hmm alamak, esok kena pakai baju melayu ker? baju tak gosok lagi.. malasnyer..

Bukan salah si tempurung andai sang katak masih terkurung..
Oleh kerana buluh yang digunakan tumbuh secara semulajadi, ia tidak mempunyai kekuatan yang sekata. Dengan itu tidak terdapat jaminan buluh yang digunakan mampu bertahan dengan letupan yang terhasil, maka ia mampu pecah meletup. Ini menjadikan ia tidak dapat dijangka. Letupan inilah yang merbahaya kerana buluh akan berderai akan terpercik seperti lidi dan selumbar. Itu tak termasuk bahanapi yang mungkin akan terpercik dan menyebabkan kelecuran dan kecacatan kekal pada muka dan anggota badan akibat letupan tadi
Sesetengah orang akan membalut meriam buluh tadi ketat-ketat dengan tiub basikal. Ini dilakukan pada tiga atau empat tempat penting. Antaranya adalah di bahagian muncung, tengah dan pangkal. Selain itu, untuk mengukuhkan lagi balutan itu, buluh itu akan di ikat pula dengan beberapa kali lilitan dawai kasar.
Kesannya, apabila buluh mulai lemah, ia akan remuk sendiri akibat dari kesan menjerut tiub basikal itu sebelum ia sempat meletup. Sekiranya ia meletup sekali pun, kebiasaannya buluh akan meremuk terus kerana jerutan tiub basikal tadi. Dawai itu pula akan menghalang tiub basikal dari meregang banyak sangat dan menghembur serpihan orang sekeliling.
Bagaimanapun ini tidak mengurangkan bahaya melecur terkena api lampu kabaid
p/s teringat masa raya dulu2.. aku pernah gak main meriam buluh ni dulu.. tapi alhamdulillah sbb sampai skrg masih cukup sifat aku, ngeh ngeh ngeh..
pakat2 makan nasi kandar.. hmm kuih mahal giler.. 6 keping RM5
Jadi, begitulah kisahnya, semalam aku berbuka di Mid Valley dgn kawan aku tu.. pas buka sempat jalan2 kat Jusco dan hasilnya aku terbeli 1 helai kemeja dan 1 helai t-shirt untuk raya, ngeh ngeh ngeh.. oklah, time sales ni mampu ler nak beli.. kalau tak, hanya mampu melihat dan menelan air liur..
beginilah rupanya burasak yg siap sedia utk dimakan..
Cara membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu)
Cara mengikat:
Burasak disusun bersama dalam 4,5 keping.. Kemudian diikat dgn tali rafia, kemudian barulah direbus selama 1-3 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar dgn kayu api yang marak)
Kalau beraya ke rumah org bugis yg betul2 pure , diorang akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang2 dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa dia pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak..
Famili aku tak pernah pun buat burasak, tapi masa kecik2 dulu kalau balik beraya di kg emak, mmg akan ada burasak ni kat rumah pakcik, makcik aku.. tapi mcm yg dikata kat atas, rasanya mungkin pelik bagi org yg baru nak rasa, sedangkan aku sdiri pun berasa begitu sebenarnya.. sbb itu aku kurang menggemari burasak.. kalau tak silap aku, kali terakhir makan ni masa raya tahun 1993.. raya terakhir di kg emak sebelum arwak atuk meninggal..
1. Kekasih saya adalah :Hmm sejujurnya baru putus pada 29 Julai lepas setelah 2 tahun 2 bulan.. Hmm tapi bak kata Mak As, frust 2 minggu jer, ngeh ngeh ngeh..
2. Saya sedang mendengar :Dengar lagu raya pasang kat pc opis ni..
3. Saya patut :Masuk bengkel penulisan jurnal.. hmm jap g lah baru masuk
4. Saya suka :Hmm menyakat org.. Ye ke?
5. Sahabat-sahabat baik saya :Kachung (u), cupin dgn ROY (rhb).. semua nama glemer tu.. teman tapi mesra cik nana @ 1206
6. Saya tak faham :Kenapa ada org hanya nak org faham dia tapi dia tak nak faham org lain!!
7. Saya kehilangan :Byk benda hilang.. tapi malas nak kenang
8. Ramai yang berkata :Aku makin berisi.. hmm tapi masa buka ramai2 sabtu lepas, ada junior kata kenapa aku makin kurus? Hmm kompius!!
9. Makna nama saya :Hafizal - Penghafaz / Pengawal
10. Cinta itu adalah :Ayat2 cinta aka the verses of love
11. Di suatu tempat, seseorang sedang :Melepak di tepi tasik biru berseorangan..
12. Saya akan cuba :Ingat nak buat Master part time sebelum tiba turn aku utk di sponsor sambung belajar (boleh terus proceed PhD nanti)
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :Selagi hayat dikandung badan
14. Saya paling meluat apabila :Orang tak faham2 yg kita ni tak suka dia..
15. Pesta / Parti adalah :Malam pesta muda mudi (hmm lagu apa tah tu, luper lak)
16. Haiwan yang paling comel yang pernah anda temui adalah :Pikachu dalam kartun Pokemen
17. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :Dah pencen, duk rehat.. yuhuuu..
18. Hari ini :Hari Rabu, petang ni ada kelas tutorial diploma.. tak prepare lagi soalan nak bagi kat depa..
19. Malam ini saya akan :Malam ini kasih, teringat daku padamu... ngeh ngeh ngeh, teringat lak lagu tu.. insyaAllah akan ke terawih mlm ni..
20. Esok pula saya akan :Bangun sahur pastu g keje ler...
21. Saya betul-betul inginkan :Teman hidup..
22. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini :Rasanya umur dah tinggi gak tapi awat muka mcm budak2 lagi?
23. Pusat membeli-belah atau arked permainan :Ngeh3, Jusco di hatiku..
24. Makanan barat atau Jepun :Barat rasanya..
25. Bilik yang terang atau gelap :Kdg2 gelap, kdg2 terang, kdg2 tgh2.. tak kisah pun..
26. Bestfriend ever :Rasanya kat atas tadi dah tanya dah.. hmm oo tu bahasa melayu, ni bahasa omputeh lak yer..
27. saya nak tag :Hmm tak nak tag org tapi Cikgu Mas, Hanis n Madey, jgn buat2 lupa korg pun dah kena tagged dgn si afeezz ni.. buat2 luper lak.. Kak Noor takde lak umah nak di tag kan..
kami diterangkan cara2 mereka menghasilkan produk tersebut.. Hmm satu pengetahuan baru buat kami.. sebelum ini mmg pernah jumpa produk2 yg dihasilkan daripada batang pisang ni tapi tak pernah sangka dihasilkan dari batang pisang..
peringkat awal proses serta hasil kertas dgn warna asal
antara hasil kraftangan daripada kertas batang pisang
Copyright © 2009 Tempurung Kaca (dah pindah ke Ceritera Che' Pit.. ngeh ngeh ngeh).
Powered by Blogger and Hybrid. Bloggerized by Free Blogger Templates.