak pernah jumpa lagi wanita bernama berlian.. atau emas? mana tahu kan? hmm mas mona? mas ayu? mas azrin?

1206 said...

Salam semua...

Ape yang penting...? KEERJASAMA..!

No! (^-^)

Apa yang penting...ikatan persahabatan yang terjalin jangan dilipat dalam helaian sejarah kehidupan..dari persahabatan, terbina perhubungan menjalin keserasian..melalui persahabatan 1001 keletah dan perbuatan dilakar tanpa tapisan..ape2 pun CP, kita masih berkawan...kan kan..kan..?

> psst...lagu UG14 tu mmg tangkap lentok arr....i like!

Che' Pit said...

oppss,

cik 1206 dah bersuara..

hmm ingatkan baju seluar je yg boleh lipat, rupanya sejarah pun boleh.. hmm nak kena tanya cikgu sejarah ni.. Hmm betul ke CM dan IP?

laa kan kita masih dan tetap berkawan.. cuma mesra tu kena tapis ler sbb dah jadi milik org lain, huhu..

hajah zainab bt abdullah said...

salam CP,

janganlah bersedih nak! dah Qada' & Qadar...Insya Allah, akan tibalah waktunya nanti, seorang wanita yang bisa bertahta di hati CP...mama doakan yang terbaik buat CP.

ingat tak bait2 lagu...jangan tunggu lama2...

Che' Pit said...

salam mama,

takper mama, anak mama ni kuat, cekal, tabah, huhu..

terima kasih atas doa mama tu..

jangan tunggu lama-lama
nanti lama-lama
dia diambil orang..

huwaaa sedih lak dgr lagu ni, huhu

cikgu mas said...

salam

alahai bertambah sebak bila baca coretan nana.Sejarah memang boleh dlipat sayang!!!sejarah juga boleh berulang,sejarah juga tercipta antara manusia,sejarah mesti dipelajari dan dijadikan iktibar..

cuaca begitu sejuk hari ni,terbayang CM raut sayu wajah CP tu,CM bukak satu lagu klasik nasional untuk CP lah

Di Mana kan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya



mana afeez ni,tak kuar2 dia,,,ajak nyanyi lagu samson pun dia tak de...kalau cam tu CM nyanyi dgn AZ lah lagu ni...

cik nana!!!,awak yg mana satu,dua2 cantik manis,sejukkk hati cikgu tengok dua bunga tuu..

afeezz said...

salam sahabatku cik pit dan kekandaku mas : sorry kawe lambat hari ni, maklumlah, tenet kat opis macam gamp*ng hari ni, kejap ade, kejap takde. simpati plak tgk kekanda mas nyanyi sorang2. kawe ni tak pandai nyanyi, taku bah plak KL nnt.

Anyway che pit, mungkin beliu bukan jodoh ko. Mungkin Allah dan tentukan jodoh ko dengan orang lain, maybe lebih baek dr cik 1206 (bukan aku kat cik 1206 tak baek). setiap org itu telah ditetapkan jodohnya, walaupon takde jodoh, itu tetap jodoh.

insan pendidik said...

salam che'pit,

alahai kelu IP utk mengatakannya. Membaca entri ini menggambarkan che'pit masih terkesan sejarah silam.
Sebagai guru sejarah, IP rasa simpan je la sejarah itu hehe. Jadikan iktibar. Ade hikmah di sebaliknya itu. che'pit akan lebih matang dan bersedia pabila menghadapi situasi yg hampir sama nanti.

p/s menurut George Santayana
'Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"

(The life reason, volume 1 : 1905)

sonata anak kancil said...

teringat la disatu ketika dulu kepada seseorang yang ingin "mengambil" hati ini...tapi sayangnya hati ini telah ditempah orang lain....

maka berkata la hati ini....orang yang menempah ni jadi ke nak ambik? kalau jadi katakan jadi...kalau tak, orang lain nak ambik...he he he...rupa2nya orang yang menempah tu jadi ambik...alhamdullilah....

Semoga Che Pit kan bertemu dengan intan terpilih!

Che' Pit said...

salam afeezz,

hmm tulah, mungkin betul kata2 ko bahawa beliau mungkin bukan jodoh aku..

Che' Pit said...

salam IP

sy mmg dah lipat n simpan, cuma saja menyingkap kembali lembaran setelah pertemuan baru2 ini.. kami ok, kami boleh terima dengan hati terbuka.. tiada masalah bagi kami..

hehe siapa george santayana tu? tak kenal.. mesti sy lahir dia dah jaadi sejarah ngeh ngeh ngeh..

Che' Pit said...

salam cgu sonata

wa siap ada tempah menempah..
hmm dulu terpikir gak nak tempah tapi takut kalau lama sangat menempah pastu x jadi.. kan merana dua2 pihak.. tak nak lah sampai mcm menganiaya lak, huhu..

Intan terpilih? hmm mudah2 an

rezeki said...

salam che pit,

aduss cm dh nyanyi kat sekolah , noor pun dh nyanyi kat funfare estet

nasib baik abg aji kat mekah aka cl tak nyanyi keh,keh,keh kalau cl nyanyi mesti lagu "kita serupa"

tapi takpa cl, ada hikmah dalam perjalanan hidup che pit ni, Allah mengetahui dan merancang perjalanan hidup seseorg sedemikian rupa bersebab. Insyallah, satu hari nti pasti bertemu cinta yang di cari.

rezeki said...

salam che pit,

yang penting kehidupan mesti diteruskan .

Che' Pit said...

salam che rezeki,

yer kehidupan memang diteruskan.. ni tgh meneruskan kehidupan le ni dgn duk struggle nak siapkan silibus untuk bank koperasi, huhu.. mentang2 sy pernah jadi banker, habis kena campak kat sy..

Atikah said...

Salam Pijal...

Next time bila hati berkata ya... usah ditangguh... usah jadikan komitment as penghalang.... komitment n cinta sbnarnya boleh seiring... bak kata pepatah "di sebalik kejayaan lelaki ada wanita dibelakangnya..."

Semoga hang akan bertemu dengan Intan yang hang anggap bernilai.. ngeh.. ngeh.. ngeh...

Che' Pit said...

salam atikah,

ada ker intan yang tak bernilai? hmmm kompius seketika

 
type='text/javascript'/>