PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Thursday, September 10, 2009

Kisah ketupat dan aku..

Hmm nak citer sikit pasal makanan raya feveret.. menyahut seruan hasil kunjungan ke rumah DUNBehrang..

Masa kecik2, mak cuma buat nasi himpit jer.. ingat lagi mlm menjelang raya tu, lepas masak nasi, mak akan bubuh dalam plastik pastu himpit kan dgn batu giling besar.. Esok nya, tadaaa, jadilah nasi himpit.. sedap, walaupun tak seasli ketupat..


Kenapa tak buat ketupat? alkisahnya dalam famili aku, hanya aku sorg je yg reti menganyam ketupat.. tupun 2 tahun belajar.. sbb masa darjah 5, kat sekolah nak buat jamuan raya, so cikgu2 duk ajar kami semua mcm ner nak buat ketupat.. ingat lagi masa tu Cikgu Kamaludin, Cikgu Zuraidah dan Pakcik At (tukang kebun) yg duk ajar kami semua.. tapi masa tu aku reti buat yg tapak dia jer..


Takper, tahun depan nya masa aku darjah 6, bersambung kembali pelajarannya dan kali ni siap tuisyen dgn pakcik n makcik yg duk belakang rumah aku ni.. hasilnya, aku berjaya buat.. tapi ketupat jantung je lah, ngeh ngeh ngeh.. Tapi kalau nak harapkan aku sorg nak buat ketupat, mahu tak raya famili aku, so nak permudahkan keje, skrg kami guna ketupat segera jer, hehe.. cepat dan mudah..





Wednesday, September 9, 2009

Blogger Tag by Afeezz

Hmm ni nak menjawab Tag dari Afeezz.. lama gak rasanya kena tag, tapi ni baru nak jawab..

1. Kekasih saya adalah :Hmm sejujurnya baru putus pada 29 Julai lepas setelah 2 tahun 2 bulan.. Hmm tapi bak kata Mak As, frust 2 minggu jer, ngeh ngeh ngeh..

2. Saya sedang mendengar :Dengar lagu raya pasang kat pc opis ni..

3. Saya patut :Masuk bengkel penulisan jurnal.. hmm jap g lah baru masuk

4. Saya suka :Hmm menyakat org.. Ye ke?

5. Sahabat-sahabat baik saya :Kachung (u), cupin dgn ROY (rhb).. semua nama glemer tu.. teman tapi mesra cik nana @ 1206

6. Saya tak faham :Kenapa ada org hanya nak org faham dia tapi dia tak nak faham org lain!!

7. Saya kehilangan :Byk benda hilang.. tapi malas nak kenang

8. Ramai yang berkata :Aku makin berisi.. hmm tapi masa buka ramai2 sabtu lepas, ada junior kata kenapa aku makin kurus? Hmm kompius!!

9. Makna nama saya :Hafizal - Penghafaz / Pengawal

10. Cinta itu adalah :Ayat2 cinta aka the verses of love

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :Melepak di tepi tasik biru berseorangan..

12. Saya akan cuba :Ingat nak buat Master part time sebelum tiba turn aku utk di sponsor sambung belajar (boleh terus proceed PhD nanti)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :Selagi hayat dikandung badan

14. Saya paling meluat apabila :Orang tak faham2 yg kita ni tak suka dia..

15. Pesta / Parti adalah :Malam pesta muda mudi (hmm lagu apa tah tu, luper lak)

16. Haiwan yang paling comel yang pernah anda temui adalah :Pikachu dalam kartun Pokemen

17. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :Dah pencen, duk rehat.. yuhuuu..

18. Hari ini :Hari Rabu, petang ni ada kelas tutorial diploma.. tak prepare lagi soalan nak bagi kat depa..

19. Malam ini saya akan :Malam ini kasih, teringat daku padamu... ngeh ngeh ngeh, teringat lak lagu tu.. insyaAllah akan ke terawih mlm ni..

20. Esok pula saya akan :Bangun sahur pastu g keje ler...

21. Saya betul-betul inginkan :Teman hidup..

22. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini :Rasanya umur dah tinggi gak tapi awat muka mcm budak2 lagi?

23. Pusat membeli-belah atau arked permainan :Ngeh3, Jusco di hatiku..

24. Makanan barat atau Jepun :Barat rasanya..

25. Bilik yang terang atau gelap :Kdg2 gelap, kdg2 terang, kdg2 tgh2.. tak kisah pun..

26. Bestfriend ever :Rasanya kat atas tadi dah tanya dah.. hmm oo tu bahasa melayu, ni bahasa omputeh lak yer..

27. saya nak tag :Hmm tak nak tag org tapi Cikgu Mas, Hanis n Madey, jgn buat2 lupa korg pun dah kena tagged dgn si afeezz ni.. buat2 luper lak.. Kak Noor takde lak umah nak di tag kan..


Salam Tag

Tuesday, September 8, 2009

Zakat Fitrah - Sudahkah anda???

sudah kah anda???

‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ

Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka sama ada lelaki mahu pun wanita, anak kecil mahu pun dewasa dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).

[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1503 (Kitab al-Zakat, Bab kewajipan sedekah fitrah)]


Monday, September 7, 2009

RON 95 - Petronas Primax 95

Sedikit info mengenai RON95 - berikutan kenaikan harga RON97, ramai yang tertanya mengenai kesesuaian enjin kereta mereka dengan RON95..

Petikan ucapan dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semasa pelancaran PRIMAX95 di PSS Precint 9D

(Utusan Malaysia bertarikh 13 Mei 2009)
● Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

RON95 (RM1.75 seliter) akan menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas 1 Sep 2009.

● Spesifikasi minimum bagi kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini adalah RON91.

● Penggunaan petrol RON97 yang besar selama ini adalah satu bentuk pembaziran kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah menggunakan RON yang lebih rendah.
Soalan-soalan lazim berkaitan RON95

1) Apa itu RON?
RON adalah singkatan untuk “Research Octane Number”. RON adalah kadar untuk menyukat ketahanan terhadap ‘ketukan’ (knocking) sesuatu minyak petrol di dalam enjin.

2) Apa itu RON95?
RON95 adalah minyak petrol yang mempunyai nilai RON minima 95.

3) Apakah petrol yang dijual di Malaysia pada masa kini?
Petrol yang dijual di Malaysia pada masa kini adalah petrol RON97 dan RON92.

4) Apakah jenis-jenis kenderaan yang boleh menggunakan petrol RON95?
Semua jenis kenderaan petrol boleh menggunakan petrol RON95 jika keperluan RON kenderaan tersebut adalah 95 atau kurang, atau OEM kenderaan membenarkan penggunaan petrol RON95 untuk kenderaan tersebut.

5) Sebelum ini saya adalah pengguna petrol RON92/97, adakah pertukaran kepada RON95 tidak akan merosakkan enjin kenderaan saya?
Jika kenderaan anda boleh menggunakan minyak petrol RON95, penggunaan RON92/97 sebelumnya tidak akan merosakkan enjin kenderaan anda.
6) Adakah saya perlu untuk mengosongkan tangki minyak kereta saya sebelum mengisi petrol RON95?
Tidak perlu. Minyak RON95 boleh dicampur dan digunakan dengan minyak RON92 dan/atau RON97 dengan seadanya.

7) Apakah kesan jika berlaku percampuran RON95 dengan RON97 atau RON92 ke atas prestasi enjin kenderaan?
Percampuran RON95 dengan RON97 akan meningkatkan nilai RON minyak tersebut menjadi antara 95 hingga 97 bergantung kepada kuantiti percampuran. Begitu jugak sebaliknya jika percampuran RON95 dengan RON92 akan menurukan nilai RON minyak petrol tersebut ke antara 92 hingga 95.
Menggunakan minyak petrol yang mempunyai nilai RON yang lebih tinggi dari rekabentuk dan keperluan sesuatu enjin tidak akan memberi peningkatan dalam prestasi enjin tersebut. Manakala, penggunaan minyak petrol yang mempunyai nilai RON yang lebih rendah dari rekabentuk dan keperluan sesuatu enjin boleh menyebabkan “ketukan” enjin (engine knocking) berlaku.

8) Apakah kesan penggunaan RON95 kepada alam sekitar?
RON 95 adalah gred minyak petrol yang paling efisien dari segi penggunaan tenaga dalam pembuatan untuk kegunaan di Malaysia. Dengan penggunaan tenaga yang efisien, kesan negatif terhapat alam sekitar dapat dikurangkan..



Salam Mesra Alam

Sunday, September 6, 2009

MTCP@Penang - KUKAM

KUKAM atau Koperasi Usahawan Kampung terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Namanya tidaklah segah nama koperasi2 besar yg lain tapi yang uniknya ialah mereka menjalankan aktiviti yg agak lain berbanding kebiasaannya.. iaitu mengasilkan produk kertas daripada batang pisang..

kami diterangkan cara2 mereka menghasilkan produk tersebut.. Hmm satu pengetahuan baru buat kami.. sebelum ini mmg pernah jumpa produk2 yg dihasilkan daripada batang pisang ni tapi tak pernah sangka dihasilkan dari batang pisang..

mesin yang digunakan serta batang pisang yg telah dimasak.. hmm kuat bau nyer menusuk hidung


peringkat awal proses serta hasil kertas dgn warna asal

antara hasil kraftangan daripada kertas batang pisang


sessi bergambar kenangan dengan pengusaha koperasi


Saturday, September 5, 2009

Gambar mikroskopik tentang badan kita

Embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)

Hujung rambut yang pecah

Salur darah dalam saraf optik

Sel darah merah

Sel kanser paru-paru

Telur/Ovum dengan sel korona

Vilus pada usus kecil



Menakjubkan, Subhanallah..

Gambar mikroskopik tentang badan kita. Tak boleh dilihat dengan mata kasar!
Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.


Friday, September 4, 2009

KFC tricks

Hmm pernah makan tak menu terbaru KFC? Shrimp Stix ataupun Jejari Udang.. Nampak macam sedap je kat dalam tv.. tetapi pernah tak tgk poster dia?
Besarnya Shrimp Stix tu.. lagi besar dari ayam.. mesti sedap kan?

Tapi yang sebenarnya, kecik jer.. Jauh beza nya kan? Indah poster dari rupa.. Misleading information

Salam Pagi Jumaat



Thursday, September 3, 2009

OBESITI.. bukan manusia sahaja






Hmm lihatlah gambar2 di atas.. hehehe haiwan pun ada yg mengalami masalah obesiti rupanyer..

Salam Sihat,

Wednesday, September 2, 2009

Di mana ADAB?

Menunaikan ibadah satu kewajipan, Alhamdulillah.. TETAPI biarlah beradab dan menghormati.. Cuba lihat pada lelaki yg memakai t-shirt hitam itu.. Mungkin anda tidak jelas apa tulisan di belakang t-shirt itu.. Tulisan tu berbunyi begini BORN TO.. ROCK DRINK AND FUCK.. MasyaAllah, mmg tidak patut dia memakai t-shirt sebegitu.. Apatah lagi untuk masuk ke masjid dan bawa sembahyang.. Ingat konsert rock ke apa tu!.. Tidak pasti sama ada dia sedar atau tidak yg dia memakai t-shirt sebegitu atau pun dia "terlalu pandai" untuk memahami maksud tulisan tersebut.. Moga jadi iktibar pada kita semua.. InsyaAllah



Salam Iktibar,

Tuesday, September 1, 2009

MTCP@Penang

Setelah selesai lawatan di Kedah, kami terus bertolak ke Pulau Pinang.. Menginap di Cititel, tak jauh dari Chowrasta Market.. Sampai dalam pukul 1.30 petang dan bilik hotel ready pukul 2.30.. so kami pun pergilah makan kat restoran nasi kandar kat depan hotel tu.. Sebelah petang kami berjalan2 sekitar kawasan.. Di Chowrasta Market, kami semua duk borong jeruk, tapi aku beli sikit jer.. tu pun sbb ada kawan kirim.. hmm awek yang jaga kedai tu pun duk galak melayan kami, pastu dah sudah dia bagi sepeket jeruk bercampur2.. terima kasih naa.. murah rezeki, hehe.. cun gak awek tu, haha..

Pasar Chowrasta mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Bahasa Urdu untuk perkataan “Chowrasta” adalah bererti “Empat Jalan Silang”. Pada kurun ke 19, “Chowrasta Lines” dan penjara adalah terletak di sepanjang Jalan Penang. Pasar Chowrasta adalah dilingkungi oleh Lebuh Chowrasta, Lebuh Tamil, Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Penang.

Penang terkenal dgn nasi kandar

Dah borong, perut pun lapar.. kami pun singgah kat Nasi Kandar Yasmeen.. awek yg jual jeruk tu kata kat sini maggi goreng dia mmg layan, so ingat nak try lah, tapi bila order, dia kata lambat sbb ramai customer.. so cancel niat, order murtabak jelah.. Hmm sebelah mlm aktiviti bebas, so kami galakkan mereka berbincang mengenai persembahan untuk majlis penutup..

murtabak dia awat nampak lain mcm jer, huhu.. yg nan n tandoori tu Kak Zue yg punyer, bukan aku yg ngap dua2.. tapi pastu aku gak yg tukang ngabiskan ayam dia tu, haha


Monday, August 31, 2009

MTCP@Kedah - Rumah Kelahiran Tun Mahathir



Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir.

Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.

hehe nak gak posing tu..


Info mengenai Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad

Waktu Lawatan
Selasa hingga Khamis: 10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat: 10.00 pagi - 12.00 tgh, 3.00 petang - 5.30 petang
Isnin: (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) Tutup

Masuk adalah PERCUMA.

No. 18, Lorong Kilang Ais, Tepi Jalan Pegawai, Seberang Perak,05000 Alor Setar,KEDAH DARUL AMAN.

Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Merdeka ke 52


MEREDAH SASA BUMI MELAKA,
AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN;
INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,
TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.

BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.

AWAN TENANG BERSERI HIASAN,
KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA;
PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN,
MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA.

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

REMAJA KINI MENJULANG NUSA,
BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.

CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,
GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Sumber: joharshuib





Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 52 kepada semua

Salam Kemerdekaan,
 
type='text/javascript'/>