PENGUMUMAN

CP telah berpindah ke blog baru iaitu CERITERA CHE' PIT.. NGEH NGEH NGEH..
http://che-pit.blogspot.com
Kepada semua pengunjung budiman, anda dipersilakan untuk ke blog baru CP.. Tiada lagi entry akan di post dalam TEMPURUNG KACA ini..
Terima kasih..

Pengikut Yang Dihargai

Thursday, August 27, 2009

MTCP@Melaka

Jumaat minggu kedua kami membawa mereka ke Bandaraya Warisan Dunia UNESCO, Melaka.. kami bertolak daripada MKM pukul 4 petang dan bermalam di Equatorial Hotel Melaka.. Aktiviti bebas pada malam tu dan kami pegawai pengiring sempat berjalan2 di sekitar Padang Pahlawan.. Sempat juga menemankan Arfizawati untuk memilih hadiah untuk harijadi suami nya minggu hadapan.. sambil berjalan, mata kami duk melilau melihat2 kelibat peserta kami.. ada yg kami jumpa tgh shoping, ada yg tgh makan, ada yg duk jalan2 gak.. takper, diorg semua dah besar, pandai2 lah jaga diri, hehe..

walau dalam gerimis, bersemangat mengambil gambar di Stadhyus

Esok pagi, jadual asal kami ke Bukit St. Paul dan A Farmosa, tapi plan kami terpaksa di ubah kerana hujan lebat pada awal pagi.. tourist guide mencadangkan alternatif. Memandangkan kami sendiri kurang arif, jadi kami pun mengikut sahaja cadangan tourist guide.. Kami dibawa ke beberapa tempat sekitar Bandar Melaka.. Antaranya Stadhuys (walaupun renyai, peserta bersemangat turun untuk mengambil gambar), Eye On Malaysia, Jonker Street dan sekitar Bandar Hilir..

sempat pekena asam pedas Melaka sebelum bertolak balik..

hehe nak interframe gak.. kat Eye On Malysia


Salam Warisan,

Wednesday, August 26, 2009

MTCP@Sightseeing KL

Hmm sabtu minggu pertama, kami membawa mereka untuk sightseeing Kuala Lumpur.. Antara tempat yg di bawa adalah Istana Negara, Masjid Negara, Butik Coklat dan Butik Batik, dan kemudian ke KLCC.. Mereka dilepaskan untuk berjalan2 di dalam KLCC sebelum berkumpul kembali pukul 2.45 pm untuk ke Skybridge KLCC tingkat 42.. hmm leceh gak nak jaga orang dewasa ni, hehe..

berlatar belakang kan KLCC

Istana Negara

Berkumpul kembali untuk naik ke Skybridge KLCC

Tuesday, August 25, 2009

MTCP@Kembali Lagi

Malaysian Technical Corporation Programme @ MTCP 2009 kembali lagi.. bermula 20 Julai hingga 14 Ogos 2009.. Kali ini dgn 2 kursus yang ditawarkan iaitu:

INT 501 Certificate In Corporative Management (handle oleh pusat aku iaitu Corporative Administration, Law and Leadership Centre) dan

INT 503 Certificate In Corporative Human Resource Management (handle oleh Business Management and Entrepreneurship Centre)

pertama kali menjejakkan kaki ke MKM.. menunggu majlis perasmian


Seramai 27 orang peserta kesemuanya untuk kedua2 kursus yg datang nya daripada 14 negara berikut..


  1. Malaysia (1)
  2. China (2)
  3. India (3)
  4. Sri Lanka (4)
  5. Indonesia (3)
  6. Vietnam (2)
  7. Vanuatu (1)
  8. Morocco (2)
  9. Tanzania (3)
  10. Uganda (1)
  11. Mauritius (1)
  12. Nepal (2)
  13. Thailand (1)
  14. Iran (1)

Sebagai salah seorang koordinator, mmg penat kerana banyak persiapan harus dilakukan utk memastikan program ini berjalan lancar selama 4 minggu.. Tambahan lagi nak melayan karenah2 mereka.. boleh pening kepala dibuatnyer.. hehehe..

Salam Perpaduan,

1 Ramadhan di Kampung

Hmm ni yang aku maleh ni.. dah elok2 aku post entry, siap dah Kak Noor komen pasal 1 Ramadhan di Kampung, pastu entah mcm mana leh terdelete lak, huhu.. Penat ler aku duk mengomel pasal bersahur, berbuka dan berterawih di kampung.. nak tulis balik, malas lak rasa, pastu kang mesti lari dari citer asal nyer, huhu.. hmm biarlah.. sakit jiwa lak rasa, haha.. so sorilah pada yg tak sempat nak baca (kalau ada yg sudi nak baca lah, huhu).. kesimpulannya, 1 Ramadhan kali ini agak bermakna kerana dapat menyambut bersama keluarga tersayang.. yg best dapat berbuka ramai2 satu keluarga..

Salam Ramadhan,

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




Selamat Menyambut Kedatangan 1 Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa dan memberi seribu erti kepada kita semua.. Amin..

Tuesday, August 18, 2009

Aku cuti part 2..

Tengah hari tadi aku g ke Pertama Kompleks, nak potong n jahit 2 helai seluar jeans yang aku baru beli 2 minggu lepas kat Alamanda (stok utk raya daaa).. sementara nak tunggu siap, g lah jalan2 ke Sogo.. tapi sales kali ni kurang menarik.. tapi last2 aku tertarik kat baju kemeja @ baju kerja yg diskaun 70%.. hmm berbaloi gak harga dgn kualiti dan jenama.. lagi satu sbb kemeja ni jenis yg kena pakai cuffling.. sebelum ni aku tak pernah pun beli baju yg kena guna cuffling tu, so agak teruja nak memiliki nya.. 2 helai baju tu hanya RM58 sahaja.. kalau takde sales, mahu beratus, huhu..

2 helai seluar jeans yg telah siap dipotong dan 2 helai baju kemeja cuffling

balik dari Pertama kompleks aku singgah kat pasaraya 99 speedmart yang baru buka tak jauh dari rumah aku.. beli bekalan air kotak untuk se karton terus, hehe.. dgn bebola ayam.. mana tau, mlm2 kalau lapar leh goreng..


memandangkan dah nak kul 6 masa tu, maka aku pun terus singgah ke pasar malam.. pusing2, beli nasi ayam berlada dgn kuih putu piring.. sedap kuih tu..


Duit Melayang...

Monday, August 17, 2009

Aku cuti..

Hari ni aku cuti.. saja je bercuti sbb penat.. baru je jumaat lepas, penutup program MTCP.. 4 minggu menjaga international student ni, penat gak.. lagipun minggu ni student diploma ku tgh bercuti semester, so tak perlu nak prepare mengajar kelas diploma.. ingat nak membasuh baju pagi ni tapi lepas subuh tadi tido balik, terlajak lak tido, haha.. kul 11.30 pagi rasa lapar, g The Mines makan kat food court.. nasi goreng perancis katanya, tapi tak tahulah tang mana datang dari perancis, haha..
Pastu g Guardian kat Jusco Cheras Selatan nak beli barang2 keperluan sikit.. Akhirnya, aku terbeli barang2 kat gambar bawah tu termasuk ler A.B.C hehe.. A.B.C tu beli kat simpang nak masuk umah aku, bukan kat Guardian k.. Nampak mcm kurang berseri A.B.C tu tapi rasanya, hmm mmg sama mcm rupanya.. tu lah kali pertama n terakhir aku beli kat situ, huhu..


Shokubutsu, Lifebuoy, Selson Blue, Kinohimitsu, Rexona n A.B.C


p/s nak g jalan2, takde geng lak.. member yg janji nak g jalan sama2 lak dah berjalan meninggalkan aku weekend yg lepas.. so duk umah je lah, huhu..


Nak Berehat,


Sunday, August 16, 2009

Sukan Antara Agensi KPDNKK 2009

15 Ogos bertempat di Stadium Pancarona Presint 18 Putrajaya, berlangsung karnival sukan antara agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).. Ini merupakan julung kali di adakan kerana sebelum ini hanya 3 agensi yg bernaung di bawah KPDNHEP.. setelah terbubarnya MeCD, agensi yg terlibat dgn gerakan koperasi di letakkan bawah KPDNHEP dan seterusnya bertukar nama kepada KPDNKK.. utk karnival kali ni disertai oleh 7 kontingen iaitu:
  1. KPDNKK (HQ)
  2. Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
  3. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM
  4. Bank Rakyat
  5. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  6. Perbadanan Harta Intelek (MyiPO)
  7. Permodalan Nasional Berhad (PNS)

Acara yg dipertandingkan pula:

  1. Bola sepak
  2. Bola jaring
  3. Futsal Lelaki
  4. Futsal Wanita
  5. Bola Tampar lelaki
  6. Badminton

Aku masuk team bola tampar lelaki. Bukanlah pandai main pun, sekadar pencukup korum, hahaha.. Kontingen kami (MKM) hanya mampu memperoleh 2 gangsa melalui futsal lelaki dan bola sepak, dan tempat keempat bola tampar.. yg lain tidak berjaya mendapat kedudukan kerana setiap acara hanya ada kedudukan no 1 hingga 4 sahaja.. Kalau diikutkan, agensi kami yg paling kecil (PNS kurang pasti kebesaran agensi mereka), jadi tidak hairanlah kalau agensi2 yang lain tu mampu menyediakan pemain yg berbakat dan berdaya saing..

HQ, berjaya menggondol 3 emas, manakala Bank Rakyat 1 emas.. lagi 2 acara tidak ketahuan lak sape pemenang kerana aku balik awal sebelum upacara penutup bermula.. HQ, Bank Rakyat contohnya mmg mempunyai team dalam sukan2 terbabit sedangkan kami, lagi seminggu nak kejohanan, baru nak cari pemain n training sekali dua sahaja.. dahler kami ni tak ramai, haha.. main tangkap muat je lah.. tapi sekurang2 nya kami masih mampu meberikan saingan kepada kontingen2 lain..

team bolasepak jersi merah
team bola jaring bip biru

team bola tampar jersi biru


persediaan perarakan majlis penutup.. dari kanan kontingen Bank Rakyat, KPDNKK, MKM, MyiPO, PNS, SKM, SSM
p/s pingat tak dapat tapi kulit muka dan tangan makin gelap, haha..
Majulah Sukan Untuk Negara,

Friday, August 14, 2009

Dah bersawang


Hmm dah bersawang rumah aku ni.. maaf lah sebab sangat sibuk.. semalam baru je balik dari outstation 4 hari ke utara.. harini preparation untuk closing ceremony MTCP.. hmm aku gak kena baca doa.. pastu esok lak sukan antara agensi di bawah KPDNKK kat putrajaya.. aku main bola tampar.. hmm ni pun curi masa sekejap ni.. hmm insyaAllah minggu depan akan kembali dgn cerita2 menarik sepanjang program MTCP especially outstation ke utara.. hmm minggu depan lah nak kasi vacum bersih.. salamz..

Wednesday, August 5, 2009

Emak.. selamat ulang tahun (5 Ogos)

Ibu... Ibu...
Engkaulah ratu hatiku...
Bila ku berduka,
Engkau hiburkan selalu...
Ibu... Ibu...
Engkaulah ratu hatiku...

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yg ke 59..
Tak terbalas segala jasa2 mu.. walaupun emak tidak membaca blog ni, achik buatkan khas untuk mak.. walaupun kita berjauhan, tapi naluri keibuan emak mmg kuat.. dengan hanya bercakap di telepon, emak boleh tahu andai nya ada sesuatu yang tidak kena dengan anak mak ni.. Achik sayang emak... Terima kasih kerana melahirkan diri ini ke dunia dan menjaga dengan sebaik mungkin..


p/s tu gambar lama emak dgn ayah, masa raya..




Tercapai hajat ku..



Hmm akhirnya setelah lama mengidam, dapat gak aku Smart Tag ni.. dah lama mengidam tapi tak kesampaian.. ada lah beberapa usaha yg buat dulu

  • beberapa kali telepon tol sg besi, tapi jawapan tetap takde stok.. pastu dia minta tinggalkan contact no, akan dihubungi bila ada stok.. hmm ni dah bertanduk aku menunggu
  • kirim kat kawan sbb dia kata dia beli kat tol AKLEH.. so minta jasa baik dia tlg belikan.. tapi sampai skrg dia kata hari2 ada notes kata takde stok (hmm tapi masa dia beli dulu adalak stok yer)
  • kawan offer nak belikan dgn tebus treatpoints maybank dia.. call dua2 centre dia di dataran maybank n one utama, tapi sama gak jawapan, takde stok.. so tunggu masa treatspoints fair dia, pun sama gak.. hampeh

nasib baik ler, di suatu pagi yang hening, aku menerima panggilan daripada no yg tidak pernah aku kenali.. bila ku jawab, ku dengar suara yg tak pernah ku dengari... "hmm nak smart tag tak, ada stok baru sampai kat tol batu 3 shah alam"... waaaa pucuk di cita ulam mendatang.. thanks hanis, hehehehe....

Monday, August 3, 2009

Family

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah,
sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita,
adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?


FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU



"HARGAILAH KELUARGA ANDA"

p/s moral of the story, cukup je masa keje, cepat2 balik umah k..


Saturday, August 1, 2009

Mencari Positif Bagi Sesuatu Yang Negatif



Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


Friday, July 31, 2009

What U Can Not Recover..





Oleh itu, renung2 kan.. semoga tidak berlaku kepada kita.. Picture speaks thousand words..


Thursday, July 30, 2009

Skybridge KLCC

pemandangan dari skybridge KLCC di tingkat 44

Hmm sabtu yang lepas, aku membawa peserta MTCP melawat sekitar KL.. Dengan menggunakan khidmat tour guide, kami membawa peserta MTCP tersebut ke beberapa tempat seperti butik coklat, butik batik, istana negara, lake garden, masjid negara, dataran merdeka dan last sekali ke KLCC.. kami telah mengaturkan untuk menaiki skybridge KLCC di tingkat 44.. hmm hari ini dalam sejarah kerana mereka semua yang datang dari 14 buah negara berbeza termasuklah aku sekali telah menaiki jambatan tertinggi di dunia.. hmm..


XPDC Berakit Antarabangsa Sg Pahang 2005

Hmm kali ini aku nak mengimbau kenangan yang memang takkan dapat aku lupakan. XPDC Berakit Antarabangsa Sg Pahang 2005. XPDC ini melibatkan hampir 110 buah rakit yg penyertaan terdiri daripada agensi kerajaan, badan swasta dan juga IPT, serta penyertaan dari peserta luar negara.. XPDC berlangsung selama 8 hari di mana kami terpaksa berakit sejauh 428 km dari Kuala Lipis ke Pekan.. Gambar di atas merupakan salah satu check point di Chenor.. Team kami (Uniten Rafters) terdiri daripada 5 lelaki, 2 perempuan dan 2 daripada Pertubuhan Peladang Rompin, sebagai pemantau dan tunjuk ajar kerana ini merupakan kali pertama kami berakit.. hanya 5 peserta dibenarkan untuk satu rakit dalam satu masa..


Uiks, rakit jer tinggal.. mana orang nyer? Hehehe dah letih dan panas sangat, so kami sempat park rakit jap n berendam dlm sungai pahang tu.. Buaya? hehehe..

Ada sesetengah tempat di mana air nya cetek. so kami terpaksa turun dari rakit dan menolak.. Hmm mmg seksa sbb berat menolak rakit atas pasir.. Sangat2 memenatkan.. Untuk pengetahuan semua, berakit seperti ini mmg memerlukan kesabaran.. dalam 1 jam, purata boleh pergi hanya sejauh 4 km.. cuba bayangkan.. kalau lah menaiki kereta, dalam masa 1 jam, dah boleh pergi berpuluh malah beratus km..

Hari ini yang paling mencabar buat aku kerana tiba2 aku demam panas.. tetapi disebabkan HEP pengiring tidak benarkan peserta perempuan turun kerana ketiadaaan jurulatih dari pertubuhan peladang tu, maka aku dengan paksa rela nyer terpaksa gak turun berakit.. sangat tidak selesa dan akhirnya pada tghari tu, aku terpaksa meng excuse kan diri daripada kawan2 untuk tido sebentar kerana dah terlalu tidak tahan.. alhmadulillah towards the end of our journey that day, aku beransur sihat dah sudah kurang panas di badan..

Hehe sempat lagi pose maut.. Masa ni dah start hujan.. so disebabkan perjalanan masih jauh, rakit kami dan yg lelain ditarik dengan bot tunda, sbb dikhuatiri hujan lebat melanda.. Tapi yang paling tak dapat dilupakan, pada hari ke 7, kami memulakan xpdc seawal 8.30 pagi tetapi sampai ke check point pada pukul 12 tgh malam.. biasanya akan sampai jam 6 -7 ptg.. bayangkan betapa jauhnye jarak dan bagaimana susahnya kami berakit pada waktu malam.. tapi itulah, pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan.. sekian terima kasih..


Wednesday, July 29, 2009

Tips Jimat Petrol Kereta



1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum
2. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan... (bukan perut korang je yg perlu diisi)
3. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem (mampu ker, huhu)
4. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race - kejar.. jgn tak kejar
5. Berkongsi kereta
6. Naik motor (4 lejang)
7. Naik Basikal
8. Naik pengangkutan awam
9. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)
10. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog
11. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak
12. Gunakan tenaga solar
13. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )
14. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintanganangin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus
15. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise
16. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.
17. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.
18. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak
19. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....
20. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya
21. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala

hmm itulah sedikit sebanyak tips untuk jimat petrol kereta.. so selamat mempraktikkan..
 
type='text/javascript'/>