PENGUMUMAN
Pengikut Yang Dihargai
Friday, July 31, 2009
Thursday, July 30, 2009
Skybridge KLCC
Coretan
Che' Pit
pada
4:10 PM
Hmm sabtu yang lepas, aku membawa peserta MTCP melawat sekitar KL.. Dengan menggunakan khidmat tour guide, kami membawa peserta MTCP tersebut ke beberapa tempat seperti butik coklat, butik batik, istana negara, lake garden, masjid negara, dataran merdeka dan last sekali ke KLCC.. kami telah mengaturkan untuk menaiki skybridge KLCC di tingkat 44.. hmm hari ini dalam sejarah kerana mereka semua yang datang dari 14 buah negara berbeza termasuklah aku sekali telah menaiki jambatan tertinggi di dunia.. hmm..
XPDC Berakit Antarabangsa Sg Pahang 2005
Coretan
Che' Pit
pada
9:20 AM
Wednesday, July 29, 2009
Tips Jimat Petrol Kereta
Coretan
Che' Pit
pada
10:03 AM


1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum
2. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan... (bukan perut korang je yg perlu diisi)
3. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem (mampu ker, huhu)
4. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race - kejar.. jgn tak kejar
5. Berkongsi kereta
6. Naik motor (4 lejang)
7. Naik Basikal
8. Naik pengangkutan awam
9. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)
10. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog
11. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak
12. Gunakan tenaga solar
13. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )
14. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintanganangin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus
15. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise
16. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.
17. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.
18. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak
19. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....
20. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya
21. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala
hmm itulah sedikit sebanyak tips untuk jimat petrol kereta.. so selamat mempraktikkan..
Tuesday, July 28, 2009
Jiwang Lagi?
Coretan
Che' Pit
pada
9:05 AM
memenuhi ruang2 hatiku,
kutitip rindu tanpa jemu,
bersama angin lalu,
ku ungkap bait2 merdu,
dalam setiap nafasku,
ku tunggu kehadiranmu,
setiap kali malam bertamu,
namun ia berlalu tanpa menyapaku,
ku setia menantimu,
walau kutahu,
kehampaan yang menungguku,
ku tanyakan pada bulan,
"beginikah pungguk merindukanmu?"
Monday, July 27, 2009
Sepetang di Putrajaya
Coretan
Che' Pit
pada
7:50 AM


Hmm ahad 2 minggu lepas, kawan lama ku dari Penang, dtg ke KL.. Destinasi ke Shah Alam kerana hendak menjaga pakciknye yang sakit.. so sebelum ke Shah Alam, sempat berjumpa ku.. Memandangkan beliau kata hanya pernah sekali berpeluang ke Putrajaya, maka aku pun membawa nya untuk kali ke 2 ke Putrajaya.. sajer untuk menghabiskan masa senggang dan juga untuk aku tenangkan fikiran sebelum bermulanya program MTCP pada esok harinya.. bila MTCP bermula, aku dah start busy selama sebulan..sepetang di putrajaya,
menggamit kenangan dan nostalgia,
di mana aku dan juga si dia,
pernah bersama hidup bahagia..
(ku dodoikan lagu kepada semua)
JAUH - JAUH
Jauh jauh
Nun di sebalik gunung yang hijau
Pasir puteh
Menantikan laut biru
Ombaknya berderai
Sayup-sayup kedengaran
Bayu yang meniup
Membawa beritaku padanya
Sungguh sayu
Bila ku kenangkan peristiwa
Jauh jauh
Tinggal segala kenangan
Hilang di telan ombak
Hilang di telan ombak
Yang memanggilnya
Kini ku seorang
Tinggal mengenang yang jauh
Sunday, July 26, 2009
My Flora
Coretan
Che' Pit
pada
10:00 AM
Hmm sabtu minggu yang lepas aku g ke IKEA dgn member.. so ternampaklah pokok2 bunga yg cute mcm aku ni, haha.. disebabkan harganya murah maka kawan aku tu pun menghasut supaya membeli beberapa utk letak kat rumah.. katanya pokok bagus, mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida yang kita lepaskan.. memandangkan ada betul nya kata2 beliau, maka aku pun terpengaruh untuk membeli pokok2 tersebut untuk diletak dalam rumahku.. Tapi yg lidah jin sebatang tu, aku tak beli.. cilok mak punyer pokok dari kampung, hehe..p/s aku masih tak dapat buat keputusan samaada nak beli mini fountain atau beli akuarium, bela ikan yg comel mcm aku, haha..
Friday, July 24, 2009
Kisah Tauladan: RM1 vs RM50
Coretan
Che' Pit
pada
8:00 AM
"Oii, lama tak nampak, mana kau pergi?
"RM50 menjawab "
Dah merata tempat aku pergi.. Pergi stadium tgk bola Malaysia lawan Manchester United, Naik STAR Cruise, gi Bangkok naik AirAsia, tgk konsert Siti Nurhaliza la, lepak Planet Hollywood la.. banyak sangat tempat sampai tak terkira.. Eh, kau camner lak?
"RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm.. biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. Surau, Masjid, Surau... ".
Wednesday, July 22, 2009
Mini Fountain
Coretan
Che' Pit
pada
10:45 AM
Waa terujanya aku bila tgk mini fountain kat umah member aku ni.. aku sebenarnya dari dulu nak buh mini fountain ni kat umah, semata2 suka nak dgr bunyi air nyer terjun beramai2.. mendamaikan rasa nyer.. tenang dan sayu.. Tapi ni rumah sewa, bukan rumah sendiri.. nanti kalau nak pindah ke apa, tak larat nak bawa.. nama je bujang tapi rumah pelbagai harta karun ada.. hmm gadis mana lah yg untung dapat memiliki diri ini.. cuci kaki jer, yg lain dah siap sedia, hehe..Salam Kedamaian
Tuesday, July 21, 2009
Cheezy Cheekaroni KFC
Coretan
Che' Pit
pada
9:11 PM
Bebaru ni KFC melancarkan 1 produk baru Chessy Cheekaroni.. Hmm mcm tu lah kot eja nyer.. tak sure sgt (yg penting korang tahu apa yg aku maksudkan).. tgk dari banner dia, nampak mcm sedap jer.. so ahad lepas, dah alang2 lalu depan KFC, saje lah gatal tekak nak cuba.. humang aih, kembang tekak den.. keju sesaja.. tekak den ni tekak makan belacan ler.. mmg tak sesuai dgn selera.. tapi dah beli tu, eden torai gak nak habiskan sbb tak nak membazir makanan, tapi nak buat mcm ner, mmg tak ter masuk lagi benda tu, huhu..Hmm satu lagi, ade ke patut dia letak dalam bekas plastik mcm tu jer.. takde commercial value langsung.. mcm bukan beli kat KFC lak..
Monday, July 20, 2009
Tabung Coins Baru..
Coretan
Che' Pit
pada
7:00 PM
Hehehe setelah sekian lama duk usha tabung duit kat kedai2 seperti living cabin dan sewaktu denganya, akhirnya aku gagahkan juga diri untuk membeli tabung duit ni.. bukan sbb apa, kesian kat aku sbb selama ni tupperware kecik yg jadi mangsa.. tu pun dah tinggal sikit balik coins aku sbb masa dah penuh tupperware tu, aku g bank in kan kat RHB branch masa aku attachment dulu.. sempat melepas rindu kat akak2 cashier yg merindui gurauan ku.. hmm muka serius mcm ni reti ker bergurau? kompius..Salam Menabung,
Sunday, July 19, 2009
Saturday, July 18, 2009
Gelagat manusia menangkap gambar..
Coretan
Che' Pit
pada
10:35 AM





Haha yang last sekali tu yang lawak.. sampai tak sedar yang seluar dia koyak.. Hmm kita duk gelak kat orang tapi kdg2 pernah tak kita fikir, orang yg duk gelak kat kita sbb mungkin tanpa kita sedar, kita pun kdg2 ada beraksi mcm tu bila nak tangkap gambar.. so kepada mereka2 yang selalu menangkap gambar, watch out!!
p/s moral of the story, jangan suka2 gelakkan org, takut nanti org yang gelakkan kitaFriday, July 17, 2009
Thursday, July 16, 2009
Mulut Longkang
Coretan
Che' Pit
pada
9:01 AM

MULUT + LONGKANG
Hmm semalam masa balik keje, aku dengar lah radio Hot.Fm seperti biasa.. Hot Jam petang tu membicarakan pasal mulut longkang.. Yang best nyer, ada satu mamat ni, nama Jiman, call Jawa Rangers, dia marah2 kat bos dia, Ms Lin (kalau tak silap nama nyer).. dia kata boss dia tu mulut longkang.. marah2 depan staff.. pastu Jawa Rangers tanya samaada nak mereka hubungi boss dia n bercakap pasal tu, dia kata ok, siap bagi no telefon boss dia.. Jawa Rangers pun hubungi boss dia, Ms Lin dan sambungkan kepada Jiman..
Nak tahu apa Jiman cakap? "eh bos, eh apa ni? pasal apa? mana ade boss, Jawa Rangers tu yang pepandai jer, saya mana de cakap apa2 bos, semua ok" hmm lebih kurang mcm tu lah dialognyer (walaupun byk yg aku edit sdiri, sbb lupa, hehe) tergagap2 jugalah si Jiman tu menjawab..
Haiyoo, orang mcm tu pun ada ker? yang malu nyer si Jawa Rangers, tak pasal2 je kan.. Pastu org ramai call n sms kutuk si Jiman lak.. diorg bengang n marah2 si Jiman.. tulah Jiman, nak tunjuk hero, pastu dia lak yg dikata org.. Kata boss dia mulut longkang tapi dia lagi longkang, haha..
Moral of the story, janganlah melongkangkan mulut anda.. Jangan lah sesuka mengata, mengutuk, mengadu domba
Wednesday, July 15, 2009
Bukan orang je nak mandi..
Coretan
Che' Pit
pada
2:11 PM

Hehe bukan manusia je yang perlu mandi, kereta pun perlu, tapi takle sampai hari2 nak kena mandi.. petang semalam, balik keje terus jer g car wash yang kat area umah ni.. dah kotor sgt kete aku.. dah le kaler itam, lagi ler nampak kekotoran yg melekat.. naper hantar car wash?
sebab:
- aku duk apartment, leceh nak basuh.. lain le kalu umah teres
- promotion kat car wash tu, basuh 5 kali, dapat 1 kali free juga
- kesian kat anne yg cuci keter tu, sbb kalau aku tak hantar, "miss soru" lah dia
- sbb on the way je nak balik rumah aku
- malas? hehehe no komen..
Subscribe to:
Comments (Atom)















.jpg)


